Archive for the "Entertainment" Category

Akhrinya Eja tidak lagi merahsiakan kisah ahli keluarga selepas kelahiran anak pertamanya (perempuan) Nur Eishal. Cantik dan unik nama kak Eja. Walaupun bertalu-talu komen orang pasal ahli keluarga dia lebih2 lagi suaminya satu ketika dulu, tapi kak Eja sentiasa bersikap tenang dan cool. Takde nak menggelabah macam ada sesetengah artis yang langsung tak boleh dikomen oleh peminat. Ni dunia maaa, mana ada semua orang nak komen yang baik2. Awak dah tahu artis selalu dikritik, so terima la kritikan tu samada membina or membunuh. Muahaha!

Sudah lebih 10 tahun berumah tangga dengan abang Mohd Silahuddin kini barulah kak Eja dapat menimang anak pertama. Bukannya apa, asyik busy dengan kerja je mana lah ada masa. Kerja pulak ade kontrak berbulan-bulan so kena patuhi gak particular2 dalam kontrak tu. Sejak kebelakangan ni kak Eja pun masih busy dengan menjaga Nur Eishal yang kuat menyusu katanya. Selang sejam dua Nur Eishal akan menangis lepas tu bila disusu senyap la dia. Apa2 pun aku ucap tahniah dekat kak Eja dan suami sebab dapat baby yang comel ni.

P/S: Senyap je Nur Eishal depan orang ramai. Sombong. Haha!


Pembetulan : Kerabat Johor

Dah lama tak dengar gosip percintaan Fazura dengan sesiapa tapi aku rasa memang sah2 Fazura tengah tangkap cintan dengan seseorang. Aku memang sedih dengan Fazura, sanggup dia buat aku macam ni. OK fine. Aku memang busy kebelakangan ni, tapi ni untuk u jugak ok Fazura. Sanggup u curang dengan i. Takpelah, maybe u tension dengan i yang busy ni so u meluahkan perasaan dengan kerabat Pahang Johor tuh. Muahaha! Best gak berangan macam ni. Mintak2 malam ni mimpi Fazura.

Baru2 ni heboh orang cakap nampak Fazura dengan kerabat Pahang Johor pergi tengok filem Pisau Cukur. Damn! Patutlah aku ajak taknak, rupa2nya dah janji nak tengok dengan orang lain. Huwarghhhh! Assobarul minal iman! Aku rasa memang betullah apa yang diorang nampak tu. Apa salahnya bercinta dengan kerabat Pahang Johor, Fazura sendiri orang Pahang kan. Aku rasa dia memang berhak . Hehehe!

Takpe, aku doakan diorang bahagia walaupun hatiku ni pedih. Ahah! Seriously, aku rasa berapa tahun lepas aku ada nampak Fazura dengan someone dekat Midvalley. Tapi aku tak sure lelaki tu kerabat Pahang Johor ke tak, tapi memang diorang berdua-duaan je lah kan. Masa tu baru aku tau, tinggi aku dengan Fazura lebih kurang je. Wahaha! Sekarang ni maybe aku lagi tinggi kot.

P/S : Fazura memang sweet sgt2 dowh kalah Maya Karin, Tiz Zaqyah and Scha Al-Yahya.


Akhrinya terkantoi jua! Kuang3! Jadi dengan bangganya aku nak mengumumkan bahawa Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sememangnya tengah tangkap cintan-cintun bersama2. Bukan kena tangkap khalwat ok. Muahah! Aummm! Apa yang menariknya, diorang ni takdelah dating secara terang-terangan tapi diorang ni lebih suka berborak guna Blackberry Messenger. Huhuhu!

Aku takde Blackberry jadi aku tak tahu pulak yang diorang boleh bermessenger dekat situ saja. Ada kenalan Awal Ashaari yang dah dapat bau2 keangauan Awal. Mungkin dia dengan selambanya hijack Awal punya Blackberry dan tanpa pengetahuan Awal sehingga kini. Tapi manalah tahu kan kalau awal saja2 je biarkan Blackberry dia masa pergi toilet, padahal memang nak kawan dia hijack. Takkan nak terhegeh2 bagitau kan. Manalah tau… Hohohoh!

Macam ok jugak kalau Awal Ashaari and Scha Al-Yahya bercinta kan. Boleh kata secocok dah tu. Yelah, masing2 tu Hero and Dewi Remaja. Kira masing2 mantap lah tu. Jadi apa kata kita sama2 doa kebahagiaan diorang dan moga2 cepat2lah kahwin. Nanti boleh la diorang bukak Akademi Hero&Dewi Remaja sama2. Walaupun masa tu masing2 dah buncit and tua kerepot. Title tu masih ada!

***Seloka****

Uncle Awal : Ohok2! Kalau nak tahu 20 tahun yang dulu Uncle ni Hero Remaja tau sebab tu pakcik buka akademi ni.

Rota (20cm lagi tinggi dari awal) : Hmmm.. Ye lah tu Uncle..


David Beckham memang antara orang yang paling bertuah dekat dunia ni kerana memiliki minyak rambut Brylcream yang begitu banyak suatu ketika dulu dan pernah dibaling kasut bola hinggap dekat kepala dia oleh Alex Ferguson. Hehehe.. Tapi kali ni dia memperoleh tuah yang baru lagi. David Beckham dihadiahkan sebuah kereta keluaran Bentley yang memang aku tak mampu beli oleh isteria dia, Victoria Posh atau sepatutnya dipanggil Posh Beckham. Kena guna nama suami, kalau tak dosa.

Aku tak tahu la kenapa Victoria Posh (lantak la dosa dia) sanggup membeli kereta super keluaran Bentley ni sempena kekalahan team bola sepak David Beckham LA Galaxy dalam Piala Amerika. Sama ada dia hadiahkan Bentley ni semata-mata nak raikan yang David Beckham akan lepak dekat rumah beberapa hari sebab penyakit kemurungan lepas team dia kalah tu atau nak sedapkan hati David Beckham. Yela, apa la susah sangat nak sedapkan hati David Beckham tu, bukak la baju dengan seluar dalam kau tu. Lepas tu menonggek depan suami kau tu. Kompom2 senang hati punya. Muahaha! Yeke? Korang rasa macam mana? AKu tak kahwin lagi. Muahaha!

Laman web : http://www.bentleymotors.com

Wow! Style Bentley ni memang lawa gila kot. Tapi memang tak mampu la untuk orang macam aku ni. Ikutkan hati memang nak, tapi insufficient fund. Hohoho! Takpe, orang cakap hidup beserdahana lagi bagus ek. Kalau tak silap aku, aku tengok dekat Harian Metro, kereta Bentley David Beckham ni bernilai dalam lingkungan £165,000 (RM921,876). Bapak mahal nak dekat sejuta. Boleh bawak rombongan pergi haji ni. Ahah! Boleh bawak abang2 usrah aku masa dekat sekolah asrama penuh dulu. Hohoho! Sambung baca lagi baiiii »


Sayang… Salah cara u dukung baby tu. Dah berapa kali i nak ajar dekat u ni sayang, masuk hari ni dah lebih 16 kali sayang dukung tak betul tau. Nanti sakit baby kecik tu. Nanti dia nangis nanti i jugak yang u mintak tolong pujukkan. Lain kali kalau sayang Suri (panggilan manja Lisa Surihani bagiku) nak bawak baby ni pergi jalan2. Bagi i jerlah yang dukung ok. Lagipun i taknak sayang penat2 angkat baby ni, u pun dah penat shooting hari2 kan. I bukan ape, just nak tolong sayang je. I tahu u suka dengan baby. Nanti malam ni i ajar sayang dukung lagi ok. Sayang Suri

****Kembali ke realiti….

Muahaha.. Dalam tak sedar sebenarnya aku bermimpi je dowh. Bangun2 je aku tengok aku dah memang type macam tu. Adakah ini petunjuk yang aku memang ada jodoh dengan Lisa Surihani yang sweet ni? Oh tidak!!! Aku kena buat persiapan dari awal agar aku tidak kekok bersama dengan dia nanti. Muahaha! Wahai lelaki2 yang lain, tolong jangan cemburu ya. Kalau dah memang jodoh tuhan nak temukan aku dengan Lisa Surihani yang humble dan innocent ni. Aku hanya redha menerimanya. Besar tapak tangan, nyiru ku tadahkan. Muahahaha! Ramai kot budak2 ni yang bercita2 nak jadi kekasih hati Lisa Surihani ni. Wakakaka!

P/S : Tak tahulah ni gambar Lisa Surihani dengan baby siapa.


Haaaa!! Penteclah weii!! Wakakaka!! Mesti ada yang rasa lawak dan marah bila baca titile blogpost yang macam ni. Bunyinya seakan2 mencarut je kan. Tak pasal2 rice cooker murahan dekat rumah aku brand PENTEC ni menjadi mangsa aku kali ni. Nasib kau lah wahai Pentec, nak buat macam mana dah nama kau memang macam ni sejak aku beli kau lagi. Aku beli kau dekat Pacific dekat dengan simpang nak pergi sekolah TKC ( Tunku Kurshiah College) tu. Dekat ke? Dekatlah kalau naik kereta or motor kan. Kalau jalan kaki kompom2 mandi air masin.. Hohoho..

Banyak jasa Pentec ni dekat aku, setiap kali kelaparan memang aku gunakan Pentec ni sebaik2nya nak masak nasi. Kalau ada duit lebih sikit, aku tak gunakan Pentec ni. Aku akan makan roti canai dekat mamak je. Kalau sangap, memang Pentec ni lah yang akan membantu aku ketika lapar. Tapi kadang2 Pentec ni buat sengal jugak kalau masa nak masak nasi. Setiap kali masak aku akan buat kerja lain dulu. Tak pernah pulak aku dengar ada orang masak nasi dengan rice cooker murah lepas tu terjegat dekat depan rice cooker tu tunggu sampai masak. Gilo namo ehhh!!

Masa dulu kadang2 aku keseorangan dekat rumah, aku masak nasi pastu sambung main game. Kadang Pentec ni akan buat bunyi, “Tektek, tetek, teketek, tek tek tetek”. Masa mula2 dulu tak sedar aku ingat bunyi orang ketuk pintu dengan jari jemari yang halus macam kuku hantu. Muahaha! Kadang2 ingat ada hantu ketuk sliding door rumah aku. Rupa2nya bunyi Pentec. Wakakaka! Memang sesuailah nama kau Pentec!!

P/S : Aku tak mencarut dalam post ni ya. Muahaha! Pentec amik gambar malu2 nyorok belakang cawan.