Archive for the "Gossip Artis" Category

Harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama. Saban hari kehidupan kita direncahkan dengan pelbagai nikmat dan dugaan. Banyak perkara yang kita lalui tetapi macam mana kita lalui semua itu? Apa yang kita akan tinggalkan pada dunia dan apa bekalan yang kita bawa untuk akhirat kelak?

Pemergian Pak Uda @ Zami Ismail ke rahmatullah memang memberi kesan kepada peminat Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Hantu Mak Limah Balik Kampung. Aku lebih mengenali Zami Ismail dengan watak Pak Uda dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Sambung baca lagi baiiii »


artis malaysia

Hehehe.. Boleh tahan ramai artis yang jadi duta kedai gunting rambut dekat Taman Paroi Jaya ni. Kalau betul-betullah jadi duta, memang kaya gila tauke kedai gunting rambut ni. Berapalah dia bayar artis-artis ni ehh.. Atau artis ni boleh gunting rambut free je dekat kedai ni?

Boleh tak korang bayangkan Ayu Raudhah datang kedai gunting rambut babu ni. Siap pegang-pegang kepala Ayu Raudhah, potong sideburn, kasi urut tengkuk sikit lepas tu buat letup-letup tu. Muahaha! Pocah porut baiii! Sambung baca lagi baiiii »


kl gangster

Aku yakin kebanyakan daripada korang semua sudah pun menontok filem KL Gangster yang telah lama dinanti-nantikan tu. Beberapa ketika sebelum hari tayangan KL Gangster bermula kita semua kita disajikan dengan trailer yang gempak. Aku pun rasa teruja nak tengok filem ni.

Trailer tu buat aku tak sabar nak tengok KL Gangster ni dekat pawagam dan kalau boleh nak jadi yang terawal tengok. Hohoho! Aku tengok filem ni sehari awal sebelum tarikh rasmi tayangan dia. Aku tengok pada malam 8 Jun haritu dekat MBO Terminal 2 Seremban.

kl gangster

Memang sudah jadi kebiasaan pawagam untuk tayangankan filem tu lg awal tapi pada sebelah malam je la. Namun, tak semua filem macam tu. Sudah seperti yang dijangkakan semua seat dah penuh malam tu, nasib baik aku beli awal masa tengah hari. Sambung baca lagi baiiii »


neelofa

Sejak kebelakangan ni aku banyak dengar nama Neelofa di  mulut lelaki-lelaki yang selalu aku lepak bersama. Kalau nak dibandingkan Kilafairy dengan Neelofa, aku nisbahkan 1:5 . Kalau diorang memuji Kilafairy lepas tu mintak diorang bandingkan dengan Neelofa, pasti Neelofa jadi pilihan. Muahaha!

Jadi setelah aku simpulkan, mungkin lima sebab inilah yang membuatkan kebanyakan lelaki beralih kepada Neelofa. Sambung baca lagi baiiii »


Wakaka! Adoiyaaaiii pecah perut aku tengok video klip yang entah dari mana akal director video klip ni. Apa yang aku tahu, Gambit Saifullah antara orang penting video klip ni. Hmm.. Kalau daripada seni video ni memang OUT aku boleh terima lagi Gambit yang buat sebab bakat dia lebih dalam lakonan dan peragaan.

Tapi daripada segi idea perjalanan kisah video klip ni, memang aku nak kutuk sakanlah. Awak tu orang Melayu tak payah nak suruh penyanyi ketiak hitam ni menari melentik-lentik macam bangang dalam video klip ni. Takde mana-mana persatuan ke nak marah pasal isu video klip ni? Melampau kot, wajib kena sound dengan old timer. Sambung baca lagi baiiii »


Yahoooo! Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada Maxis yang telah menganjurkan program Maxis10. Iini memberi peluang kepada blogger-blogger bertuah untuk mencuba dan review  smartphone dan teknologi telekomunikasi terbaru.

HTC Desire S ni adalah antara smartphone yang lengkap dengan kemudahan terkini. Apa yang paling penting memudahkan untuk bersosial dan keep in touch dengan dunia maya. Selain itu banyak juga applikasi dalam HTC Desire S ni menyenangkan kehidupan aku sebagai blogger dan freelancer sepenuh masa. Sambung baca lagi baiiii »