Archive for the "Entertainment" Category

Photobucket

Haritu jatuh pada tarikh 16 June aku dengan segerombolan manusia yang kemaruk dengan FourSquare ataupun 4Square telah dijemput beramai-ramai untuk meetup dengan geng FourSquare yang lain di Tune Hotel Kota Damansara.

Photobucket

Kitorang meetup beramai-ramai atas jemputan pihak Tune Hotel Kota Damansara untuk mendapatkan Swarm Badge. Bila ramai-ramai checkin dekat Tune Hotel Kota Damansara tu, membolehkan kitorang layak dapat Swarm Badge tu. Actually kena lebih daripada 50 orang checkin dekat satu tempat yang sama secara serentak. Takdela betul-betul serentak… Hehehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Awek-awek dan gadis-gadis memang sinonim dengan teddy bear. Boleh dipeluk-dipeluk dan dibawak tidur tanpa diragui ramai. Takdelah masa tidur, ada pegawai pencegah maksiat datang ketuk pintu rumah. Ahahaha!

Tapi ada jugak awek yang buat-buat tak suka dengan teddy bear.. Padahal kalau dibeli memang senyum lebar… Tu pun yang mahal la baru nak senyum. Teddy bear yang murah-murah memang cembeng la diorang kot.. Ngeeee!

Bagi mana-mana lelaki macho yang nak sangat belikan awek korang sebuah teddy bear yang sedap dipeluk, mungkin perasaan malu nak pergi beli tu sangat menebal.

Ni korang dah dress up macho habis dah ni, kena plak pergi beli teddy bear yang besar. Nak bawak ke hulu ke hilir lagi before sampai ke tangan awek korang. Mesti korang rasa hilang macho ye tak?

Dalam kes aku lain, aku tak macho. Aku boleh jer beli, takde hal la.. Ahahaha! Tapi takpe, aku dah ada solution untuk korang. Geng Bigteddybear2u.com boleh bantu korang settlekan masalah ni. Sambung baca lagi baiiii »


Kelmarin hari Jumaat pukul 6 petang aku macam biasa dijemput untuk menonton media screening filem terbaru Toy Story 3 in 3D. Bangga jugak la ila dijemput untuk tengok secara eksklusif lagi awal daripada orang lain. Hohoho.. Tayangan sepatutnya 17hb Jun ni.

Sebelum ni aku tak pernah ketinggalan untuk tengok sequel Toy Story ni. Jadi ila dijemput untuk tengok sequel ketiga ni, aku rasa tak sabar jugak la nak tengok. Selepas aku tengok movie Toy Story 3 ni secara 3D dan percuma, (miahahaha nak gelak jap) aku amat berpuas hati dan terharu dengan sequel kali ni.

Aku rasa semua orang patut tengok cerita ni sebab aku tau, setiap daripada korang ni mesti ada permainan yang masih korang simpan. Tak kira lah baru ke lama, tapi yang pasti memang ada. Kan kan?

Klik Untuk Tengok Video

Jalan cerita kali ni memang menarik. Masa awal filem korang akan tengok betapa mesra dan sayangnya Andy dengan barang permainan dia termasuk Woody, Buzz dan sekaum kerabatnya. Kira memang banyak nostalgia lah kan. Sekarang ni Andy dah besar dan akan masuk ke college. Sambung baca lagi baiiii »


Hari tu kagum jugak aku tengok bila mamak Syed Maju dekat Taman Paroi Jaya ni amik order. Aku nampak dia tulis dalam Jawi. Tapi still ada jugak la short form tu kan. Haha!

Lepas tu apa lagi, aku order dalam bahasa Arab la. Dia faham jugak. Hahaha.. Hebat-hebat jugak mamak sini. Jadi sebenarnya dia ni bukan mamak la kan..

Tapi aku tak panggil la mamak dekat sini dengan nickname mamak, ane or macha. Aku selalu panggil diorang boss. Kasi rajin sikit diorang masa amik order dan dihargai. Wakaka!

Yang kes mamak tulis jawi tu aku rasa dia orang Pakistan la. Masa mula-mula datang dulu dia habuk tak paham apa aku cakap. Dulu cakap sengal pun dia senyum je. Miahaha!


Haaaa… Mana nak cari Blackberry yang berharga semurah RM5.50 selain daripada gambar atas ni? Ni bukan Blueberry ataupun Bleckberry mahupun Blankberry. Hohoho.. Aku rasa Celcom, Maxis dan Digi pun tak boleh tawarkan Blackberry semurah ini. Miahaha! Tengok betul-betul gambar dekat atas tu kalau tak percaya. Ahaks!

Lokasi penjualan Blackberry murah ni aku tak nak bongkarkan dekat korang. Tapi kalau korang nak beli melalui aku boleh jer. Mau ke tak mau? Tapi aku markup lebih la sikit. Rm50 je boleh? Kalau korang bank in kan duit dalam Maybank2u aku ataupun CimbClicks, aku kan hantar guna Pos Laju. Sambung baca lagi baiiii »


Wooots wooots.. Jam menunjukkan 5:26AM dan aku tengah terkial-kial nak update blog ni sebelum Subuh dan tidur. Baru je sampai rumah tadi lepas lepak dekat Azhar Maju Taipan dataran Senawang. Sesak gila babeng tadi!

Mula-mula sekali nak ucapkan tahinah kepada Shahir yang dah pun menjadi juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Walaupun sebelum ni dah tersingkir masa minggu keberapa entah.

Aku bukanlah peminat AF8 sangat ataupun peminat Shahir. Tapi lepas aku tengok Trek Selebriti dengan artisnya adalah Shahir AF8, maka dari situ aku berasakan Shahir merupakan pelajar yang layak jadi juara AF8.

Korang tengoklah Trek Selebriti tu ya!

Musim Champions League pun dah tamat dah! Milito dengan handsomenya menjaringkan dua gol dengan baik dan penuh gaya pagi tadi. Masa final ni aku sokong Inter Milan sebab aku tak suka Bayern Munich yang kalahkan MU. Hohoho!

Inter Milan and Bayern Munich main dengan baik tapi Inter Milan lagi banyak masuk ke dalam kotak penalti. Milito pulak senang-senang je dribble bola depan Van Buyten. Hahaha! Ada member aku cakap, sah-sah Milito akan jadi first striker Argentina masa World Cup nanti.

Inter Milan menang 2-0 dengan Bayern Munich!