Archive for the "Entertainment" Category

Ini gambar lama yang aku dapat daripada Mario. Aku tak tahulah nak percaya atau tidak. Tapi apa salahnya kalau kita sama-sama berbincang kesahihan gambar JFK ni. John F Kennedy ni Presiden Amerika yang telah mati dibunuh. Orang cakap dia kena bunuh sebab John F Kennedy cuba nak beritahu dekat orang awam dan semua rakyat Amerika mengenai rahsia besar kerajaan. Mungkin ada pihak yang telah merancang semua ni untuk mengelak rahsia kerajaan tu dibocorkan. Korang rasa macam mana? Adakah ini propaganda?

So, gambar JFK dengan gadis-gadis bogel bak pelacur murahan Malaysia ni tak tahulah betul ke tidak. Mungkin diorang saja nak perburuk-burukan JFK so orang ramai boleh lupa pasal kematian head shot dia tu. Tapi kehidupan orang Amerika, berbogel-bogel ni dah biasa dah. So tak tahulah kan. Sebab public figure and selebriti yang kantoi bogel memang dianggap teruk sikit. Padahal untuk rakyat Amerika, berbogel tu perkara biasa. Ada yang cakap gambar ni memang confirm takde edit guna Photoshop dan jelas asli. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang lepak dekat ZubairMedia.com .


Sememangnya hari paling bahagia dalam hidup Serina akan bertambah ceria dengan barang kemas yang ditaja oleh Habib Jewels. Jumlah harga barangan kemas yang akan dipakai oleh bakal pengantin Serina adalah bernilai lebih daripada RM2.5 juta. Nasib baiklah Habib Jewels tak bagi free je untuk diorang, kalau tak aku tak tau nak cakap apa. Huhuhu..

Meriah betul majlis perkahwinan Serina dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama islamnya Salahudin Ghafar sampai orang luar negara pun nak datang. Banyak negara juga yang akan berpeluang untuk tengok majlis perkahwinan Serina ni. Ya lah, anak chef tersohor dekat satu dunia, siapa pulak tak nak tengok. Aku tak pasti aku akan tengok ke tidak, tapi aku cuba untuk merajinkan diri nanti. Hehehe.. Selepas tengok gambar dekat atas, aku dah tau dah kenapa Gavin boleh sangkut dengan Serina. Ahah!


Akhirnya dapa jugak aku tahu siapa sebenarnya yang bertakhta di hari Marion Caunter. Sebelum ni dapat tahu yang teman lelaki dia orang Melayu jer, tapi aku tak tahu lah siapa kan. Lepas aku melepak di Roti Kaya, baru aku tahu yang Marion Caunter sekarang bercinta dengan boss besar NAZA, SM Nasarudin. Wow! Dasyat sekali Marion punya teman lelaki. Sunnguh bertuah sekali beliau keran setiap malam mesti mimpi kereta yang cun2 je. Buatan Malaysia punya kereta dah tak pandang dah. Ahaha!

Siapa yang approach siapa dulu tu aku tak tahu. Korang rasa-rasa siapa? Di antara SM Nasarudin dengan Marion, mana satu yang mula-mula sekali terkena angau. Wakaka! Sanggup pulak Marion ni bercinta dengan orang Melayu. Baguslah, hopefully Marion boleh convert jadi seorang muslimah dan isteri yang soleh. Hohoho. Mungkinkah? Gambar dia atas mungkin korang terfikir yang SM Nasarudin ni berkongsi kasih. Cuba tengok gambar dekat bawah ni pulak. Sambung baca lagi baiiii »


Satu berita buruk untuk para gadis yang amat meminati Jimmy Shanley kerana ada sumber yang bagitau aku Jimmy Shanley sudah pun selamat ditunangkan dengan seorang gadis di Pulau Pinang. Wohoo! Tahniah aku ucapkan kepada Jimmy Shanley dan gadis Pulau Mutiara tu. Mungkinkah gadis tersebut seorang anak Mami yang pakai gelang emas berjela-jela sampai ke ketiak? Wakaka!

Nampaknya tanggapan aku yang Jimmy Shanley ada special relationship dengan Diana Danielle salah. Tak pasti bila tarikh yang tepat Jimmy dan gadis tu bertunang. Menurut sumber aku lagi, perikatan pertunangan diorang adalah selama setahun, wang hantaran bernilai RM19,000 dan mas kahwin RM10,000. Aku tak pasti sama ada nilai wang hantaran dan mas kahwin ni betul atau tidak. Tapi aku rasa macam banyak lagi je. Muahaha! Jimmy Shanley berada kot, nampak macam seorang yang well planned untuk apa-apa saja.

Apa pun kita doakan agar pertunangan ni tak ditimpa dugaan besar. Kalau nak senang , diorang ni kahwin je cepat-cepat. Buat ape tunang lama-lama sangat pun. Huhu.. Cuba korang tengok gambar-gambar ni, mungkinkah tunang Jimmy? Hoho.. Sambung baca lagi baiiii »


Jimmy Shanley adalah antara orang yang paling bertuah dekat dunia ni sebab dikurniakan bakat dan rezeki. Kalau tak silap aku bro Jimmy ada syarikat sendiri tapi dalam bidang construction and safety. Pandai dow belajar dekat oversea. Tapi kali ni aku nak cakap yang bro Jimmy bertuah sebab dia dapat bermanja-manja dengan Diana Danielle. Mak aih, siap peluk and urut-urut lagi. Masakan aku tidak cemburu. Hohoho..

Buat masa ni aku rasa Diana Danielle tidak ada boyfriend lagi lepas kes Diana dengan Syamsul anak lelaki Yusof Haslam. Mungkin dia tak bersedia lagi buat masa ni nak bercinta. Aku pun tak berkesempatan nak mempelawa dia keluar makan bersama. Ehehe.. Apsal? Mengapa tidak? Ahah! Walaupun sebelum ni ada kedengaran Diana rapat dengan Farid Kamil mat rempit paling hensem dekat Malaysia tapi Diana deny.

Jimmy Shanley bermanja-manja dengan Diana Danielle ni masa rakaman untuk Trek Selebriti. Kalau korang tak caya korang boleh tengok video dekat bawah. Kalau nak tengok yang full version punya, korang duduk la dekat Astro Ria tu sampai time Trek Selebriti punya show. Hoho! Aku rasa macam sesuai je diorang berdua ni. Maybe diorang ni dah mula rapat-rapat kot, kalau tak kenapa terserlah keselumberan Jimmy nak bermanja-manja dengan Diana. Fuhh! Sambung baca lagi baiiii »


Pada malam sebelum penganut Kristian menyambut Krismas, satu parti telah diadakan di Rootz sempena menyambut perayaan Krismas lah agaknya. Ada yang cakap, ramai juga orang Melayu yang sama sekali berparti pada malam tu. Turut terlibat beberapa orang artis terkenal antaranya Juliana Evans, Ridzuan Richie Ridzuan Hashim, Scha Alyahya, Juliana Evans, Awal Ashaari dan Qi Bloggerboy.

Malangnya parti tu kena serbu polis dan upacara urine test dilakukan. Kesemua artis yang ada tu negative urine test tetapi malang sekali buat bro Qi Bloggerboy selepas dia didapati positif mengambil dadah. Alahai bro, aku punya suka lakonan kau dalam Bloggerboy and Destinasi Bajet. Macam mana boleh kantoi ni bro? Selepas ni mungkin ramai peminat Qi atau nama sebenar dia Qushairi Mohammed Razali akan menonggeng sekejap atas kesilapan yang Qi lakukan.

Biasalah, setiap manusia ada dugaan masing-masing. Kalau tak silap aku orang lelaki ni ada 8 dugaan besar yang akan berlaku dalam hidup masing-masing. Mungkin ni salah satu dugaan besar buat Qi, so harap-harap bro Qi tak buat lagi dah tak hisap benda tak elok ni. Banyak lagi benda elok yang boleh dihisap. Auummm!

P/S : Awal, aku mintak maaf sebab ingatkan kau yang kantoi positif sebelum ni. Im sorry.