
Noordin Mat Top ni makin lama makin popular. Ramai pulak orang cari dia buat masa ni. Haha.. Lepas berlakunya tragedi letupan dekat sebuah hotel mewah di Jakarta, polis Indonesia bertungkus lumus nak cari Noordin Mat Top ni. Aku kenal Mat Top yang masa dulu junior aku kat SMSTJ dulu, tapi aku tak sure lah dia tu Noordin Mat Top ke tidak. Muahaha! Aku rasa pihak Indonesia bengang gila dengan Noordin Mat Top ni sampai tuduh Malaysia ni negara pengganas pulak. Cets! Korang ni matured la sikit!
Takkan sebab orang Malaysia boleh tengok perlawanan Man Utd dengan negara sendiri sampai dua kali korang (Indonesia) nak jealous. Hehehe.. Jangan risau, nanti one day mesti Man Utd turun san jugak. Tak tahu lah bila kan. Kalau pasal Noordin Mat Top pula, orang Malaysia atau kerajaan Malaysia tidak ada yang bersubahat dengan Noordin Mat Top ni. Dia dengan geng dia jerlah yang bertungkus lumus main mercun sana sini. Mungkin dia ada objektif yang tersendiri, namun apa yang pasti kerajaan Malaysia tak menanggung pembiayaan kehidupan dia di mana-mana. Hehe..
Baru-baru ni polis Indonesia mendakwa yang diorang dah dapat bunuh Noordin Mat Top, tapi jangkaan cetek diorang melest sebab yang kena bunuh tu sebenarnya adalah partner kepada Noordin Mat Top iaitu Ibrahim atau lebih dikenali di Myspace sebagai Boim. Apa yang aku tahu lepas aku baca paper Kosmo, Noordin Mat Top ni berasal daripada Johor Bharu dan korang sepatutnya bagi dia birthday present 11 Ogos lepas. Hahaha! Dia juga dikehendaki oleh pihak FBI sebagai orang yang berbahaya dan bersenjata. Siapa-siapa yang nak buat fast money, bolehlah pergi cari dan tangkap si Noordin Mat Top ni. Takpun pergilah bagi maklumat pasal dia. Kalau korang hebat lah. Ahah! Janganlah bagitau FBI makanan kegemaran Noordin Mat Top ni. Hahaha!
Lagi satu isu dalam kepala aku, mana satu gambar sebenar Noordin Mat Top ni? Berapa banyak muka dia ada daaaa. Jangan ada super power macam Heroes sudah. Haha!


















