Archive for the "Entertainment" Category

Woohoooo!! Akhrinya setelah 61 tahun akhirnya Negeri Sembilan dapat jugak jadi champion Piala Malaysia. Fuhh! Lama sangat tuh, sejak aku tak lahir lagi memang dah lama tak menang. Ibu aku pun tak lahir lagi dow. Nasib baik Piala Malaysia tu tak berkarat, kalau tak buat apa nak berebut-rebut piala tu. Muahaha! Aku pernah rasa 3 kali Negeri Sembilan masuk Piala Malaysia dan setiap kali tu sudah semestinya aku dan budak-budak Hobin Jang Hobin yang lain berharap sangat Negeri Sembilan akan menang. Akhrinya final Piala Malaysia kali ketiga ni Skuad Si Rusa menang jugak. Ariiiiibbaaaaaaa!!! Puas hati gilo den haaaaa!!!!

Malam tu plak memang mula-mula agak goyang dengan supporter Kelantan. Mane tak nya, diorang datang tak agak2 ramainya. Macam diorang dah memang tinggal dekat Bukit Jalil tu dah. Ahahaha! Memang aku dah bajet stadium akan dipenuhi olehorang-orang Kelantan. Jadi jelasnya malam tu 25% daripada orang dalam stadium tu adalah orang Negeri Sembilan dan selebihnya 75% orang Kelantan. Perggghhh! Ramai dow!!! Kelantan punya seat memang pack gila kot. Aku dengar cerita ada yang tak masuk pakai tiket pun sebab diorang rempuh pagar nak masuk stadium Bukit Jalil tu. Cibai tol.. Ada yang dapat tiket free, pastu masuk tak guna tiket, diorang pergi jual tiket daripada dalam pagar stadium. Siot tol, bapak punya terbaik la. Hoho!

Alhamdulillah Negeri Sembilan menang dengan sangat berjaya dan hensem sangat malam tu. Hahaha.. Berjaya buat penyokong Kelantan marah gila,bengang gila sampai baling mercun dan guli dekat orang ramai termasuk penyokong sendiri. Hua3.. Ape nak jadi tak tahu la kan diorang tu. Banner yang disponsor untuk Kelantan pun diorang pergi bakar termasuk dengan kerusi stadium tu. Mak aihhhhh memang dah gilo diorang tu. Memalukan ketua negeri diorang je la. Nik Aziz pun sudah tentunya sedih dengan perangai tu walaupun semangat hidup orang Kelantan diorang kuat tapi agak2 la kan. BIARLAH BERTEMPAT!!!!!

First goal Negeri Sembilan memang superb! Shahurain rembat bola laju gilo sampai Halim Napi yang dah tua tu tak boleh gapai nak tepis. Hua3! Defender team Kelantan memang AYAM TANDOORI! Huhuhuhu! Memang layan dengar Hasbullah Awang komen gol tu. Hohhh!! Cantekk!! Hahaha.. Baik punya tone. Korang try tengok video kat atas tu sampai habis. Second goal pun cantik, pun sebab KEAYAMAN TANDOORI defender Kelantan. Diorang tak mark gila2 Hairuddin Omar yang just have to tanduk bola chip daripada Zaquan Adha. Kuang3!! Ayam3!!!

Gol ketiga Negeri Sembilan , Zaquan Adha yang golkan lepas dapat penalti. Defender Kelantan yang AYAM TANDOORI tarik baju Shahurain dekat dalam kotak penalti. Lepas gol tu patutnya Negeri Sembilan dapat lagi satu penalti tapi refree tak bagi. Jelas2 memang patut sangat penalti, defender Kelantan AYAM TANDOORI sepak kaki Zaquan Adha masa tengah bawak bola dari belakang. Cibai tol.. Ingat main rugby ke. Maybe sebab Negeri Sembilan baru lepas dapat penalti, dia takut la nak bagi lagi sekali. Patutnya Negeri sembilan memang banyak sangat gol malam tu. Cuma Zaquan Adha tak larat dah nak gelecek defender Kelantan AYAM TANDOORI. Tapi apa2 pun gol Indra Putra memang lawa dan terbaik gilo walaupun game dah nak habis. Hua3!!

P/S : Lepas ni artikel kutuk penyokong Kelantan yang menggelabah. Sila tengok video kat bawah sekali.

PENYOKONG BOLA KELANTAN BALIK MELOPONG


Rajin betul Yasmin Hani sambut Halloween. Huhu.. Maybe tengah free sikit takde shooting la tu kan. Sekali sekala nak release tension dengan kawan-kawan pun apa salahnya kan. Boleh jugak buat networking sikit macam Haiiyyooo. Hohoho! Aku rasa sambutan Halloween dekat Malaysia ni takdelah macam sambut Haloween dekat oversea tu. Dapat plak nak bagi gula banyak-banyak kat budak2 yang datang tengah malam. Kalau datang siang takpe, ni datang malam2 buta orang nak layan bini pun susah. Muahaha!

Aku tak tahu la gambar Yasmin Hani sambut Halloween ni dekat mana tapi menurut sumber dia sambut ni dengan orang-orang VIP jugak. Aku tak kenal siapa. Kalau ayah aku Datuk tu lain cerita la kan. Tapi apa yang aku perasan dekat dalam gambar2 ni ada Shereen Shah. I don’t know who is this Shereen Shah. Of coz she looks lovely but i don’t know who is she. Wakaka.. Tapi aku ade jumpa profile Facebook dia. A bit curious..

Kenal sama kenal rupanya :P

Haaa.. Mamat ni aku perasan tapi tak tahu nama. Dia ni ada berlakon dalam cerita Blogger Boy dekat 8TV haritu. Woops hopefully he didn’t challenge Yasmin Hani to drink that.

P/S : Yasmin Hani, tolong pakai kostum yang lebih menyeramkan. Muahaha!


Alaahaaaiii! Apelaa nasib badan ye tak. Sudah jatuh , ditimpa tangga pulak tu. Haha.. Nak kesian ke taknak kat Liverpool ni ek? Haritu tak agak punya hina Man Utd ye tak. Padahal baru menang sekali. Hua3! Lain kali kalau dah empat kali kalah berturut2 tu, tak payah la nak gembira sangat. Kenalah low profile sikit kan. Cakaplah dekat peminat or media, alahai nasib jer menang dengan Man Utd. Patutnye Man Utd boleh menang, kitorang je bernasib baik. Wakakaka!

Tengok, sape suruh bangga sangat. Kan dah bertambah dah rekod kekalahan yang hampas korang tu. Wakakaka! Adoii! Tak tahan pulak aku tengok match Liverpool VS Fulham malam tadi tu. Aku saje je main teka2 game malam tadi Liverpool kalah. Tengok2 memang kalah betul2 dow! Hahaha! Cam siot je. Rase macam aku tengah tengok “My Wife and Kids “ pulak. Ahahaha! Maaflah kalau post aku kali ni dipenuhi dengan gelak tawa. Hohoho!

Sebelum kalah dengan Fulham, dah kalah dulu Carling Cup dengan Arsenal. Ahaha! Jangan bagi reason turunkan second team, padahal Arsenal pun bawak turun second team jugak kan. Dah dua kali kalah ni aku tengok takde pulak budak2 blogger or Facebook yang menegakkan semangat keperwiraan Liverpool ni. Mane korang menghilang dow? Muahahah! Gila apa? Dalam 7 game, 6 kali kalah, sekali je menang. Adoiyaiiii.. Alahaiii.. Lawak dowh.. Sorry la.. Memang lawak.. Wakakaka!!

Ntah2 jersey korang bawak suwey kot. Aku rasa logo Carlsberg tu yg bawak suwey agaknya. Hehehe.. Aku main agak je ar kan. Sebab aku ni bukan pakar tilik or peminat tilik-menilik ni walaupun malam tadi ramalan aku yang Liverpool kalah memang betul. Hohohoh! Lepas ni janganlah korang mintak aku tilik Liverpool menang pulak ya. Ahaahaha.. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu next match Liverpool. Kalah semangatnye nak tunggu next match Man Utd. Hohohoh!

P/S : Glory2 Man Utd


Dah berzaman main bola akhirnya kahwin jugak mamat nih. Khalid Jamlus ni striker team bola sepak Kelantan. Adakah Kelantan menang 2-0 dengan Perlis haritu disebabkan Khalid Jamlus yang terlalu happy lepas malam pertama dia. Malam pertama ? :P   Papehal pun tahniah aku ucapkan dekat Khalid Jamlus and isteri dia, Zarina Zainal yang merupakan anak kepada Dato Z.

Nampaknya Khalid Jamlus dah maju setapak ke hadapan daripada aku. Status dekat Facebook dia pun dah bertukar agaknya. Gilo apo kalau dah kahwin tapi status kat Facebook still single. Memang makan kasut tumit tinggi la jawabnya kan ? Muahaha.. Mintak-mintak diorang ni selalu la berjunub di malam hari. Manalah tau kan kalau Negeri Sembilan lawan Kelantan masa final nanti, Khalid Jamlus pancit la sikit kan ? Ahah!

P/S: Hobin jang hobin


Chaq Chaq Chaq yang tak berlakon dalam drama Cak Cak Cak dekat Astri Ria tu. Kurus gila mamat nih, dada kerengpeng. Ni kalau kena pukul dengan orang ni tak tahulah macam mana dia nak tahan. Muahaha! Artikel kali ni hanyalah untuk tatapan peminat-peminat Chaq Mentor yang sangat setia walaupun Chaq ni taklah jadi juara program realiti TV Mentor. So harap-harap peminat Chaq Mentor bolehlah tengok gambar ni sebelum nak tidur ke nak mandi ke nak buang air ke. Boleh cari ilhamlah kononnya.  :P


Haha! Aku tahu badan macam ni mesti menjadi pujaan setiap insan yang ada belalai dekat depan. Ohoho! Mungkin korang ade perasan muka brader ni. Sekarang pun muka dia selalu sangat kuar dekat drama Tari Tirana tu. Aku tak tahu apa nama watak dia dalam cerita tu tapi dia ni watak utama la kan. Bukan ape, aku tak layan sangat la shuffle2 ni, tektonik ke, teranik ke, kotetek ke. Aku pun tak tahu kenapa aku tak berminat, korang rasa? Muahaha. Kalau nak beriadah aku prefer bersukan la. Bukan menari-nari ni. Tarian aku mahal! So mane boleh selalu tunjuk2 kat orang ramai kan.  :P

Aku rasa korang pun mesti ada perasan muka brader ni dekat mana-mana magazine dan iklan komersial dekat TV tuh. Nama dia ni Ammar Alfian Aziz. Dia ni bertambah terkenal dekat masyarakat Malaysia lepas heboh gambar kontroversi dia mandi kolam dan kiss bekas kekasih aku Puteri Sarah Liyana yang kini kekasih Ammar Alfian Aziz ni. Ohohoho! Kemudian ada orang jumpa gambar dia tengah pose untuk iklan magazine mana ntah yang agak-agak bogel jugaklah.

Aku ada jumpa satu blog yang backup Ammar Alfian Aziz ni. Cuba baca -> Ammar Alfian VS Richie

Rupa-rupanya Ammar Alfian dah lama glamour dalam bidang modelling ni. Tapi dia lagi terkenal dekat peringkat antarabangsa. Baru-baru ni je dalam setahun dua dia balik dekat Malaysia nak cuba cari rezeki kat sini. Dia pernah masuk Hero Remaja tapi tak dapat masuk final sebab Hero Remaja bukan setakat nak badan sedap and hensem je. Tapi doa sembahyang pun diorang tasmiq. Jangan terkejut! Tak percaya pergilah try masuk bagi sang lelaki. Haha!

Ammar Alfian Aziz ni memang ade bakat kan dalam modelling? Aku tanya korang nih. Haha.. Harap-harap lepas ni takdelah kontroversi pasal dia ni. Bakat kena guna sebaik-baiknya ye tak. Tapi cara orang Islam dengan agama lain memanglah lain kan. Masing-masing dah tahu yang mana harus diikutkan. Peace ya au au!

P/S : Setiap insan berhak berubah ke arah lebih baik :)