Archive for the "Entertainment" Category

Aku takdelah budak2 sangat nak layan lagu Miley Cyrus yang kebudak2an ni. Tapi kali ni aku memang tak dapat nafikan yang lagu Miley Cyrus – The Climb ni ada unsur2 untuk semua orang. Masa dengar2 lagu ni dulu aku rasa macam biasa je tapi dah mula minat jugak la. Lama2 lepas tu aku layan lagu ni ulang2 dah jadi suka gila kot. Lagu ni memang boleh bagi motivation la dekat sesisapa pun aku rasa. Kalau diorang tak rasa motivate tu, maybe diorang tak paham English. Kena masuk class dulu baru boleh layan. Ahah!

Aku rasa sesiapa pun boleh dapat inspirasi daripada lagu The Climb ni. Bila kita dah success, kita jangan lupa zaman kita susah2 dekat bawah dulu. Bila kita tengah down, kita boleh ingat balik macam mana kita mula2 nak success dulu so boleh buat kita rise up balik. Tapi lagu The Climb ni memang layan dow. Terasa jugakla macam kita dah amik satu long journey yang berbukit-bukau. Muahaha! Ok, sila layan video dekat atas. At least , dengar la lagu dia tu.


Baru-baru ni Ed Hardy dah bukak satu lagi branch diorang dekat Suria KLCC, Malaysia. Korang boleh usyar butik Ed Hardy ni dekat 2nd Floor KLCC. Aku pun tak pernah pergi, tengok gambar je la. Muahaha! Aku takdelah hebat sangat dalam bab2 fashion ni tapi bagi aku design2 vintage Ed Hardy ni sedap mata memandang jugaklah. Aku rasa budak2 yang main Ebay dah tahu lama dah brand and barang2 Ed Hardy ni. Yelah masing2 nak cari makan buat duit Ebay masa tu. Jual mousepad gambar Ed Hardy punya design lepas tu guna dropshipper Arstnow. Kencang poket masing2 masa tu ye tak. Hohohoh.. :P

Selepas pemerhatian aku mengusyar gambar2 grand opening butik Ed Hardy pertama dekat Malaysia ni, kira meriah jugaklah kan. Ya lah, Ed Hardy one of the most popular brand dekat dunia ni kan. Ramailah artis yang turun padang sekali, nanti kalau tak turun padang takut kena kutuk pulak kan dengan member2 artis yan lain. ” Weyh, kau tak UP TO DATE dowh. “ Hahaha.. Ramai artis yang try2 barang Ed Hardy dekat butik tu tapi tak taulah diorang beli ke tak. Mana tau diorang pun mintak dapat free ke sponsor ke. Muahahaha!

Persembahan grand opening by Altimet and Ning Baizura

Qabil Ambak pun layan baju Ed Hardy tapi nampak kureng.

Geram jugak poit tengok baju-baju diorang ni. Tapi takdelah semua yang lawa sebab lain orang lainlah onion opinion dia kan. Kalau ada yang cakap semua baju Ed Hardy cun2 memang dia just pandang brand je lah bukan quality dan design benda tu. Aku sudi memanggil orang macam tu BENGAL. BEBAL+SENGAL … Hahaha. Just kidding. Sebab aku tengok ade je design2 Ed Hardy ni yang aku boleh beli dekat pasar malam sehelai baru RM5 kot. Muahahah!

Lepas ni korang try lah beli baju untuk girfriend or boyfriend korang dekat pasar malam pastu cakap , ” Ni i beli dekat butik Ed Hardy tau. 2nd Floor KLCC. Haaaa.. I tau tempat dia.” Label dekat belakang baju tu korang jahit sendiri je bagi nampak unik sudah.. Haha.. Yela, design2 Ed Hardy kan pelik2 sikit. Kalau korang ada duit lebih tu, datanglah usyar2 baju Ed Hardy ni sehelai dua. Tak payah beli banyak2 pun takpe. Sekadar memenuhi citarasa korang. Kalau duit tengah sangap tu tak payah la beli, membebankan pulak nanti. Bukan penting sangat pun.

Memang sesiapa pakai barang2 Ed Hardy yang betul2 sesuai dengan diri masing2 mesti nampak smart or HOT gila. Owh, apsal lah budak2 perempuan Seremban kurang pakai baju2 macam ni. Hehehe.. Bukan apa, saja nak tengok kan. Bukan nak tengok benda lain pun. Apa salahnya sekali sekala tukar fesyen. baru up sikit macam budak2 perempuan yang selalu lepak dekat Darussalam Subang 15. Muahahaha! Roar!! Aummm!!

Jom tengok gambar2 artis kita pakai barang2 Ed Hardy ni. Ayuh!! Sambung baca lagi baiiii »


Aduhhh! Kegoyangan melanda di dalam hati Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dan Ziffa Zubir, 28 setelah diorang berdua kantoi ditangkap khalwat bersama. Walaupun host rancangan TV Pemburu Hantu di Astro Ria ini cuba melarikan diri dan selubung bontot monggelnya dengan menggunakan selimut. Ziffa Zubir yang juga seorang yang penting dalam industri hiburan hanya terkial-kial melihat heronya yang cuba melarikan diri. Namun itu semua tidak cukup walaupun Pemburu Hantu berjaya melompat ke balkoni jiran sebelah, dia tetap telah ditangkap khalwat dan dibicarakan di muka pengadilan. Mungkin dia cuba melarikan diri sebab taknak pegawai JAIS tengok belalainya yang comel gitu2 saja :P

Aku rasa tak lama lagi kawinlah pasangan kantoi khalwat ni. Nak buat macam mana, dah buat jahat, dah kantoi memanglah kena tanggung malu dan salah. Haha.. Ingat lagi masa dulu kantoi dekat sekolah, mak aih berderau darah.. Menggelabah nak lari dari cikgu. Hohoho! Nakal masa dekat sekolah takpe, jangan hanyut sampai ke tua. Macam2 masalah timbul nanti ye tak. Aku hairan jugakla, macam manalah Pemburu Hantu pun boleh diburu. Ahaha! Kalau tengokkan gaya Pemburu Hantu ni macam alim-alim jugakla. Tapi entahlah, hati orang siapa yang tahu. Hohohoh!


Aku agak tak sangka jugaklah yang ramai jugak artis yang minat bola sepak. Yela ingatkan artis takdelah nak lepak tempat-tempat sesak macam ni. Nak bersapu dan tukar2 peluh dengan orang ramai yang tengok sekali dekat stadium tu. Ahah! Dah sesak kompom2 la panas dan berpeluh-peluhkan. Ada jugak artis yang rela rupanya tapi mungkin sebab mereka begitu bersemangat lepas Kelantan dapat masuk final Piala Malaysia. Yelah, semangat orang Kelantan kan kuat. Haritu aku ade bergaduh dengan sorang penyokong Kelantan yang merupakan seorang perempuan. Fuhh, memang betul2 bersemangat akak tu. Hehe.. Relax lah kak, bola sepak je.

Ramai jugak artis yang datang sokong Kelantan malam tu. Antaranya Sabri Yunus yang dulu top dengan cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Sabri Ismail sememangnya tak boleh lari daripada kecek Kelantan. Selain tu Mustapha Kamal, Idayu AF dan juga Fasha Sandha. Mustapha Kamal dan Idayu AF aku tak hairan sangat sebab memang dia orang Kelantan kot. Tapi Fasha Sandha ni kenapa tiba-tiba sokong Kelantan. Aku orang Negeri Sembilan, sokong la Negeri Sembilan. Wahahaha! Or dia punya boyfriend baru orang Kelantan? Atau makcik dia orang Kelantan? Sebab parents dia bukan orang Kelantan kan. Takpolah.. Layankan je lah..

P/S : Hobin Jang Hobin


Bila la Zahida Rafik ni nak menyedari kewujudan aku dekat dunia ni. Haha.. Adakah dia suka membaca blog2 orang Malaysia yang lebih gemar menaip dalam bahasa tersendiri atau dia lebih suka baca blog Englizzz. Kalau dia bacalah blog ni aku nak cakap, “Zahida , i nak amik gambar dengan u la.” Hehehe.. Aku ada sebab aku yang tersendiri kenapa aku nak amik gambar dengan dia. Bukan semata-mata aku nak amik gambar dengan Zahida Rafik lepas aku tengok kesemua gambar2 dia yang ada dekat blog aku ni. Muahahaha! Aummmm!

Korang tak tahu apa yang ada dalam kepala aku dan korang jangan fikir korang tahu. Korang pun jangan fikir yang aku tahu sebenarnya yang korang tahu aku tahu. Faham ke tak? Kalau tak faham dah sah2 critical thinking korang fail. Dan korang tak selalu lepas jawab soalan KBKK masa sekolah rendah dulu. Wakakaka! Jadi sila cakap korang faham ya. Aku rasa pada malam majlis ni, semua orang nak bergambar dengan Zahida Rafik termasuk dengan pak cik guard building majlis ni. Hehehe..

Ketiga-tiga lelaki yang amik gambar dengan Zahida Rafik ni kelihatan tersenyum senang hati. Mungkin aura daripada Zahida Rafik memang dapat melembutkan hati ketiga-tiga mereka termasuklah dengan Chef Wan. Jealous jugak aku dengan Chef Wan ni, semua gambar dia ada. Hehehe.. Maybe ni semua guna camera dia kot. Takpun Chef Wan share beli camera ni dengan Zahida Rafik. Manalah tahu kan. Ahah! Nasib takde satu pun daripada diorang ni kantoi menjeling ke arah Zahida Rafik yang agak liar malam ni dengan harimau bintangnya. Hahaha!

P/S : Zahida , please call me tonight ok.


Woooo! Mesti ramai tak sangka yang gambar ni adalah gambar kepunyaan Chef Wan selebriti chef yang sudahpun terkenal di Malaysia dan seluruh dunia. Tahniah kepada Chef Wan kerana berjaya dalam bidang kegemaran beliau hingga ke peringkat tertinggi. Mesti ramai makcik2 yang sebaya dengan Chef wan menyesal kerana tak mengurat Chef Wan masa zaman muda dia. Badan Chef Wan memang hot dan seksi kata Cik Jijah yang selalu tengok rancangan memasak Chef Wan dekat dalam TV.

Mungkin kalau Chef Wan terus aktif bersukan dan bina badan mesti bentuk badan dia akan maintain macam gambar atas ni. Mungkin juga dia berani memakai swimming trunk yang seksi tu jugak sekarang ni. Ahahaha! Itupun kalau anak-anak dia tak marah la kan. Apa-apa pun mari kita sama-sama doakan kejayaan Chef Wan dan mengharumkan nama Malaysia dan masakan Malaysia.

P/S: Aku pun tak berani nak pakai swimming trunk dengan umur sekarang ni. Huhu!