Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab sudah lama aku tak update blog ini. Aku tahu ramai yang kehausan info melalui blog aku dan banyak comment yang bertanyakan kenapa aku tak update blog. Sekali lagi aku memohon seribu keampunana daripada korang semua. Hoho. Ok, aku rasanya aku perlu ucapkan. Selamat tahun baru kepada semua. Aku harap pada tahun 2009 ini kita sama-sama menjadikannya lebih baik daripada 2008. Harap-harap daripada segala aspek. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi keluarga, kaum, bangsa dan negara. Aku juga terlepas untuk menulis perkara-perkara penting seperti perkahwinan Mawi & Ekin dan juga mengenai Adibah Noor yang telah diguna identitinya untuk tujuan yang tidak baik. Mungkin aku akan tulis juga post/entry mengenai diorang agar blog aku menjadi hangat dek carian orang-orang yang taksub dengan info-infi sebegitu. Hehe..
Macam mana dengan sambutan tahun baru korang semua? Seronok? Aku sambut tahun baru dekat rumah saja sambil berkain pelikat. Aku lebih rela duduk dekat rumah sebab pada masa itu aku sibuk dengan pelancaran produk aku. Hehehe.. Nak tahu pasal apa? Pasal Facebook! Ya pasal FaceBook.. Aku membuat information produk mengenai teknik-teknik rahsia FaceBook yang ramai orang tak tahu. Tapi ini sesuai untuk pengiklanan. Selain itu aku sibuk mempromosi produk-produk affiliate Internet Marketer tempatan. Haaa.. IM negara kita pun hebat-hebat jugak tau! Aku dibayar pun agak lumayan dan aku ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana telah memasang sistem affiliate. Bolehlah aku join dan promosi produk diorang tu. Aku pun sekarang sedang membina minisite untuk produk aku dan memasang sistem affiliate. Kalau korang nak join pun boleh nanti, tunggukan aja pelancarannya.Paling lewat tengah malam ni. Untuk permulaan hari tu, aku hanya jual produk aku di WangCyber.com Bagi yang menggunakan internet hanya sekadar untuk hiburan, aku harap korang perlu buka mata lebih luas lagi. Banyak lagi perkara yang menarik mengenai perniagaan internet. Oklah, ini azam baru untuk 2009 :
- Menjana pendapatan minimum RM3,000 sebulan. (Kecik saja ni, tak macam target otai2)
- Menjadi lebih professional sebagai affiliate international.
- Income Adsense untuk satu blog lebih USD500
- Naikkan CGPA aku. (Pointer aku sem lepas teruk!Entah kenapa.. 3.19! Agak kecewa)
- Bulan ni tengah on the way angkat NAZA GTR 150.. Yahoo! (Duit Sendiri!)
- Luangkan lebih masa untuk gadis impian. (Macam susah je)
- Minta ibu aku berhenti kerja dan duduk rumah saja
Oklah. Di bawah ini ada lebih daripada 5 screenshot bukti pendapatan aku di internet. Aku juga ada menggunakan keuntungan itu untuk membeli software RefererX dan membeli domain serta hosting untuk web jualan aku. Tak lupa juga untuk servis pengiklanan. Selain itu aku juga ada membeli beberapa VCC. Hehehe… Apa yang aku tunjukkan in hanyalah pendapatan aku sejak penghujung Oktober sahaja. Ada banyak lagi. Tetapi meningkat sejak akhir-akhir ini. Tunggu projek aku dengan budak Korea jugak. Hehehehe..
Figure yang baris sebelah kanan adalah pendapatan aku. Yang sebelah kiri adalah keborosoan aku. Hehe..
Klik Pada Gambar Untuk Lihat Dengan Lebih Jelas

Sambung baca lagi baiiii »