Archive for the "Featured Articles" Category

Gambar ini aku dapat dekat dalam Facebook. Bila korang tengok gambar ni mesti korang rasa Scha Alya boleh tahan jugaklah sesuai dengan mamat pelakon dari Indonesia ni. Nama dia Fauzi Baadilla. Tak pernah pulak aku dengar sebelum ni. Namun aku pasti dia bukanlah pelakon drama-drama yang aku benci dekat TV3 tu. Hahaha.. Scha Alya cakap dia suka berkawan dengan Fauzi ni sebab dia ni friendly dan kelakar orangnya. Sudahkah Scha melupakan abang Fahrin Ahmad si sasa ataupun ini hanya sekadar teman rapat di lokasi. Can you guess something? Wallaah!


Maknyah pun ade perasaan tau.. Maknyah pun ada impian tau.. Maknyah pun ada duit tau.. Maknyah pun ada tetek tau!!! Haha.. Mungkin post aku kali ni agak lucah atau lebih sopan disebut kedewasaan, namun apa salahnya kanak-kanak membaca post ini untuk suka-suka. Yelah! Nanti diorang pun dapat kesedaran daripada maknyah-maknyah ni. Hohoho.. Tahu tak korang macam mana maknyah atau bapok jimatkan kos untuk mendapatkan tetek?

Sediakan badan anda seadanya ya maknyah.

Balutkan badan anda dengan celofane tape ye nyah. Pastikan di bawah ketiak anda dan betul-betul bawah puting nyah ya.

Make-up kan sikit bahagian dada nyah. Calitkan sikit-sikit bedak asas dekat dada nyah.

Ratakan bedak tu dengan sebaiknya sehingga nyah boleh buat nampak alur ataupun gaung nyah.

Tadaaaaa!! Dah siap tetek nyah! Meleleh abang tengok!

P/S: Sape maknyah angkat tangan? Nak bagi anak ikan emas ni. Auummm!


Al-Fatihah.. Ramai yang terkejut bila dapat tahu yang Yasmin Ahmad telah pun meninggal dunia. Epilog kisah sedih pemergian Yasmin Ahmad bermula semasa dia tengah meeting bersama Dato’ K dan Siti Nurhaliza untuk sebuah projek. Tiba-tiba saja Yasmin Ahmad diserang strok dan terduduk serta tidak sedarkan diri. Ramai yang apnik terus membawa beliau ke ICU. Selepas beberapa ketika, Yasmin Ahmad dilaporkan dalam keadaan stabil setelah tumor yang terdapat di dalam kepalanya berjaya dikeluarkan.

Masa mula-mula aku dapat tahu pasal Yasmin Ahmad meninggal dunia ini pun masa tengah online. Sedap-sedap online, tiba-tiba ada budak-budak band Lydias Diary buzz dekat YM aku minta doakan untuk Yasmin Ahmad sebab dia baru saja meninggal dunia. Masa tu aku fikir, aihh budak ni main-main ni. Kemudian terbit pula buzz kedua. Budak tu buat pembetulan statement, dia cakap Yasmin Ahmad masih lagi hidup tapi masih dalam keadaan koma. Mintak ramai-ramai doakan agar Yasmin Ahmad cepat sembuh.

Kemudian tak sampai sehari, dapat berita yang Yasmin Ahmad telah pun meninggal dunia. Ini merupakan satu kejutan buat industri filem dan lakonan kerana pengarah seperti Yasmin Ahmad tidak selalu wujud dekat muka bumi ni. Dia seorang yang genius dan memahami sentimental value untuk para penonton iklan mahupun filem.

Selain itu, Marina Mahathir berang dengan surat khbar KOSMO kerana telah membongkarkan kisah silam arwah Yasmin Ahmad mengenai isu kelelakian Yasmin Ahmad yang sebelum ini bernama Zulkifli. Ini merupakan isu sensitif. KOSMO memang gila sebab dedahkan hal ini secara besar-besaran. Malu gila weh family Yasmin Ahmad. Mari boikot KOSMO untuk jangka waktu yang berpatutan!


Fuuhh! Salah satu perniagaan berkonsepkan MLM iaitu Asia Ceramic Business Club akhirnya telah diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) setelah mendapat aduan daripada segelintir pihak. Ada jugak orang cakap perniagaan daripada Team Ceramic ni bukanlah MLM dan tidak menggunakan Akta Jualan Langsung tapi cara mereka berniaga berkonsepkan MLM. Aku pun tak tahulah. Tapi apa yang pasti, setiap ahli perniagaan Ceramic ini perlu mencari ahli-ahli baru untuk menyertai rangkaian mereka.

Selain daripada mencari ahli-ahli baru, diorang juga dibenarkan menjual semula produk yang mereka beli daripada syarikat. Diorang boleh jual kepada orang ramai yang bukan ahli ataupun yang ingin menjadi ahli dan mereka juga boleh menjualnya semula kepada syarikat semula! Aik! Maknanya diorang tak perlu susah-susah nak menjual lah sebab confirm terjual juga nanti! Paling tidak pun jual dekat syarikat. Setiap ahli, diorang perlu melakukan proses jual beli semula ini setiap bulan.

Sistem ni nampak bijak, tapi aku rasa sitem nilah yang membuatkan BNM berkata ” There’s something fishy about this Ceramic Club “. Aku akan cuba terangkan dekat korang apa yang aku rasa telah timbul dalam kepala otak orang-orang BNM di bawah.

  • Who is the end user of this product?
  • Syarikat ini berniaga cara MLM tapi tidak mempunyai sijil AJL.
  • Siapa customer mereka sebenarnya?
  • Adakah mereka sekadar berjual beli dengan ahli dan pekerja saja?

P/S: Ramai orang Melayu dah join> Untung bagi mereka yang sudah lama, rugi bagi yang masih baru join.

P/P/S: Macam mana nak bayar duit Mercedez lepas ni? ohoho..


Cerita ni dah lama tapi aku masih tertanya-tanya kenapa Nisdawati dan Rita Rudaini bergaduh sakan masa ni. Sampai masuk kes polis lagi tu. Menurut pembacaan aku, diorang ni bergaduh disebabkan berebut Fauzi Nawawi. Haha.. Entahlah.. Kalau betullah disebabkan Fauzi Nawawi, maknanya Rita Rudaini kalah dalam perebutan dan pergelutan untuk mendapatkan Fauzi Nawawi. Ahah!


Video ni dah lama dah tapi mungkin ada di antara korang tak pernah tengok lagi yang versi panjang sikit. Hehe.. Dalam rakaman CCTV ni, Steven Gerrard dikatakan bertukar menjadi bengis bagaikan seorang Giant dalam cerita kartun Doraemon tu. Dia bengang lepas seorang DJ dalam kelab tu (kalau tak silap aku) enggan menukar lagu yang dia mainkan. Mungkin disebabkan pengaruh alkohol yang lebih daripada tahap yang disyorkan, Steven Gerrard menumbuk DJ tersebut. Berapa kali tumbukan pun aku tak tahu.

Tapi lepas tu dia ditenangkan oleh rakannya. Ada juga rakan dia yang nak belasah mamat DJ tu tapi kena halang juga. Aku rasa mamat DJ parah takpun mati rasanya. Tu yang sampai kena naik court tu. Aku ada baca komen-komen daripada user Youtube. Ada di antara diorang yang dah mula membenci Gerrard sebab selama ni dia ingat Gerrard lain daripada yang lain. Nampak macam mamat baik, pendiam dan humble orangnya. Last-last tengok kaki bengis jugak rupanya siap bantai orang. Haha. Kesimpulannya, mari sokong Man Utd. Hehehe.. Pastinya semuanya mamat-mamat baik belaka. Hua3..