
Antara model paling hot dan seksi dekat Malaysia ni dah kahwin dah dow. Kalau korang tak tahu siapa amoi dekat atas ni, memang sah-sah korang tak pernah baca kamus. Amber Chia dah kahwin senyap-senyap dekat Puali Bali dow. Hanya beberapa kawan terdekat dia je yang dapat tengok dia berkahwin dekat sana.
Amber Chia berkahwin dengan teman lelaki dia yang dah lama setia. Walaupun ramai datuk yang cuba memancing Amber Chia dan ada juga businessman bujang yang cuba menjala dia, Amber Chia tetap memilih lelaki yang dah lama berada di sisi dia bila masa saat dia memerlukannya. Sambung baca lagi dow »

Mungkin sekarang ni aunty Azean Irdawaty dah boleh senyum sikit dah sebab Benjy dah bebas daripada dakwaan menjadi pengedar dadah. Namun Benjy still didakwa atas memiliki syabu dan kesalahan itu boleh dikata berat jugaklah kan. Azean Irdawaty tak percaya yang Benjy ni kaki syabu dan aku pun rasa begitu.
Tapi mahkamah belum sabit lagi kesalahan Benjy atau nama sebenar dia Khaeryl Benjamin Ibrahim. Gadis yang bersam-sama dengan Benjy masa dia kena tangkap hari tu bukanlah kekasih dia tapi rakan dia. Tak tahulah rakan sekerja ke apa. Kalau aku ada dalam court tu, memang aku bagitau korang dah.
Aku ni selalu jugaklah tercari-cari berita pasal Benjy ni sebab kes ni macam luar biasa jugak bagi aku. Hahaha.. Mana tahu kalau kepala besar dadah kena tangkap sebab kes Benjy kena tangkap. Mana tahu Benjy kena setup ke kan. Entahlah.. Tak sabar jugak aku nak tahu keputusan kes ni. Sambung baca lagi dow »

Zizan Nin yang sebelum ni pernah digosipkan dengan Rozita Che Wan dan Melissa Maureen Rizal sudahpun selamat dinikahkan dengan pembaca berita Ntv7. Wow! Mesti best kahwin dengan orang yang tahu berita satu Malaysia ni. Tak payah beli paper lagi dah. Wakakaka!
Dah jimat si Zizan Nin ni RM30.00 sebulan kalau dia beli surat khabar Kosmo setiap hari. Jimat masa nak tengok berita dekat TV jugak, sebab dia boleh dengar setiap hari isteri dia bebel dekat telinga. Ahahaha.. Gurau-gurau.. Fazilah Hani ni merupakan anak kepada Datuk Harun Hashim dan dialah yang jadi wali masa pernikahan tu.
Diorang berdua dinikahkan di Masjid Negara oleh Pendaftar Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim dengan mas kahwinnya RM651. Ermmm.. Boleh tahan jugak mas kahwin nih.. Kalau bakal mak mertua aku upgrade harga mas kahwin lagi tinggi daripada ni, memang aku cop dekat kepala dia kaki bisnes betul. Wakaka! Sambung baca lagi dow »

Nampaknya isu Sharifah Sofia bermanja-manja dengan 2 ekor anjing sudah pun semakin besar dan diketahui ramai. Sebelum ni geng aku, Mat Kepoh ada cerita pasal Sharifah Sofia bermain dengan anjing ni. Hmmm.. Bagi aku, aku tak salahkan sesiapa. Mungkin masing-masing tak mempunyai info yang cukup lagi.
Baik orang yang mengomen hal ini mahupun Sharifah Sofia sendiri. Tapi peminat tak bolehlah salahkan dia gila babeng. Banyak lagi benda tak elok artis lain dah buat berbanding dengan Sharifah Sofia ni. Tapi biasalah, dah jadi artis memang kena tahanlah benda-benda macam ni.
Kalau ada sesiapa yang ada dalil ataupun hadith yang mengatakan anjing ni makhluk yang hina di sisi Allah, cuba bagitau aku sikit ok. Sebab aku ni kurang ilmu jugak. Kalau ada, hulur-hulurlah dekat aku. Nak jugak aku tau and bagitau dekat orang lain. Yang aku tahu, air liur and najis anjing ni HARAM dan ianya najis tertinggi pangkatnya. Hohoho!

Hari ni aku curik lagi gambar dari blog geng aku, Mat Kepoh. Hohoho! Memang betul cakap Mat Kepoh yang Natacha Meunier ni boleh gugat jantung dan perasaan semua lelaki.
Malangnya dia dah pun ada boyfriend. Boyfriend dia pun model jugak. Kalau nak tahu, pergi la lepak blog Mat Kepoh jap. Baru-baru ni Natacha Meunier dengan ramai lagi yang berbakat dalam menjadi seorang hos pergi interview.
Diorang semua audition untuk E! Asia punya. E! Asia ni nanti nak cerita pasal artis Malaysia ke tak eh? Haha! Tapi aku rasa diorang base dekat Malaysia lah. So maybe adalah sikit-sikit pasal artis Malaysia nanti.
Tapi kalau semua cerita pasal artis Malaysia nanti agak muak jugak lah kan. Lagipun sekarang ni dah ada program yang ala-ala TMZ. Korang tengok la malam-malam hari Isnin pukul 11 malam ke atas. Program Terjah! Hohohoh! Layan jangan tak layan wey!

Gaya macam orang penting habis je buat tajuk post macam tu. Hohoho! Sebenarnya dah lama dah aku kena warning dengan Grand Brilliance ni. Tapi takdelah diorang hantar surat dekat rumah aku. Wakakaka..
Ni sebab aku ada buat video and upload dekat Youtube. Video tu bertajuk ” AC Mizal Tuduh Shafnie Lesbian”. Alaaaa.. Ni pasal gosip artis masa dulu-dulu aku buat dekat blog aku ni. Maybe material yang aku guna untuk video tu ada kaitan dengan Grand Brilliance, so diorang warning ikut Youtube.
Kalau aku tak delete video tu, account Youtube aku kena terminate. So dengan bijaknya, aku pun delete lah video tu kan. Hehehe.. So pasni, korang tak payahla guna material Grand Brilliance lagi kalau nak upload video kat Youtube.