Archive for the "Entertainment" Category

Kelmarin, Qabil Ambak telah mengumukan yang dia takkan kahwin dengan Fasha Sandha. Dia juga mengaku yang dia nak kahwin tak lama lagi dan sah-sah memang bukan dengan Fasha Sandha. Dulu pernah jugak dia (Qabil Ambak) dan Fasha Sandha merancang nak berkahwin, tetapi semuanya tak menjadi kenyataan. Kemungkinan ada tok dukun tak bagi diorang berdua ni kahwin sebab nanti takde ONG. Ahaha! Gurau kasar jap :P   ..

Fasha Sandha pulak rasanya dah ada pengganti kepada Qabil Ambak. Kedengaran Fasha Sandha akan berkahwin dengan Datuk awal tahun depan. Tak tahulah kalau orang tu silap bagitau dekat aku kan. Aku pun hairan jugaklah apsal susah sangat lah Fasha Sandha ni nak kahwin. Aku rasa semua yang pernah digosipkan dengan dia semua yang TERBAIK dah tu. Takde cacat cela pun. Duit banyak. Rupa pun ada. Entah-entah mak Fasha Sandha kot yang memilih sangat. Manalah tahu kan, mak nak control. Papehal pun, kalau korang nak kahwin, kahwin jer la. Kalau tak nak jangan buat propaganda awal-awal pulak. Callo beteyh!


Boleh tahan jugaklah awek si Black Mentor ni. Kalaulah lalu depan aku dengan kawan-kawan sekolah aku. Kitorang mampu nak jeling jugaklah. Takdelah angker pun awek dia ni. Hua3! Kejam tahap 20 petala langit! Bukan main manja ek awek Black Mentor ni. Suka pulak dia amik gambar tenung-tenung mata rapat-rapat. Ala-ala sweet la tu ek ? Lokasi tempat dating diorang ni aku tak dapat nak kenal pasti. Tapi sudah tentu dalam shopping mall.  :P

Mesti masa diorang dating ni masa bulan puasa yang lepas. Dan kemungkinan besar nama awek dia ni Athna. Cuba korang tengok gambar yang dekat bawah ni. Kertas tu nampak macam booking dengan nama ATHNA. Aku rasa betul dan aku tak rabun lagi. Ahah! Persoalannya di sini, awek ni dah couple dengan Black Mentor sejak sebelum Black menjadi juara Mentor ataupun selepas dia menjadi juara ? Ini merupakan persoalan  yang bermain dalam benak kepala aku dan bukanlah impian aku nak menawan hati awek ni. Hohoho!

Huh! Bayar la sendiri makanan ni!

Polok sikit haaaa!


Pada tarikh 29 September 2009 telah tertabalnya Umie Aida sebagai tunang kepada Datuk Paduka Khairuddin. Agak lama jugaklah Umie Aida ni tidak berpasangan. Mungkin pernah berpasangan dengan orang lain tetapi tidak diketahui umum. Pandai ek dia sorok kisah cinta dia. Bagi aku, untuk umur macam Umie Aida ni walaupun aku tak tahu umur dia berapa tapi aku agak-agak umur dia ni dah agak lewat jugaklah nak bertunang dan berkahwin. Kalau aku jadi artis pun, bila dah ada duit, aku kahwin je terus maaa.. Tak payah nak fikir panjang-panjang. Keperluan perlu diisi maaa.. Hehehe!

Ada orang cakap yang muka tunang Umie Aida ni macam Jaafar Onn. Tapi pandangan aku pulak, muka dia macam Jaafar Onn campur dengan Datuk K. Hohoho! Sama tak? Mesti sama punya kan, aku punya kombinasi wajah terbaik punyalah. Hehehe.. Ramai jugaklah yang datang majlis pertunangan Umie Aida ni, dan agak meriah jugak lah. Rakan-rakan artis turut membantu memeriahkan suasana pertunangan ni lagi. Macam dah rancang lame jer ni. Cuma tak bagitau dekat orang ramai sangat.

Menurut kata Umie Aida, majlis pertunangan ni memang diadakan secara besar-besaran tetapi majlis perkahwinan hanyalah untuk temna-teman rapat dan ahli keluarga sahaja. So bagi kakitangan media, inilah masa diorang nak tanya macam-macam kat Umie Aida. Nanti kena marah dekat boss pulak kan sebab majlis perkahwinan dah tak boleh datang nanti susah pulak kang. Sebelum ni Umie Aida cakap dia adalah orang yang bersederhana dan tidak materialistik, tetapi kenapa dia kahwin dengan orang kenamaan macam ni. Bukan materialistik ke tuh? Haha.. Umie Aida menjawab macam biasa, dia tidak pandang pada harta tunangnya, dia pandang pada budi pekertinya walaupun baru beberapa bulan saja berkenalan. Hehehe..

Antara artis yang turut hadir ialah Erra Fazira, Nasha Aziz, Lisa Surihani dan Nora Danish.

P/S: Aku harap perkahwinan diadakan cepat-cepat agar tidak ada kontroversi berlaku nanti. Amiinn..


Oh! Tidak ipah, kenapa ipah curang dengan i. Sampai hati ipah buat Richie macam ni. Hihihih.. Takpelah Gavin, kau couple la dengan Sharifah Amani ni. Maybe sudah suratan takdir yang aku tak mampu lagi jadi teman lelaki Sharifah Amani. Gavin Stenhouse memang sangat bertuah sebab berjaya menawan hati Sharifah Amani. Mungkin sebelum ini ada jugak orang berkata-kata di warung Jalan Bangsar bahawa Sharifah Amani ni jatuh hati dengan Que Haidar satu ketika dulu. Tetapi lepas Que Haidar kantoi dan kahwin dengan Linda Jasmine maka semakin senyap sunyi lah warung Jalan Bangsar tu dengan nama Sharifah Amani. Ahah!

Sharifah Amani telah jatuh cinta dengan Gavin yang berbangsa Scotland campur sikit dengan Wales. Dia cakap yang Gavin ni peramah, baik, sopan santun dan sudi belajar adat orang Malaysia ni. Gavin pun sebenarnya berlakon, dia dapat watak Putera Roman dalam filem keluaran KRU. Bulan ni dah berapa kali kau puasa Gavin? Ahaha.. Menurut sumber, Gavin dah pun menempah baju Melayu untuk menyambut Syawal mendatang. Harap-harap nanti jadi muallaf lah kau ya Gavin. Amiiinn..


Biasa biasa biasa.. Remaja kalau dah kemaruk cinta memang payah nak kawal nafsu ni. Hehe.. Aliff Aziz penyanyi pujaan ramai makcik-makcik  turut tak terlepas daripada dugaan ni. Dia tak boleh tahan sampai dia mencium seorang perempuan yang berbulu lebat tangannya. Mungkinkah awek dia? Aku rasa mungkin. Tapi baru-baru ni Aliff Aziz mengakui kesilapan dia mencium awek ni dengan selambanya. Aku rasa kemungkinan kecil dia tak akan ulangi kesilapan dia ni. Maun jatuh sales lagu-lagu dia nanti. Ahahaha! Tak tahu plak aku Aliff Aziz ni sukakan perempuan yang berbulu, mungkin romantik katanya. Selalunya perempuan yang suka lelaki berbulu dada. Haha! Betapa angkuhnya kawan-kawan aku yang ada bulu dada yang lebat. Mereka masih menganggap mitos ini sememangnya benar.


Ahaha.. Penyerang gosip yang diserang gosip. Selalunya Michelle ni yang akan serang artis-artis yang tengah sibuk dicerita orang ramai sebab gosip-gosip terbaru dalam rancangan dalam TV3 yang diketahui ramai iaitu Melodi. Kalau abang Nas buat terjah ni nanti, boleh ke nak terjah si Michelle Wee ni dengan teman lelaki @ boyfriend terbaru dia yang merupakan seorang pengacara rancangan TV3 juga iaitu Remaja. (Takbleh buat sound Remaja). Hehehe..

Ramai orang cakap yang Michelle Melodi ni sanggup memeluk agama Islam demi  cintanya terhadap teman lelakinya, Deqwan Remaja atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin. Tapi Deqwan bukanlah satu-satunya teman lelaki berbangsa Melayu yang Michelle Melodi pernah ada kerana sebelum ni orang cakap teman lelaki dia pun orang Melayu jugak. Hopefully yang kali ni kekal lah ya Michelle and Deqwan. Kalau tak aku suruh abang Nas terjah kau Michelle. Hehehe.. Good Luck! Korang tengoklah gambar kemesraan Michelle Melodi dengan teman lelaki barunya Deqwan Remaja.