Archive for the "Gossip Artis" Category

Hari ni aku curik lagi gambar dari blog geng aku, Mat Kepoh. Hohoho! Memang betul cakap Mat Kepoh yang Natacha Meunier ni boleh gugat jantung dan perasaan semua lelaki.

Malangnya dia dah pun ada boyfriend. Boyfriend dia pun model jugak. Kalau nak tahu, pergi la lepak blog Mat Kepoh jap. Baru-baru ni Natacha Meunier dengan ramai lagi yang berbakat dalam menjadi seorang hos pergi interview.

Diorang semua audition untuk E! Asia punya. E! Asia ni nanti nak cerita pasal artis Malaysia ke tak eh? Haha! Tapi aku rasa diorang base dekat Malaysia lah. So maybe adalah sikit-sikit pasal artis Malaysia nanti.

Tapi kalau semua cerita pasal artis Malaysia nanti agak muak jugak lah kan. Lagipun sekarang ni dah ada program yang ala-ala TMZ. Korang tengok la malam-malam hari Isnin pukul 11 malam ke atas. Program Terjah! Hohohoh! Layan jangan tak layan wey!


Gaya macam orang penting habis je buat tajuk post macam tu. Hohoho! Sebenarnya dah lama dah aku kena warning dengan Grand Brilliance ni. Tapi takdelah diorang hantar surat dekat rumah aku. Wakakaka..

Ni sebab aku ada buat video and upload dekat Youtube. Video tu bertajuk ” AC Mizal Tuduh Shafnie Lesbian”. Alaaaa.. Ni pasal gosip artis masa dulu-dulu aku buat dekat blog aku ni. Maybe material yang aku guna untuk video tu ada kaitan dengan Grand Brilliance, so diorang warning ikut Youtube.

Kalau aku tak delete video tu, account Youtube aku kena terminate. So dengan bijaknya, aku pun delete lah video tu kan. Hehehe.. So pasni, korang tak payahla guna material Grand Brilliance lagi kalau nak upload video kat Youtube.


Wallaweh! Ada lagi artis kantoi positif dadah. Secara jelasnya Zarina Ann Julie mengaku pada pihak bertanggungjawab yang dia ada ambik ketamin. Aku pun tak taulah ketamin ni ape benda.

Nak kate tu nama saintifik macam lawak la pulak. Lain benar nama dadah tu. Air daun ketum la yang paling selalu disebut secara rasmi dekat TV and paper.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kantoi ke tanah juga. Aku pun goyang jugak ni kalau-kalau ada aktiviti aku yang kantoi. Hehehehe.. Sambung baca lagi dow »


Fullamak! Bapak seksi awek bikini yang disambut baik Joe Flizzow dalam gambar dekat atas. Kalau aku dapat pun akan ku sambut baik macam Joe Flizzow. Miahaha! Alahai, awek ni dengan Joe Flizzow memang la baik ye tak.

Semua ada. Duit belambak tak macam aku nih. Ada dua biji telor ayam dengan pisang je. Miahaha! Eh takde la, macam-macam lagi aku ada.Korang boleh tengok awek yang seksi berbikini dekat atas beraksi dalam video klip lagu Joe Flizzow. Do it, Duit!

Kalau nak tengok gambar lain, korang boleh tengok dekat MatKepoh.com jer.


Wohhsaaaa! Kantoi jugak akhrinya Fasha Sandha hisap rokok. Huhuhu.. Sebelum ni dia masih nak berdalih lagi. Tapi kali ni ada orang amik gambar dia masa lepak dekat club kot. Tak tau la kalau tiba-tiba Fasha cakap ni bukan dia. Orang lain ke ape ke.

Tapi artis perempuan ni memang kebanyakannya hisap rokok kan? Papehal korang nak baca lebih lagi, lepak kat MatKepoh.com. Tak nak berlebih-lebih gosip artis kat blog personal nih. Miahaha!


Alangkah bahagianya Bung Mokhtar dengan si putih gebu Zizie Ezette. Fuhh! Tahniah di atas perkahwinan diorang sekali lagi. Harap-harap aku salah sorang yang dapat jemputan diorang kalau diorang nak buat persandingan besar-besaran dan paling gempak untuk 2010. Ahaks!

Gambar ni adalah sumber daripada Debra kaki lepak Forum Cari. Ucap terima kasih kepada Debra ya sebab sudi berkongsi gambar ni dengan semua peminat Zizie Ezette dan Bung Mokhtar. Gambar ni semasa diorang beruda bergembira di Kota Kinabalu. Bung Mokhtar adalah suami yang sah bagi Zizie dan dia ada hak nak bawak Zizie pergi ke mana-mana sekalipun. Hohoho! Korang tengoklah gambar dekat Mat Kepoh lagi banyak.