Archive for the "Gossip Artis" Category

Kredit : Media Malaya

Fuuuh! Sungguh aku tak sangka seorang vocalist yang agak keras dan liar di stage sudahpun berkahwin dengan seorang gadis cantik manis berseri. Hohoho.. Kalau macam ni gayanya memang sah Reza ni agak romantic orangnya. Dia selamat diijabkabulkan dengan Raja Shahirah Aishah, 23.  Raja Shahirah Aishah merupakan anak kepada arkitek hebat iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah. Reza berjaya setelah 3 kali lafaz. Ok la tu kan? Hoho.. Semoga hidup diorang bahagia hingga ke akhir hayat. Amiiin.. Bila la pulak line up Love Me Butch yang lain nak kahwin ek. Ahah!


Korang kenal siapa gambar dekat atas ni? Nama dia adalah Lana Nordin, nama sebenar aku tak tahu. Tapi Melodi TV3 pernah menyerbu beliau di atas sebab-sebab FIZIKAL. Hohoho.. Dia ni dapat gelaran Pamela Anderson Malaysia. Patut ke tak patut weh? Korang tahu kan apa aset kepada Pamela Anderson? Kalau korang penggemar drama Baywatch maybe korang dah lali dengan benda tu. Hua3.. Korang bandingkanlah sendiri ya.

Sambung baca lagi baiiii »


Kredit : Media Malaya

Mungkin korang agak terkesima dengan tajuk post kali ni. Aku yakin korang pada mulanya mungkin agak pelik dengan gambar dekat atas ni. Tapi kalau korang usyar lama-lama sikit mestio korang nampak gambar apa sebenarnya. Perghh! Bagi yang mempunyai mata yang power tahap Power Rangers, mungkin sekilas pandang je korang dah tahu ni gambar apa. Aku tak power macam korang. Hehehe.. Gambar ini merupakan gambar photoshoot seorang artis yang dilahirkan daripada Akademi Fantasia iaitu Akma AF3. Dulu aku tengok Akma AF3 ni penuh dengan kesopanan dan ketatasusilaan. Tetapi dek kerana terpaksa mengenakan pakaian seperti di atas, segala di dalamnya dah terkantoi. Aku pun tak tahu ini salah siapa. Adakah ini salah Akma sendiri ataupun pihak yang berminat untuk mengambil gambar Akma AF3 ini? Korang rasa macam mana? Takkan diorang tak sedar langsung kot dengan gambar ni.

Sambung baca lagi baiiii »


Akhirnya pasangan bahagia ini diijabkabulkan juga pada 14 Februari 2009 yang jatuh pada tarikh yang sama aku menghentikan penjualan ebook aku iaitu Panduan FBA. Hehehe.. Perkahwinan diorang diadakan di Bora Ombak yang berdekatan dengan Sport Planet Ampang. Aku ingatkan nak pergi tengok diorang kahwin, tetapi disebabkan aku duduk jauh dari situ aku tidak dapat menghadirkan diri aku. Muahaha! Jadi pada hari tersebut, Que Haidar dan Linda Jasmine sudah sah sebagai suami isteri. Maknanya diorang boleh berpeluk sakan dimana-mana tanpa menyorok daripada pihak wartawan yang sentiasa dahagakan berita-berita panas dan sensasi terutamanya wartawan hiburan. Perkahwinan tersebut bertemakan ala Bali. Tak bermaksud diorang sengkek nak berkahwin kat Bali. Hehehe.. Jadi jangan terkejut kalau ada yang berpakaian seperti orang Bali dalam gambar-gambar yang akan korang tengok nanti ya. Jom layan gambar dan galeri khas untuk Perkahwinan Que Haidar dan Linda Jasmine.

Sambung baca lagi baiiii »


Fulamakatak!(Frasa dalam Majalah Gempak masa dulu).. Dahlah memang berduit, dapat tajaan Habib Jewels pulak tu masa kahwin. Entah apa bertuahnya entah dapat jadi macam Linda Jasmine dan Que Haidar ni. Diorang tak payah fikir macam-macam pasal hari perkahwinan diorang nanti. Rasanya hari perkahwinan tu jatuh pada hari Valentines Day kan. Baguslah tu, sekurang-kurangnya bila masa-masa depan nanti diorang akan ingat tarikh tu sebagai tarikh anniversary diorang sendiri. Takdelah diorang fikir diorang sambut Valentines Day. Bukan apa, sebab ada sesetengah orang cakap yang Valentines Day ni tak elok untuk disambut lebih-lebih jikalau korang ni seorang yang beragama Islam macam aku. Kalau korang nak sikit rujukan, boleh usyar kat blog Khai ni –> Khai Benci Valentines Kot

Jom Sambung Baca Pasal Linda Kat Bawah

Sambung baca lagi baiiii »


Aku rasa sudah ramai yang tahu Linda Jasmine akan berkahwin dengan Que Haidar tak lama lagi. Valentines Day pun dah nak dekat dah. Ada sesiapa dapat kad jemputan daripada diorang berdua ni tak? Kalau ada, bagitau dekat aku sebab aku nak follow. Hua3.. Dapat merasa jamuan yg serba-serbi enak belaka lauk-pauknya. Hoho.. Siang tadi ada rumah orang kahwin dekat dengan lorong rumah aku, memandangkan aku tidak tahu sama ada aku dijemput atau tidak. Aku mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak turut serta jiran-jiran aku yang gembira meratah ayam-ayam goreng yang ada. Keh3.. Gambar yang aku selitkan ni adalah gambar yang agak lama tapi takdelah lama sangat. Korang usyar la apa-apa yang patut. Yang patut saja ok? Setuju? Heeee… Bawah ni adalah gambar Lenggokkan Maut.. Hoho..

Sambung baca lagi baiiii »