Archive for the "Entertainment" Category

Sanggupkah korang tidur dalam kelas lagi bila masa korang tengah lelap tu, muka korang macam dekat gambar atas ni? Hahaha.. Seriously korang takkan dapat maafkan diri sendiri lepas tu.

Lepas aku tengok movie A Nightmare On Elm Street kelmarin, aku rasa menggalakkan para pelajar untuk layan movie adalah idea yang paling baik bagi mengelakkan diorang tertidur dalam kelas. Wakaka! Lecturer and guru besar kena catat ni dalam buku 555 diorang.

Aku memang layan habis movie ni dengan penuh perasaan suspens yang memaksa aku menutup muka dengan tangan. Hohoho! Agak sakit hati bila aku salah bajet bila scene suspens tu akan berlaku. Aku rasa korang pun takkan dapat bajet punya.

Jalan cerita movie ni tak susah sangat untuk faham, aku rasa semua orang boleh faham. Yang tak boleh faham tu, aku rasa diorang tak tahu pun yang diorang ada dalam panggung wayang. Miahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Perghhhh! Serious ini gambar ular paling besar aku pernah tengok. Dah macam dalam movie Anaconda dah aku rasa ni. nasib baik ni jenis ular sawa, pergerakan mesti lembab sikit. Kan? Ular sawa gerak lembab kan?

Kalau ular jenis lain, tapi sama besar dalam gambar ni. Mak aihhhh.. Dah boleh berdoa dan mengucap banyak-banyak dah aku rasa tu dow. Maunya kena ngap nanti. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Klik Untuk Besarkan Gambar

Pengumuman, pengumuman. ini bukan lagu Wali Band. Hahaha! Di sini aku ingin beritahu dekat korang semua yang aku ada 10 tiket wayang percuma untuk movie A Nightmare On Elm Street. Kita akan beramai-ramai tonton filem ni lebih awal daripada orang lain.

Jadi aku nak bagi 10 tiket wayang ini secara percuma untuk bersama-sama dengan aku tengok movie yang pernah buat aku menyorok belakang masa kecik-kecik dulu. Kisah ni terlalu lama masa aku tinggal dekat Johor lagi. Hohoho!

Kalau korang nak tuntut tiket wayang ni daripada aku, pastikan korang seorang blogger ok! Tak kisahlah korang ni bukan geng Advertlets ke Nuffnang ke Innity or tak join mana-mana ke. Hehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Ini antara pengakuan yang aku harus beritahu dekat korang semua. Muahaha! Aku dengan officialnya dah tewas dengan lagu Jangan Nakal, Alif Satar yang nyanyikan ni. Adeyhh! Dulu punyalah allergic aku dengan lagu ni. Tapi baru-baru ni aku dah tewas pulak dah. Sedap je bila lagu ni kedengaran dekat telinga. Hahaha..

Kemungkinan besar aku dah dengar lagu ni buat seribu kalinya dan barulah aku mula minat dengan lirik and beat lagu ni. Hohoho.. Terasa sweet pulak kalau cakap lirk-lirik lagu Jangan Nakal ni dekat awek kan. Roarrrrr! Hohohoho… Korang minat tak lagu ni weyh? Sambung baca lagi baiiii »


Sejak dua lima menjak ni aku malas nak memasak. Serious malas gila nak masak makanan yang berat-berat ni. Tak tahulah sebab sekarang aku duduk dengan rumah family aku, mood memasak aku hilang. Duduk sini sebab tiang Telekom dekat rumah bujang tu tak terpacak-pacak lagi daaa.. Bapak lama! Geng-geng aku kat sana bertenet guna berukband je la. Sementara tu, aku transfer Streamyx ni ke rumah family.

Jadi apa yang kerap aku masak, hot dog, telur goreng dan ayam drummet. Masak nasi pun aku dah malas dah. Muahaha! Antara benda-benda yang aku masak ni, aku rasa time goreng telur adalah yang paling mencabar sekalii. Macam nak pergi medan perang dah! Aku rasa kalau ada baju askar, boot askar, helmet semua tu, kompom aku dah pakai dah sebelum nak goreng telur.

Walaupun dah lebih seratus ribu kali aku goreng telur, aku masih perlu buat gerakan matrix nak mengelak-elak tembakan sang kuali berpelurukan minyak. Wallaweh! Dulu pernah kena dekat pipi, cuak gak aku sikit lagi nak masuk mata. Bukan calang-calang orang boleh goreng telur ni. Sambung baca lagi baiiii »


Semalam punya semalam malam (ni ayat betul ok), aku dengan kawan aku dah set nak pergi tengok movie semalam, jatuhnya pada hari Isnin. Sebab dia cuti masa tu and nak lepak dengan member. Kenalah update cerita-cerita baru member an. Hohoho.. Kitorang layan The Losers ni dekat MBO Terminal 2, Seremban.

Dekat MBO Terminal 2 ni tak ramai sangat orang macam dekat TGV Jusco Seremban 2. Tapi malangnya pop corn dekat sini tak sesedap pop corn TGV. Adeyhhhh! Kemut gula kot, tawar hebeyh je kalau orang N.Sembilan cakap. Wayang bermula pukul 2:15, aku dengan Payid dah lunch dekat Leha World Paroi Jaya dah. So tak perlu beli pop corn masa masuk.

Kitorang tengok movie ni berempat, so  agak fun jugaklah daripada tengok berdua. Hohoho.. Kang kena cop gay plak kan. Sebelum keluar The Losers ni dekat panggung, aku dah lama tertarik dengan trailer movie ni. Trailer diorang membuat aku berasa sangat berahi. Memang terbaik! Sambung baca lagi baiiii »