Archive for the "Entertainment" Category

Walaupun drama Nur Kasih dah habis dah, tapi aku tetap nak cerita pasal pelakon2 Nur Kasih. Hoho! Sepanjang drama Nur Kasih tersiar dekat kaca TV rumah masing2, semua orang asyik2 cerita pasal Tiz Zaqyah yang bawak watak Nur Amina tu. Tapi ramai yang kadang2 terlupa pasal Ummi Nazeera yang bawak watak Siti Sarah dalam drama Nur Kasih tu. Aku yakin sangat2 yang ramai orang membencikan watak Siti Sarah ni daripada awal episod drama Nur Kasih ni sehinggalah ke episod akhir. Tapi masa episod akhir tu, watak Siti Sarah dah mula berbubah menjadi watak yang lebih mulia. Hohoho!

Ummi Nazeera ni kalau tak silap aku, girlfriend si Adam dalam Nur Kasih tu atau nama dalam dunia artis dia Remy Ishak. Macam manala perasaaan si Ummi Nazeera ni bila Adam bermanja2 dengan Nur Amina. Huhuhu.. Aku rasa kalau budak perempuan lain, memang terbakar kalau tengok boyfriend diorang bermanja2 dengan orang lain walaupun atas dasar menjalankan tugas bersama2. Muahaha! Aku rasa Ummi Nazeera perlu berjaga2 sikit sebab haritu aku ada terbaca yang Jueliana Aziz tengah rapat dengan Remy Ishak. Kalaulah aku jadi Remy Ishak pun pening nak pilih mana satu. Dua2 mantap! Auummm!!

P/S : Owh gadis comel :P


Semua orang nak bercinta tapi semua orang pernah bercintakah? Haha.. Jadi aku nak tanya korang yang tak pernah dan pernah bercinta ni, ketiga2 gambar Salima AF4 dan Afif Mystarz LG ni dalam keadaaan bercinta ataupun tengah amik photoshoot saja? Bagi akula, nampak diorang ni dalam keadaan tengah bercinta. Tapi tak tahulah kalau diorang cakap diorang ni memang kawan baik daripada sekolah rendah lagi. Hohoho!

Nak kata photoshoot pun, takkanlah dekat tiga set berbeza. Cuba tengok setiap gambar tu, background semua berbeza2 kan? Ade gambar pakai sedondon warna putih lagi, gambar pakai baju kurung and baju melayu macam nak pergi beraya pulak. Sah2! Memang dilamun cinta ni aku rasa. Salima AF4 pun senyum lain macam je aku tengok. Hehehe.. Suka la kot dapat teman lelaki macam Afif. Cubalah mana2 majalah hiburan Bipop, Pancaindera or Melodi tanya dekat diorang ni kan. Tengok diorang jawab macam mana. Sama ada no comment, teman tetapi mesra, teman sekerja or “Ooo! Kitorang memang nak kahwin tak lama lagi”. Muahaha!

Waaa! Sedondonnya mereka!

Kalau betullah diorang ni bercinta, mintak2 berkekalan lah. Dah banyak kali aku cerita pasal artis bercinta dekat blog aku ni dan setiap kali tu lah aku mintak diorang berkekalan sampai bila2. Doa tu wahai artis sekalian :P Kang kalau clash nanti nak bercinta dengan artis jugak. Pastu kang kena berlakon or duet nyanyi dengan ex masing2 susah pulak nak wat kerja. Mulut memang cakap professional, dalam hati sape tau ye tak. Artis ni lain macam sikit, kang dah tak ingat dunia sampai main bomoh2 pun ada.Do u agree my fellow readers? (dah lame gila tak buat essay) Ok2. Korang tengok semua gambar sekali. Klik perkataan more dekat sebelah ni. Sambung baca lagi baiiii »


Lawak ni adalah hasil nukilan seorang brader seperti yang korang tengok dekat atas tu. Muahaha! Masa aku tengok status Facebook member aku malam tadi memang tergelak besar aku dow. Hahaha! Tak menahan lawak ni bagi aku. Kenapalah lambat sangat lawak ni dihasilkan. Kalau tak dah lama benda ni akan menjadi tagline baru Astro. Siapakah bakal menjadi model dalam iklan tersebut? Adakah adik comel yang sememangnya terkenal dengan Astro dan burung untanya, ataupun jaguh Kampung Basikal dalam arena kerempitan. Muahaha!

Adakah anda seorang mat rempit? Apakah pandangan anda terhadap kehidupan anda sekarang dan apa kebaikannya untuk masa depan anda? Kalau dalam kubur tu boleh bawak masuk sekali motor, memang sah2 semua mat rempit sanggup buat part time nak cari duit lebih tempah kubur special macam tu. Tapi kebanyakan orang berpendapat, nyawa seorang mat rempit memang diorang dah letak kat jalan raya. Diorang ni memang hati kering beb! Diorang ni asal nampak selekoh je, ape lagi gesel ekzos kat jalan la. Huhuhu!

P/S : Insaflah wahai mat rempit, hidup ni singkat


Sabtu harituh aku dengan member2 makan malam dekat 1Station Seremban dekat Terminal 2. Sebelum ni aku dah pernah try sekali makan dekat sini sebab 1Station ni pun baru je bukak lagi masa tu. Lepas tu dahla agak jauh sikit daripada rumah aku, so agak jarang berpeluang ulang alik dekat Terminal 2 ni. Kalau datang pun nak lepak tengo wayang je. Hoho! Masa mula2 datang nak test makan dekat 1Station ni, aku bajet2 takdelah mahal sangat and aku bajet harga dia macam makan dekat Old Town jelah kan. Tengok2 rupanya lagi mahal daripada harga Old Town. Lari bajetlah masa tu tapi masih lagi mampu bayar. Muahaha!

Dinner malam tu adalah sempena keputeraan raja pailang Pataya. Hohoho.. Nasib kitorang malam tu memang baik gila kot. Ada orang yang belanja makan. Mak aihhhh.. Order sakan la kan.. Masa ni lah nak pancung kepala si “pembelanja”. Huhuhu.. Makanan dekat situ semua boleh tahan best. Budak2 ni ramai yang pakat makan chicken chop dengan lamb chop. Tapi ade sorang member aku yang terlalu bijak, dia makan lum mee je. Caitss.. Tu makan dekat Old Town pun boleh. Camne la nak pancung kepala si pembelanja habis-habisan.

Dummy Amik Gambar!Wakakakka!

Suasana dekat dalam 1Station tu memang agak memekakkan telinga. Kitorang nak cakap pun kena menjerit. Ramai gila orang masa tu, semuanya orang Cina kecuali dekat table kitorang. Wakakak! Semua orang dalam tu dah terpandang2 kitorang je. Ahah! Dahla ramai orang Cina, band yang perform malam tu pun orang cCina. Perghhh! Memang baik lah kan, satu hapah aku tak paham diorang nyanyi apa. Tapi perfomer tu memang dah buat kitorang gelak gila babeng sebab dia nyanyi memang pelik gila2. Siap buat bunyi gitar Cina guna mulut je. Handa boto kau ni jang!

Malam tu aku makan dengan bersemangat sekali sebab lepas je habis makan, kena tengok EPL. Malam tu Man Utd lawan Portsmouth dan sudah semestinya Man Utd menang dengan bergaya 4-1. Hohoho! Dahla makan besar malam tu, perut pun kenyang, Man Utd pun menang besar! Fuuhhh!! Memang complete set betul malam tu. Hahaha! Gambar2 yang lain ni korang tengok2 lah. Mana tau nak test 1Station dekat area korang ke. Sambung baca lagi baiiii »


Drama Nur Kasih sudahpun tamat pada hari Jumaat yang lepas. Masa tamatnya cerita tu, last sekali masa ending tu semua ahli keluarga dalam drama Nur Kasih tu tengah menyambut Hari Raya. Kebetulan pada masa tu pulak memang Hari Raya Aidiladha. Ada yang cakap memang drama Nur Kasih saja buat ending hari tu. Diorang memang dah setuplah agaknya. Apa2 pun its a happy ending drama. Hehehe..

Aku masa mula2 dulu tak ikut sangat drama Nur Kasih daripada awal episod drama tu. Lepas tu dalam 3-4 episod dah berlalu barulah aku tanye member2 aku sedap ke tak drama Nur Kasih tu. Diorang cakap sedap gilo! Hahaha.. Kebanyakannya aku tanya budak perempuan la. Kalau tanye budak lelaki jatuh la ego sikit tengok drama2 jiwang ni. Muahaha! Lepas tu bermulalah ekspidisi aku membuat follow up dan study drama Nur Kasih semua episod satu persatu hinggalah yang up to date. Terima kasih diucapkan kepada Tv3.com.my.. :P

Teringat zaman arwah atuk aku masih ada :’(

Kompom2 ramai orang yang akan tercari2 video drama Nur Kasih lepas ni. Maka keyword “Link Download Drama Nur Kasih” akan melonjak naik dengan baik lepas ni. Hohoho! Walaupun dekat Tv3.com.my masih lagi ada slot untuk drama Nur Kasih, tapi manalah tahu kan kalau2 diorang nak buang slot tu daripada web. Masa tu tercanak2 la korang nak cari torrent video drama Nur Kasih. Muahaha! Drama Nur Kasih memang best bagi aku sebab mengisahkan cinta dan taatnya seorang isteri kepada seorang suami. Macam2 halangan dan tragedi yang berlaku dan memang sukar nak cari kisah cinta macam tu dekat dunia sebenar.

Ramai budak2 laki nak jadi macam Aidil tu kot sebab gaya dia memang style lah. Hahaha.. Lain macam style dia. Islamic jenis yang intelek punya. Bukan jenis macam budak2 alim masa aku dekat sekolah asrama penuh dulu. Bila dah naik U, masing2 dah naik hantu. Budak2 bega pulak yang jadi ok. Aku memang syorkan korang tengok drama Nur Kasih ni sampai habis. Aku pun ade 3 episod terakhir tak update lagi. Muahaha.. Episod las sekali haritu aku dah tengok dah. Kena wat follow up balik ni. Ayuh! Usyar gambar2 drama Nur Kasih yang best bagi aku.. Mari!! Sambung baca lagi baiiii »


Nasha Aziz memang ade ramai peminat dan golongan yang paling banyak meminati Nasha Aziz sudah semestinya kaum yang berbulu lebat di dada, kaki, atas dan bawah mulut. Ahah! Tapi gambar kali ni memang menunjukkan kelainan di mana Nash Aziz pun mempunyai ramai peminat yang bergelar makcik dan nenek. Entah2 nenek aku pun minat lakonan Nasha Aziz jugak kot. Sama taste dengan cucunya ini. Muahaha!

Memang bertuah makcik2 dan nenek2 yang dapat jumpa Nasha Aziz dekat dalam gambar atas tu. Diorang siap dapat autograf / tandatangan Nasha Aziz live wooo. Hohoho.. Tapi aku tak pasti sama ada semua makcik2 dan nenek2 tu dapat ke tak sebab mesti ada jugak yang tak sempat mintak kan. So maybe ada jugak daripada diorang yang pulang dengan hampa.

Maybe ada yang lebih bertuah lagi kalau diorang dapat cium or peluk Nasha Aziz. Huhuhu.. Kalau dapat betul2 aku pun nak maaaaa.. :P   Hehehe.. Korang pun nak kan? Aku dapat jadi akak angkat pun jadi la. Wakakaka! Tapi kadang2 artis ni pun kena jaga2 sikit sebab mana tahu kalau ada orang amik apa2 daripada korang lepas tu diorang bomohkan ke. Tu yang bahaya tu, orang zaman sekarang ni walaupun dah ada Macbook Pro pun, ada yang percaya dekat benda2 syirik tu. Sebab tu ada artis yang macam menyombong sikit, yelah takut apa2 terjadi kan.

P/S : Tapi ada yang menyombong sebab diorang betul2 berlagak. PxxxxK!