Archive for the "Entertainment" Category

galah panjang

Korang pernah main galah panjang tak? Mesti ramai yang dah pernah kan. Walaupun ada yang cakap diorang tak pernah main galah panjang tetapi aku rasa diorang pernah juga. Diorang main galah panjang secara tidak rasmi! Hohohoh.. Mesti korang pun pernah berada dalam situasi macam ni. Aku yakin!

Ok katakanlah korang tengah syok jalan-jalan dekat mana-manalah. Contohnya korang jalan dalam shopping complex. Kemudian  tiba-tiba korang bertembung dengan individu yang lain yang menuju ke arah bertentangan dengan korang. Sambung baca lagi baiiii »


teater uia iium

Perhatian! Six Characters In Search Of An Author merupakan sebuah teater. Hehehee.. Bagi sesiapa yang berminat nak mendalami seni teater dan  mencuba-cuba untuk menonton teater buat pertama kalinya, silalah ke International Islamic University Malaysia (IIUM).

Aku rasa semua yang terlibat dalam teater ni adalah daripada pelajar UIA sendiri. Aku pun tak tahu apa beza IIUM dengan UIA.. Sama je kan? Tak kesahlaa.. Kepada pengarah-pengarah filem dan drama boleh juga datang tengok bakat yang diorang ada.

Mana tahu bersesuaian untuk dijadikan sebagai watak dalam drama dan filem kalian nanti. Wohoho! Budak-budak muda sekarang kan advanced, so jenguk-jenguk lah. Kalau ada mana-mana pasangan tu dah tak tahu nak buat malam 8hb dan 9hb Jun nanti, datanglah sekali tengok teater ni. Sambung baca lagi baiiii »


barcelona manchester

Nampaknya segala keseronokan Juara-Juara Kelab Eropah (UCL) sudah tamat bagi aku malam tadi setelah Manchester United ditumpaskan Barcelona 3-1. Apo nak dikato? Dah tak boleh nak kato apo-apo lagi dah. Lawan Barca kot! Daymmm!

Red Devils cuba melawan dan sudah buat sehabis baik, namun aku rasa ada kesilapan percaturan oleh Sir Alex Ferguson terhadap beberapa pemain MU. Aku rasa ramai peminat MU tahu nak tajak muka siapa malam tadi. Muahaha!

Tahniah aku ucapkan kepada Barca sebab bermain dengan baik dan relax sampai pemain MU tak boleh nak baca cara diorang kawal permainan. Passing sikit-sikit je pun susah nak baca wohh! Adoiyaiii.. Sambung baca lagi baiiii »


Wakaka! Adoiyaaaiii pecah perut aku tengok video klip yang entah dari mana akal director video klip ni. Apa yang aku tahu, Gambit Saifullah antara orang penting video klip ni. Hmm.. Kalau daripada seni video ni memang OUT aku boleh terima lagi Gambit yang buat sebab bakat dia lebih dalam lakonan dan peragaan.

Tapi daripada segi idea perjalanan kisah video klip ni, memang aku nak kutuk sakanlah. Awak tu orang Melayu tak payah nak suruh penyanyi ketiak hitam ni menari melentik-lentik macam bangang dalam video klip ni. Takde mana-mana persatuan ke nak marah pasal isu video klip ni? Melampau kot, wajib kena sound dengan old timer. Sambung baca lagi baiiii »


priest

Semalam aku menonton filem Priest walaupun agak lewat setelah filem ni dah berminggu berada di pawagam. Nak buat macam mana, busy buat kerja. Sememangnya aku harapkan banyak aksi dalam Priest ni dan aku nak tengok lakonan salah seorang aktor filem Legion satu ketika dulu.

Filem Priest ni menceritakan mengenai sekumpulan Paderi yang terlatih untuk menjaga keamanan sejagat rakyat kerajaan dalam cerita ni. Selepas peperangan demi peperangan, manusia sudah bebas daripada ancaman pontianak sebab manusia sudah tinggal di sebalik tembok besar kerajaan.

Jadi para paderi terlatih juga dilucutkan jawatan sebagai pegawai penting kerajaan sebab takut dengan kebolehan yang mereka ada, mereka akan merampas kerajaan. Sambung baca lagi baiiii »


Yeaaaa! Memang betul aku tak tipu korang yang aku boleh dapat tiket wayang percuma dengan menggunakan HTC Desire S ni. Apa yang korang perlu buat, dapatkan  sebuah smartphone Android seperti HTC Desire S ni.

Lepas tu korang installkan applikasi Maxis Movies yang korang boleh dapat dalam Android Marketplace. Selepas tu korang boleh beli tiket wayang untuk pawagam TGV dan GSC! Cara bayarannya semuanya online menerusi Paypal. Senang je nak register tu. Sambung baca lagi baiiii »