Bukan RidzuanRichie.com yang diserbu ya, tapi pejabat I-Rich 696 Network yang diserbu. Hohoho! Pejabat diorang yang ada dekat Sri Kembangan telah diserbu oleh pihak berkuasa pada waktu malam kalau tak silap.
Seramai lebih 30 orang ahli network I-Rich 696 ini ditahan termasuk juga dengan komputer dan projector. Kumpulan ini telah dicop sebagai skim cepat kaya kerana menjanjikan pulangan ratusan ribu ringgit dengan bermodalkan RM3,000+.
Aku pun pernah jugak dapat email spam daripada ahli network I-Rich 696 ni. Apatah lagi aku ditag berkali-kali dalam gambar ahli diorang pegang duit banyak-banyak siap buat kipas duit lagi. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »
Yeaahhh! Harini mood aku adalah untuk belajar mengenai pengurusan kewangan. Sebagai seorang pemuda yang banyak menjana duit di internet dan lebih banyak menghabiskan duit untuk tujuan yang tidak begitu penting, ilmu pengurusan kewangan memang aku perlukan.
Aku rasa ramai di antara kita memang kurang ilmu pengetahuan untuk menguruskan wang masing-masing. Banyak yang habiskan duit sebab diorang tak fikir masa depan. Tak kisahlah korang masih belajar dekat universiti ke, korang masih perlu ada ilmu ni.
Lebih-lebih lagi kalau yang dapat duit dengan tadah tangan depan mak bapak je. Wakaka! Ilmu pengurusan kewangan ni wajib sebagai persediaan untuk korang bila dah pandai menghargai duit. Sambung baca lagi baiiii »
Korang rasa korang ada 60 saat tak? Aku rasa korang ada lebih 60 saat. Sebab korang mempunyai masa yang berbillion saat untuk tidur, melepak, mengunyah dan lain-lain lagi. Jadi program Anda Ada 60 Saat oleh Astro memerlukan korang luangkan 60 saat sahaja!
60 saat ini boleh membuatkan korang menjadi separuh jutawan! Jika Tomok pernah menjadi jutawan, jadi korang akan menjadi separuh daripada Tomok. Muahaha! Banyak tu hadiah RM500,000 dengan hanya meluangkan 60 saat untuk buat perkara yang diorang suruh.
Program ni nampak memang mudah, tapi benda-benda yang nampak mudah ni memang susah nak dibuat. Kena rajin sembahyang jugaklah kalau nak menang program Anda Ada 60 Saat ni. Hehehe.. Sambung baca lagi baiiii »
Korang pernah tak mengalami masalah nak mereka, menulis ataupun menaip artikel English dengan kadar waktu yang singkat? kalau korang tak pernah memang korang power. So pergi main jauh-jauh. Hahaha.. Tapi kalau nak baca jugak takpe. Kali ni aku nak review satu software yang boleh membantu korang menulis artikel bahasa Inggeris a.k.a English untuk assignment ataupun blog korang dengan mudah, cepat dan pantas!
Sebenarnya aku nak tekankan kebaikan software ni untuk blogger and kaki buat duit Adsense. Artikel bahasa inggeris yang unik dan baik adalah baik untuk search engine dan pendapatan yang tinggi dengan Google Adsense. Jika sebelum ni korang dah pening nak buat artikel bahasa inggeris sendiri, jadi sekarang tak perlu pening-pening bila gunakan software a.k.a Perisian Menulis Artikel. Sambung baca lagi baiiii »
Selepas digembar-gembur SSM mengenai skim haram buat duit dengan wang pos berantai, akhirnya syarikat Grand Merger Network adalah syarikat yang paling bertuah sekali. Syarikat diorang ni adalah syarikat pertama yang diserbu oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ada kaitan dengan skim haram wang pos.
Mungkin diorang diserbu ala-ala gaya suprise party. Hahaha! Kalau kena serbu macam kantoi skodeng asrama puteri or hisap rokok dalam toilet asrama lagi sadis. Aku dah lama dengar mengenai wang pos, tapi selama ni aku tengok ok je yang buat duit dengan wang pos. Agak peli kenapa SSM nak buru orang buat duit wang pos. Sambung baca lagi baiiii »
Semalam aku ada jumpa satu game yang best dekat Facebook. Memang layan weh sebab sebelum ni aku memang jarang main game dekat Facebook. Tapi sekarang aku dah jumpa game yang aku rasa sangat sesuai dengan diri aku yang penuh dengan semangat keGAMEan. Miahaha!
Nama game tu Race to Gain yang dibikin oleh developer daripada Bi0therm Malaysia. Kalau korang nak main game ni, korang just search dekat dalam Facebook tu Biotherm Malaysia. Kompom jumpa punyalah. Alaaaaa, macam korang search nama awek-awek dalam Facebook la. Hehehehe..
Weyh! Kalau korang main game ni hari-hari, korang akan dapat ticket GRAND STAND PERCUMA tau!! Siapa nak bagi percuma weh melainkan kalau korang main game ni hari-hari. Setibanya korang dah sampai dekat Grand Stand tu nanti, bermakna korang sudah pun memenangi hadiah lumayan yang manjangkau RM2000.00! Korang akan tampak macho gila kalau korang pegang ticket ni nanti dengan gagahnya nak pergi masuk tengok Formula 1 Sepang April depan!
How Do F1 Sepang Grand Stand 2010 Ticket Look Like ?
Bagi aku game Race to Gain ni sangat mudah dan sangat-sangat menyeronokkan. Hohoho.. Kalau korang main game Race To Gain ni, korang takkan kena saman dengan polis punya. Korang bawaklah selaju mana yang korang nak sampailah korang dapat beat point aku dekat Scoreboard Race To Gain ni. Hehehehe..
Yang paling aku suka grand prize ni, hadiah dia 2 tiket nak pergi tengok F1 dekat Sepang bulan April depan. Fuuhhh! Sudah semestinya aku nak pergi tengok Michael Schumacher bawak Mercedes punya kereta and team Lotus Malaysia. Hadiah bulan March ni adalah sehingga RM2000! Duit hadiah bulanan selepas bulan March pun lumayan jugak daripada Rm150 sampailah RM850. Wallaweh! Banyak tu dow.. Aku rasa korang kalau dah sangap duit tu, baik korang main game nih. Huhuhu..
Kalau korang main game ni, muka korang akan sentiasa maintain! Dont worry sebab muka korang akan sentiasa terjaga dengan bantuan Biotherm Pit Stop. Dekat Biotherm Pit Stop ni, korang boleh recharge kulit muka korang dengan Biotherm Homme High Recharge. Korang hanya perlukan 3 minit saja dekat Pit Stop ni! Kalau korang nak tahu macam mana, korang kena main game Race To Gain ni dulu.
Selain tu, korang akan akan dapat sample product Biotherm percuma! Korang hanya perlu luangkan masa untuk 3 minutes skin testing. Aku amat pasti yang korang akan berpuas hati sangat lepas luangkan masa 3 minit tu. Sangat sesuai bagi sesiapa yang ada kulit bermasalah. Kompom masalah korang akan selesai dalam masa 3 minit!
Rugi kalau korang tak singgah dekat Biotherm Pit Stop dalam game Race To Gain ni sebab ada awek-awek yang sangat cun melecun menanti korang. Diorang akan melayan korang dengan mesra dan tolong korang masa korang berada dekat Biotherm Pit Stop yang diorang kendalikan. Fuhhh! Aku tak sabar untuk merasainya buat kali KETIGA!!
Kalau korang nak rasa macam aku rasa, korang kenalah amik tahu dalam game Race To Gain ni. Semuanya lengkap dan tersedia untuk korang ok. Just main game tu dan tengok apa yang korang akan dapat nanti. Macam-macam korang dapat nanti. Bayangkan korang ada kereta, ada muka yang sangat segar setelah direcharge oleh awek-awek Biotherm Pit Stop dan ada tiket untuk pergi ke Formula 1 Sepang bulan April ni PERCUMA!