Archive for the "Entertainment" Category

Tania Hudson masih lagi baru dalam dunia seni dan hiburan Malaysia. Aku rasa ramai yang pernah ternampak Tania Hudson di mana-mana tapi diorang tersilap anggap dengan Natasha Hudson kerana wajah diorang memang hampir 100% sama. Tania Hudson merupakan adik kepada Natasha Hudson. Muka memang cantik sama macam Natasha Hudson. Tapi korang jangan terkejut kalau korang jadi boyfriend Tania Hudson nanti, sebab dia ada parut dekat kepala. Pernah buat operation dekat kepala satu ketika dulu. Aku rasa aku takkan terkejut nanti sebab aku dah tahu. Muahaha!

~ Nantikan Tania dalam drama ‘Mayang Mengurai’ untuk slot Lagenda di TV3 Januari depan ~

Tani taknak dia dikenali sebab dia merupakan adik kepada seorang pelakon yang popular, tetapi dia mahu dikenali sebagai artis yang berbakat dan mempunyai personaliti tersendiri. Memang banyak keserasian di antara Tania dan Natasha tetapi mesti ada sesuatu yang Tania miliki untuk menjadi lebih komersial daripada Natasha. Aku harap Tania belajar daripada akak dia sendiri. Cuba tengok gambar-gambar Tania dekat bawah , memang hampir serupa kan? Sambung baca lagi baiiii »


Sebelum ni Alex Yoong pernah dipertaruhkan Malaysia untuk terjun ke dalam arena Formula 1 dan cuba mengharumkan nama negara. Masa tu Alex Yoong mewakili Malaysia dan pasukan Red Bull Sauber Petronas Minardi Team. Tapi nasib tidak banyak menyebelahi Alex. Kini Malaysia sudah mempunyai pasukan Formula 1 sendiri iaitu Lotus F1 Racing yang diterajui oleh Tony Fernandes dan Riad Asmat.

Pelumba muda negara iaitu Fairuz Fauzy telah diberi peluang untuk menyertai pasukan Lotus F1 Racing sebagai pemandu ketiga pasukan. Selain daripada Fairuz, dua orang pemandu yang lain ialaha Jarno Trulli daripada Italy dan Heikki Kovalainen daripada Finland. Fairuz amat gembira dengan kembalinya Michael Schumacher daripada persaraannya dan menyertai pasukan Mercedez Petronas.

Kemungkinan besar Fairuz akan berpeluang untuk bersaing dengan pemandu idolanya itu walaupun dia hanya merupakan pemandu ketiga pasukan. Fairuz berkata dia mungkin mempunyai peluang dalam perlumbaan dengan selepas F1 menetapkan peraturan baru iaitu no refueling. Ini dimana kereta pasukan akan diisi dengan tangki minyak yang penuh semasa di awal perlumbaan jadi kereta akan menjadi lebih berat. Fairuz sudah biasa dengan keadaan ini sebelum dia menyertai F1 lagi. Good luck kepada Fairuz!


Korang kenal tak Marilyn Manson? Mesti ada yang kenal kan. Baru-baru ni E! ada memaparkan kisah pasangan Marilyn Manson dan Evan Rachel Wood. Diorang berdua ni dikatakan dah bertunang sebab ada rakan artis yang nampak cincin pertunangan dekat jari Evan. So, memang sahlah Marilyn Manson dah memenangi hati Evan. Sebab sebelum ni Marilyn Manson mempunyai seorang pencabar iaitu Alexandar Skaarsgard.

Aku pun tak tahu apelah yang si Evan ni nak sangat dengan Marilyn Manson ni. Sebab perangai mamat ni memang pelik gila. Kaki dadah dan lagu-lagunya yang berunsurkan gothic. Kalau buat performance, selagi makeup tak tebal 2 inchi memang tak sah. Muahaha! Tapi kalau muka dia tak makeup and pakai lipstick macam haram tu, boleh tahan jugak la. Maybe dalam hati Marilyn Manson ni ada sedikit jiwang macam aku. Wakakaka!

P/S : Banyak jugak lagu Marilyn Manson yang best-best : Marilyn Manson


Bertuah betul Nabil sebab dapat dukung Puteri Sarah yang kelihatan sangat manja dalam dukungan Nabil. Aummm! Tahniah bro! Mungkin hati Ammar Alfian sedikit panas kalau dia tengok gambar ni. Ya lah, kekasih hati didukung oleh jejaka lain. Kalau aku, kompom-kompom aku tarik telinga Nabil ni. Kalau Puteri Sarah awek aku la kan. Hehehe.. Gambar ni sebenarnya adalah gambar daripada scene filem LuPikirlahSendiri.com .

Aku pun tak sangka yang Nabil kini sudah berjaya menjadi seorang hero dalam filem. memang sepatunya dialah yang menjadi hero sebab tajuk filem ini pun sudah terang-terangan menggunakan trademark Nabil ketika membuat mana-mana performance membuat lawak jenaka spontan. Tak sabar jugak aku nak tunggu filem ni ditayangkan nanti. Nanti korang pun boleh tengok macam mana lawak ke tak lawak Nabil kalau berlakon filem.

Ramai juga artis yang turut terlibat dalam filem ni. Antaranya Tasah AF4, Zizan Raja Lawak, Mila AF, Vanida Imran, Ebby Yus, Ummi Nazeera, Zaibo, Amy Search dan ramai lagi. Semua artis ni bukan calang dan ada bakat tersendiri. Abang Amy Search mungkin dah lama tak berlakon, jadi nanti kita tengok sama-sama lakonan dia. Filem ini akan ditayangkan awal tahun depan.

Lawati www.LupikirlahSendiri.com

Jom tengok gambar-gambar Puteri Sarah kena campak ke dalam tangki air bengkel motor. Sambung baca lagi baiiii »


Mengapa korang berdua beriya-iya sangat nak salahkan blogger hiburan? Kitorang buat blog bukan hanya untuk dapat duit saja, memang dah kepuasan dan passion kitorang ke arah blogging. Sama macam korang berdua, kami berlakon untuk kepuasan dan bakat. Eh kami nak menyanyi jugaklah. Eh nak jadi producer boleh tak? Kalau boleh semua benda korang berdua nak buat aku rasa wahai Scha Alyahya dan Awal Ashaari.

Begitu juga aku dan blogger-blogger yang lain. Kitorang bukan ada satu blog saja, malahan lebih daripada 5 blog sudah pasti. Dan semuanya bukanlah hiburan, ada macam-macam lagi. Aku pun terasa jugaklah dengan hinaan korang berdua macamlah kitorang nak blogging pasal anda berdua yang tengah hangat ni. Ada bermacam-macam jenis blog lagi wahai Scha dan Awal. Blog personal aku RidzuanRichie.com ni pulak memang untuk personal aku dan hiburan. Aku dari tadika lagi suka baca Bipop & Panca Indera. Masa tu korang berdua pun tengah sekolah lagi agaknya.

Apa yang kitorang blogging pasal artis ni untuk peminat dan fans korang juga. Korang berdua ingat semua orang ada duit ke nak beli majalah-majalah hiburan tu semua? Nak beli paper pun kadang2 orang takde duit tau. Diorang tak sefamous dan sekaya macam korang berdua. Kadang-kadang nak tengok Melodi pun diorang takde masa tau. So wujudlah bermacam-macam jenis blog hiburan sekarang ni. Jadi publisiti  korang melalui blog lebih meluas ok. Sila berfikir panjang lagi ya, korang berdua bukan jadi Hero dan Ratu Remaja sebab muka je kan? Panjang aku nak tulis ni. Sambung baca lagi baiiii »


Sudah lama kita semua tak dengar pasal Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Walaupun baru-baru ni ada dikhabarkan diorang berdua ada hadirkan diri di court, tapi peminat seperti sudah boleh menerima kehadiran Memey Suhaiza di dalam kehidupan Norman Hakim dan anak-anaknya. Buat masa ni aku tidak dapat info lagi mengenai pertunangan ataupun perancangan perkahwinan diorang berdua. Tetapi diorang berdua seperti sudah selesa dengan keadaan sekarang.

Norman Hakim sudahpun bercerai dengan Abby Abadi, jadi apa salahnya Memey Suhaiza jadi ibu kepada anak-anak Norman Hakim. Tapi sudah pasti kasih sayang anak-anak Norman Hakim pada Abby Abadi masih kuat dan utuh. Anak-anak Norman Hakim dan Abby seperti sudah biasa dan sangat rapat bersama Memey Suhaiza. Diorang pun mungkin sudah menerima dan faham yang ibu bapa mereka tidak lagi serasi. Eratnya hubungan Memey Suhaiza dan anak-anak Norman Hakim boleh korang tengok pada gambar-gambar di bawah. Sambung baca lagi baiiii »