
Aku agak lewat dan kurang update dekat blog ni. Sekarang tengah busy sikit buat kerja freelance. Yela, nak cari duit makan nasi. Kalau dapat rebus pasir jadi nasik dah lama aku tak cari duit kot. Wakaka!
Aku denganĀ kawan-kawan aku selalu lepak dekat satu tempat ni. Dua kedai yang bercantum. Hohoho.. Baik punya joint venture. Kedai mamak satu dengan kedai burger. Kedai mamak Syed and kedai burger Ijan.
Baru-baru ni kedai Ijan ni ada tambah 3 jenis burger baru. Burger Ostrich yakni burung unta, burger arnab and burger rusa. Setelah tiga hari aku dapat putuskan burger daging rusa yang pali layan. Daging burung unta rasa masam dow! Sambung baca lagi dow »

Satu ketika dulu, masa zaman-zaman aku bergiat dalam perniagaan Malam Larut Malam Multi Level Marketing (MLM) aku pernah jugak diajak-ajak join and melabur dalam Swisscash ni. Aku selalu online dekat cyber cafe sebab masa tu aku belum lagi mempunyai sebuah laptop and Streamyx.
Update terkini duit pelaburan Swisscash boleh dituntut.
Ada brader-brader yang selalu online and jaga cyber cafe tu kecoh jugak ar dengan Swisscash. Sorang ni memang kaki refer orang join under dia. Sebab kalau tarik pelabur boleh makan komisyen ikut percentage tertentu. Yang jaga cyber cafe masa tu tolong jadi money changer. Buat duit kecik-kecik sambil buat Swisscash atas dasar pelaburan.
Brader tu memang selalu jugak ar hembus-hembus kat telinga aku ajak join. Tapi masa tu aku pulak dengan semangat usahawan MLM la kononnya kan. Hahaha.. Mentah-mentah aku tolak. Padahal masing-masing ada apa je. Yelah, masa tu aku belum ketemu lagi dengan internet marketing. Sambung baca lagi dow »

Semalam aku dengan Mario dah kemaruk nak melantak makanan selain daripada nasi goreng bujang, cekodok dan lempeng ibu. Hohoho.. Jadi setelah berfikir dengan panjang, kitorang pun bersetuju nak order Pizza Hut Delivery.
Biasanya aku akan order online je guna Pizza hut Online. Tapi dah banyak kali aku cuba, diorang susah nak detect alamat tempat kitorang tinggal. So aku terus call Hotline Pizza hut sebab aritu aku ada nampak orang blok villa aku order Pizza Hut Delivery.
Syabaas aku ucapkan kepada operator Pizza Hut sebab tak sampai 3 minit pun, urusan dah selesai. Diorang boleh hantar, tak macam McDonald Senawang. Cibey! Diorang cakap dalam masa 30 minit pizza boy akan sampai. Sambung baca lagi dow »

Nampaknya aku kena berpindah ke rumah lain hujung bulan ni. Rumah yang aku sewa dekat villa ni akan dijual. Adeyh.. Owner nak jual dekat datin mana entah. Tapi haritu datin tu dah tang dengan anak lelaki dia nak usyar-usyar rumah. Akhirnya diorang bersetuju nak beli. Siot, kalau aku tau aku sepah-sepahkan rumah tu sebelum dia datang. Miahaha!
Pastu malam tu aku dah dapat sms daripada tuan rumah yang otai. Aku diberi notis sebulan untuk keluar rumah walaupun dah melanggar aggreement sewa untuk setahun. Takpola kan.. Biar yo laa.. Jadi sekarang misi aku dengan Mario untuk mencari rumah sewa baru.
Entah jumpa entah tidak rumah sewa dekat area Seremban nih. Seremban tak besar sangat so aku just usyar-usyar dekat Mudah.my dengan OLX je sebagai sumber. Nak pergi pusing satu Seremban tak penat pulak kan. Ada jumpa dua buah rumah ni. Satu single storey dan satu lg double storey. Harga dua-dua lebih kurang tapi double storey banyak barang dia tinggal so nak cari tennant yang pembersih, kemas dan teliti orangnya. Pendek kata bapok lah kot. Hohoho.. Kasar dow.. Sambung baca lagi dow »

Aku tak pasti sama ada korang perasan atau tak yang aku ni kerap tergelak dalam penulisan aku. Perasan kan? Sebab obvious sangat kot. Huhu.. Aku perlukan gelak-gelak ni untuk memanjangkan entry aku walaupun sebenarnya aku mampu untuk menaip papan kekunci dengan cepat dan laju dan lebih banyak perkataan lagi.
Sebenarnya akumula gelak-gelak dalam penulisan masa zaman-zaman tulis surat cinta dulu. Yerla, dulu sekolah asrama penuh mestilah nak ada awek kan. Teman berbicara, teman bermanja, ehem2. Hehehe.. Nak-nak pulak kalau budak perempuan outing, ada orang hantar burger zinger KFC dekat locker kan. Bang ada akak bagi. Waaaaaa! Sweeeet! Miahaha.. Padahal dah lapar sangat..
Dulu bapak semangat tulis surat cinta. Ye lah, masa dulu takde laptop. Cikgu tak bagi. Pastu kat asrama takde wifi. Hape punya asrama daaaa.. Miahaha! Kalau ada wifi boleh buat macam-macam research and experiment kot untuk sekolah. Heeeeee.. So tulis surat cinta masa balik daripada prep. Pastu tulis kat bilik prep asrama dengan pen warna-warni. Serius dow!
Antara cara aku gelak masa dulu, bagi memanjangkan surat cinta dan nak menunjukkan aku ni periang orangnya..
Hohohoho.. Huhuhu.. Hehehehe..
Ahaksss… Weeee weee weeee.. Hihihi..
Tapi lepas dah selalu hidup dalam dunia online ni. Banyak juga benda baru aku belajar dan guna untuk menambah rasa setiap artikel. Contohnya…
Aummmmm!! Roarrr!! Miahahaha!
Haha. Tu semua ada unsur erotic skit.. Miahaha ni aku belajar daripada bro Joe Vemma sebab selalu nampak dia update status Facebook camtu.. Hehehehe..

Aku tak pernah lagi buat post and cakap pasal traffic blog aku ni. Jadi ini adalah kali pertama. Hohoho.. Untuk bulan January lepas, sebanyak 37,169 unique visitor meningkat sikit daripada December lepas. Tapi bilangan page view 153,166 berkurang sikit je. Bilangan new visits sebanyak 66.64% juga satu berita menggembirakan. Setiap bulan ada je orang baru masuk. Hehehe..
Kenapa new visits peratusannya tinggi? Sebab traffic blog aku lebih daripada 50% datangnya daripada search engine. Diorang type apa yang diorang nakc ari kemudian terjumpa blog aku. Syabas kerana jumpa blog aku! Hohoho.. Aku ni bukanlah pakar sangat pun dalam blogging. Berbangga jugakla dengan pencapaian yang meingkat setiap bulan kan. Hehehe.. Sambung baca lagi dow »