Archive for the "Gossip Artis" Category

Mesti ramai yang terkejut dengan post kali ni kan sebab sepatutnya perempuan yang harus berada dalam gambar dekat atas ni mestilah Fasha Sandha. Tapi jangkaan itu semua meleset sebab ini merupakan gambar Qabil Ambak bersama seorang gadis yang berasal dari Filipina. Cantik wooo dia ni, kalah Fasha Sandha dah ni. Ada orang cakap yang perempuan ni merupakan girlfriend kepada Qabil Ambak dan merupakan bakal isteri kepada Qabil Ambak nanti.

Entahlah! Haha.. Aku pun dah pening nak cakap apa dekat korang ni. Sebelum ni Fasha Sandha beriya-iya cakap yang dia rapat dengan Qabil Ambak dan dia dah bagi clue sikit yang dia macam akan berkahwin dengan Qabil Ambak. Ahaha.. Tapi manalah tau kan kalau Qabil Ambak nak play safe atau dia memang nak kenakan Fasha Sandha. Sabar ye lah ya cik Fasha. Abang Rizal Ashram aka Jejai kan ada. Heeee..

Apa yang mengukuhkan lagi spekulasi Qabil Ambak dan gadis dari Filipina ni, perempuan ni pun ahli sukan equestrian juga. So diorang ni ada minat yang sama dan sudah tentu Qabil Ambak suka berbincang bab-bab kuda ni dengan dia. Nanti manelah tau dapat naik kuda atas katil pulak. Ehehe.. Dah kahwin nantilah kan. Qabil Ambak jugak mungkin sukar nak kahwin dengan gadis ni sebab dia ni rasanya bukan Islam. So manelah tau dia macam berat hati nak masuk Islam kan. Takut kena sunat ke ape ke. Ahahahha!

Apa-apa pun kita tunggu je lah statement terbaru daripada Fasha kalau dia berani nak bagitau sebab sebelum ni dia ada luahkan perasaan dia kat Myspace. Tak tahulah sebab apa dia luahkan kat situ dan tidak di Facebook. Mungkin Fasha Sandha tak tahu guna fungsi Note dekat dalam Facebook tu. Ehehe.. Lagipun luahan hati dia dekat dalam Myspace tu pun dia dah delete. Rasanya sebab Ally Iskandar ade menyampuk dalam tu sekali. Heeee..

P/S : Kisah artis kena H1N1, —> Klik Sini


Sabar-sabar! Relax la dow. Ini bukan gambar kontroversi walaupun terang-terangan dekat lengan Brian suami kepada Nana Era FM ni ada tatu. Actually tatu ni dah lama dah sebab sebelum Brian ni kahwin dengan Nana, dia bukan muslim. So bila dia nak kahwin dengan Nana, Brian convert kepada seorang muslim. Jadi tatu tu kekallah di situ. Kalau nak hilangkan tu sakit jugak. Biarlah Brian yang tentukan sendiri. Ade bran ke Brian? Hehehe..


Fullamak!! Gambar ni memang clear habislah. Memang jelas sekali yang dua insan yang berada dalam kesemua gambar ini adalah si Fasha Sandha dan romeonya iaitu Rizal Ashram. Haritu cerita pasal diorang, harini pasal diorang lagi. Dah boleh buat album dah ni. Hahaha.. Apa-apa pun pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram kelihatan begitu mesra bersama. Mesti dah banyak benda dah dilakukan sampai terbit rona-rona kebahagiaan pada muka diorang ni. Harap-harap kau kawinlah dengan Rizal Ashram ni Fasha oiiii.

Jangan kau buat hal lagi sudeyh. Lepas sorang, sorang yang kau cairkan pastu kau hampas kan diorang. Haha.. Memang ramai dah kena gossip dengan Fasha ni sampai lelaki tu naik syeihk la kan. Wakaka.. Tapi kan, hukum karma babe. Kalau kau dah rampas laki orang, mesti kau pun kena macam tu nanti. Hehehe.. Aku tak doakan macam tu, tapi ni menurut pengalaman dan tips daripada orang ramai. Ahaha!

Event apalah yang diorang ni buat kan. Ni hari aman sedunia untuk diorang ke? Atau hari burung merpati atau hari diorang mengaku kalah. Ohoho.. Tapi mungkin juga hari jadi Rizal sebab nampak ada kek tu. Nanti kena tanya kepada pengirim gambar ni.


Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada pasangan kontroversi yang tersangatlah bahagia waktu ini iaitu Akhil Hayy dan Waheeda. Tersenyum lebar diorang berdua ni selepas diijabkabulkan dan sah menjadi sepasang suami isteri mengikuti hukum Islam. Jom kita tengok gambar-gambar perkahwinan Akhil Hayy dan Waheeda terlebih dahulu. Aku taknak spoil mood post gambar perkahwinan ni. Hehehe.. Nanti baru kita cerita panjang lebar. Tataplah muka Waheeda dan Akhil Hayy tersenyum lebar puas-puas.


Ustaz Asri yang juga vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani telah disahkan meninggal dunia pada pagi tadi. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Pada awal pagi tadi Ustaz Asri memberi ucapan di sidang media program “Syahadah” di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pukul 10.30 pagi tadi. Dia kemudiannya rebah dan dibawa ke Hospital Pantai di Bangsar. Kemudiannya dia disahkan meninggal dunia di sana. Jenazah Ustaz Asri kemudiannya akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

P/S: Moga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat. Amiin.


Wow! Mantap betul Linda Jasmine ni walaupun sedang mengandungkan anaknya bersama Que Haidar. Aku harap anak mereka ini akan selamat dilahirkan kelak. Walaupun sedang mengandung, Linda Jasmine pandai menjaga badannya dan bentuk badannya masih lagi kekal mantap seperti dulu. Tiada bahagian yang kendur-kendur. Ahah! Semuanya kelihatan tegang dan kekar. Jika ada mata yang memandang Linda Jasmine pasti mereka akan terpaku untuk beberapa saat selepas melihat bentuk badan dan aset Linda Jasmine. Semoga Linda Jasmine tidak lupa menjaga kesihatan anak dalam kandungan tu sekali.