Archive for the "Duit Poket" Category

Korang pernah tak mengalami masalah nak mereka, menulis ataupun menaip artikel English dengan kadar waktu yang singkat? kalau korang tak pernah memang korang power. So pergi main jauh-jauh. Hahaha.. Tapi kalau nak baca jugak takpe. Kali ni aku nak review satu software yang boleh membantu korang menulis artikel bahasa Inggeris a.k.a English untuk assignment ataupun blog korang dengan mudah, cepat dan pantas!

Sebenarnya aku nak tekankan kebaikan software ni untuk blogger and kaki buat duit Adsense. Artikel bahasa  inggeris yang unik dan baik adalah baik untuk search engine dan pendapatan yang tinggi dengan Google Adsense. Jika sebelum ni korang dah pening nak buat artikel bahasa inggeris sendiri, jadi sekarang tak perlu pening-pening bila gunakan software a.k.a Perisian Menulis Artikel. Sambung baca lagi dow »


Selepas digembar-gembur SSM mengenai skim haram buat duit dengan wang pos berantai, akhirnya syarikat Grand Merger Network adalah syarikat yang paling bertuah sekali. Syarikat diorang ni adalah syarikat pertama yang diserbu oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ada kaitan dengan skim haram wang pos.

Mungkin diorang diserbu ala-ala gaya suprise party. Hahaha! Kalau kena serbu macam kantoi skodeng asrama puteri or hisap rokok dalam toilet asrama lagi sadis. Aku dah lama dengar mengenai wang pos, tapi selama ni aku tengok ok je yang buat duit dengan wang pos. Agak peli kenapa SSM nak buru orang buat duit wang pos. Sambung baca lagi dow »


Cari Game Ni And Join

Semalam aku ada jumpa satu game yang best dekat Facebook. Memang layan weh sebab sebelum ni aku memang jarang main game dekat Facebook. Tapi sekarang aku dah jumpa game yang aku rasa sangat sesuai dengan diri aku yang penuh dengan semangat keGAMEan. Miahaha!

Nama game tu Race to Gain yang dibikin oleh developer daripada Bi0therm Malaysia. Kalau korang nak main game ni, korang just search dekat dalam Facebook tu Biotherm Malaysia. Kompom jumpa punyalah. Alaaaaa, macam korang search nama awek-awek dalam Facebook la. Hehehehe..

Weyh! Kalau korang main game ni hari-hari, korang akan dapat ticket GRAND STAND PERCUMA tau!! Siapa nak bagi percuma weh melainkan kalau korang main game ni hari-hari. Setibanya korang dah sampai dekat Grand Stand tu nanti, bermakna korang sudah pun memenangi hadiah lumayan yang manjangkau RM2000.00! Korang akan tampak macho gila kalau korang pegang ticket ni nanti dengan gagahnya nak pergi masuk tengok Formula 1 Sepang April depan!

How  Do F1 Sepang Grand Stand 2010 Ticket Look Like ?

Bagi aku game Race to Gain ni sangat mudah dan sangat-sangat menyeronokkan. Hohoho.. Kalau korang main game Race To Gain ni, korang takkan kena saman dengan polis punya. Korang bawaklah selaju mana yang korang nak sampailah korang dapat beat point aku dekat Scoreboard Race To Gain ni. Hehehehe..

Yang paling aku suka grand prize ni, hadiah dia 2 tiket nak pergi tengok F1  dekat Sepang bulan April depan. Fuuhhh! Sudah semestinya aku nak pergi tengok Michael Schumacher bawak Mercedes punya kereta and team Lotus Malaysia. Hadiah bulan March ni adalah sehingga RM2000! Duit hadiah bulanan selepas bulan March pun lumayan  jugak daripada Rm150 sampailah RM850. Wallaweh! Banyak tu dow.. Aku rasa korang kalau dah sangap duit tu, baik korang main game nih. Huhuhu..

Kalau korang main game ni, muka korang akan sentiasa maintain! Dont worry sebab muka korang akan sentiasa terjaga dengan bantuan Biotherm Pit Stop. Dekat Biotherm Pit Stop ni, korang boleh recharge kulit muka korang dengan Biotherm Homme High Recharge. Korang hanya perlukan 3 minit saja dekat Pit Stop ni! Kalau korang nak tahu macam mana, korang kena main game Race To Gain ni dulu.

Selain tu, korang akan akan dapat sample product Biotherm percuma! Korang hanya perlu luangkan masa untuk 3 minutes skin testing. Aku amat pasti yang korang akan berpuas hati sangat lepas luangkan masa 3 minit tu. Sangat sesuai bagi sesiapa yang ada kulit bermasalah. Kompom masalah korang akan selesai dalam masa 3 minit!

Rugi kalau korang tak singgah dekat Biotherm Pit Stop dalam game Race To Gain ni sebab ada awek-awek yang sangat cun melecun menanti korang. Diorang akan melayan korang dengan mesra dan tolong korang masa korang berada dekat Biotherm Pit Stop yang diorang kendalikan. Fuhhh! Aku tak sabar untuk merasainya buat kali KETIGA!!

Kalau korang nak rasa macam aku rasa, korang kenalah amik tahu dalam game Race To Gain ni. Semuanya lengkap dan tersedia untuk korang ok. Just main game tu dan tengok apa yang korang akan dapat nanti.  Macam-macam korang dapat nanti. Bayangkan korang ada kereta, ada muka yang sangat segar setelah direcharge oleh awek-awek Biotherm Pit Stop dan ada tiket untuk pergi ke Formula 1 Sepang bulan April ni PERCUMA!

Jangan korang lepaskan benda-benda berharga ni! Cepat layari Biotherm Malaysia : Race To Gain Game!!



Satu ketika dulu, masa zaman-zaman aku bergiat dalam perniagaan Malam Larut Malam Multi Level Marketing (MLM) aku pernah jugak diajak-ajak join and melabur dalam Swisscash ni. Aku selalu online dekat cyber cafe sebab masa tu aku belum lagi mempunyai sebuah laptop and Streamyx.

Update terkini duit pelaburan Swisscash boleh dituntut.

Ada brader-brader yang selalu online and jaga cyber cafe tu kecoh jugak ar dengan Swisscash. Sorang ni memang kaki refer orang join under dia. Sebab kalau tarik pelabur boleh makan komisyen ikut percentage tertentu. Yang jaga cyber cafe masa tu tolong jadi money changer. Buat duit kecik-kecik sambil buat Swisscash atas dasar pelaburan.

Brader tu memang selalu jugak ar hembus-hembus kat telinga aku ajak join. Tapi masa tu aku pulak dengan semangat usahawan MLM la kononnya kan. Hahaha.. Mentah-mentah aku tolak. Padahal masing-masing ada apa je. Yelah, masa tu aku belum ketemu lagi dengan internet marketing. Sambung baca lagi dow »


Sekarang makin ramai orang yang ada blog. Tak kiralah muda ataupun yang sudahpun berumur. Diorang semua ada semangat untuk blogging sama ada sebagai hobi ataupun peluang mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni aku rasa bukan pendapatan sampingan lagi dah sebab ramai jugak yang jadikan blog sebagai main income diorang tiap-tipa bulan.

Ada jugak yang blogging untuk suka-suka dan diorang tak buat duit dengan blog. Aku tak tahulah kalau diorang tu memang tak tahu macam mana nak buat duit dengan blog atau diorang memang rasa income diorang dah cukup untuk hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku harap diorang boleh mula buat duit sampingan dengan blog. Sebab aku tahu ramai di antara kita (yang muda) masih hidup dengan duit penat lelah mak bapak.

Jadi sekarang aku nak terangkan sedikit bagaimana sebenarnya korang boleh buat duit dengan blog ni. Sambung baca lagi dow »