
Gaya macam orang penting habis je buat tajuk post macam tu. Hohoho! Sebenarnya dah lama dah aku kena warning dengan Grand Brilliance ni. Tapi takdelah diorang hantar surat dekat rumah aku. Wakakaka..
Ni sebab aku ada buat video and upload dekat Youtube. Video tu bertajuk ” AC Mizal Tuduh Shafnie Lesbian”. Alaaaa.. Ni pasal gosip artis masa dulu-dulu aku buat dekat blog aku ni. Maybe material yang aku guna untuk video tu ada kaitan dengan Grand Brilliance, so diorang warning ikut Youtube.
Kalau aku tak delete video tu, account Youtube aku kena terminate. So dengan bijaknya, aku pun delete lah video tu kan. Hehehe.. So pasni, korang tak payahla guna material Grand Brilliance lagi kalau nak upload video kat Youtube.

Ohoiiii! Barangsiapa yang tak tahu apa itu La Senza memang dia sorang yang jarang pergi ke shopping complex ataupun sememangnya dia tidak mempunyai sepasang mata yang agak liar. Hahaha!
La Senza ni merupakan pakaian dalam perempuan yang agak elegan dan juga seksi. Aku rasa ramai jugak lelaki yang tahu pasal La Senza ni. Dan aku dapat menduga mesti ada sang suami yang belikan La Senza ini untuk sang isteri.
Tak tahulah untuk tatapan si suami ataupun keselesaan si isteri. Hohohoho! Tapi bagi kami yang bujang-bujang ni, dah terbayang dah untuk memberikan apa yang terbaik untuk keselesaan isteri kitorang nanti. Huhuhuhu! Sambung baca lagi dow »

Tak habis-habis lagi rupanya kes Manohara Pinot ni. Kali nii lagi dasyat dan lebih berani sebab ada adegan manja-manja sikit. Hohoho! Kali ni gambar dia dengan seseorang yang bernama Amil. Manohara dikatakan mencium manja si Amil ni.
Aku harap kerabat Di-Raja Kelantan dapat selesaikan kes ni secepat mungkin sebab nampak macam si Manohara Pinot ni memperlekehkan orang dan raja Melayu. Tak boleh dibiarkan begitu saja maaa..
Gambar Manohara dengan Amil ni dah tersebar luas dekat internet lebih-lebih lagi dekat blogger dan wartawan dekat Indonesia. Aku tak tahulah apa pendapat wartawan dengan blogger Indonesia pasal benda ni. Malu atau bangga? Entahlah..

Korang rasa betul ke tak benda ni wahai lelaki-lelaki budiman sekalian. Hahaha.. Aku rasa macam betul je sebab memang benda ni dah dibincang banyak kali dengan jejaka-jejaka lain.
Aku rasa diorang memang pantang nampak kereta yang superb-superb ni. Miahaha! Kalau korang perempuan, jangan tak mengaku haaa. Lepas tengok kereta, mesti diorang tunggu nak tengok siapa yang drive kereta tu kan. Pastu berangan, kan best kalau dapat dia jadi teman lelaki, yang muda lah lebih baik.
Kalau dekat college swasta mahupun kerajaan, mana-mana lelaki yang bawak kereta sendiri lagi mudah untuk mendapatkan awek. Hohoh.. Kalau tak percaya, tanya kawan sendirilah. Tanya budak-budak UITM sudeyh. Senang nak bawak bontot diorang pergi ke mana-mana bila dah ada kereta nih. Sambung baca lagi dow »

Hari Kekasih or Valentines Day memang ramai yang sambut dan ada ramai jugak yang menolak hari kekasih ni. Paling ramai yang menolak adalah kaum dan agama aku iaitu Islam.
Bagi sesiapa yang pernah rasa kemaruk cinta, sudah kompom agak tertunggu-gunggu hari terunggul dalam diari percintaan masing-masing. Hohoh! Dulu aku pernah jugak berasa excited dengan hari ni. Dulu lah kan. Budak-budak lagi.
Orang Islam memang melarang hari kekasih ni di atas sebab-sebab tertentu. Ada yang cakap hari kekasih ni sebenarnya menyambut hari tewasnya agama Islam dekat mana entah aku dah lupa. Sambung baca lagi dow »

Wallaweh! Ada lagi artis kantoi positif dadah. Secara jelasnya Zarina Ann Julie mengaku pada pihak bertanggungjawab yang dia ada ambik ketamin. Aku pun tak taulah ketamin ni ape benda.
Nak kate tu nama saintifik macam lawak la pulak. Lain benar nama dadah tu. Air daun ketum la yang paling selalu disebut secara rasmi dekat TV and paper.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kantoi ke tanah juga. Aku pun goyang jugak ni kalau-kalau ada aktiviti aku yang kantoi. Hehehehe.. Sambung baca lagi dow »