259 articles Articles posted in Diari Richie

Makan Puff Ayam Ketika Panas

puff ayam karipap

Aku rasa haritu aku tak kongsikan lebih terperinci rupa bentuk karipap ayam ataupun puff ayam Hussen Food Industri. Rupa dia lebih kurang sama je dengan karipap biasa.

Tapi rasa dan nikmat bila makan karipap ayam ni yang jauh bezanya. Hohoho! Lagi satu sudah tentu intinya berbeza, penuh dengan ayam dan tanpa kentang. Dalam gambar ni nampak macam kecik je, tapi sebenarnya kembung dan bulat! Continue reading →

Layan Movie 5 Hari Berturut-Turut

movie wayang

Minggu lepas merupakan minggu yang paling rajin untuk aku layan movie dekat TGV & GSC. Aku rasa dah lama tak berkunjung ke panggung MBO, mungkin diorang dah mula merindui aku. Hohoho!

Lima hari berturut-turur tengok movie memang kerja gila. Kalau tengok dekat rumah layan Astro First tu lain cerita la kan. One shot daripada hari Isnin sampailah hari Jumaat. Continue reading →

Kini Berkasut Ketika Memandu

persona, nike

Kini aku dah boleh memandu dengan penuh gaya sambil memakai kasut. Hahaha! Sebelum ni aku drive kereta auto je yang aku yakin boleh pakai kasut. Kalau kereta manual, aku akan memandu sambil berkaki ayam!

Padahal masa amik lesen kereta haritu selamba adab je pakai kasut. Maybe masa tu bawak kereta Kancil, so agak mudah. Bila bawak kereta lain gelabah la pulak nak pakai kasut. Wakaka! Continue reading →

Kebaikan Menelan Telur Setengah Masak

telur separuh masak

Sejak dua tiga empat menjak ni,boleh kata hari-hari aku balun telur setengah masak ni. Mungkin aku telah terikut-ikut dengan trend orang yang bangun pagi-pagi order telur setengah masak dua biji dan telan.

Dulu masa aku duduk dekat kampung dengan arwah atok and uwan aku, selalu laa tengok orang tua-tua makan telur setengah masak ni. Tapi sekarang dah jarang aku nampak, yang nampak orang muda-muda je. Continue reading →

Power Supply Punca PC Aku Mati

Haritu PC aku tak boleh nak on seharian selepas aku balik daripada merayap sehari suntuk menemani rakan-rakan taulan. Dahlah masa tu Streamyx buat hal tak boleh nak akses.

Lagilah menyirap darah muda aku ni haaa.. Awak pulak mana boleh kalau tak online walaupun satu hari pun. Memang tak tentu arah aku dibuatnya. Cik adik manis call pun, aku masih lagi moody. Hohoho! Continue reading →

Kemalangan Pertama Proton Persona Ku

Ahad lepas, buat julung kalinya kereta Proton Persona aku ni kena langgar. Lepas hampir empat bulan aku memandu dengan penuh hemahnya akhirnya kemalangan jua.

Tapi bukan salah aku, sebab orang yang langgar kereta aku ni. Kemalangan ni berlaku dalam Taman Paroi Jaya ni jugak. Tak sampai 100 meter pun jarak lokasi kemalangan dengan rumah aku. Hohoho! Continue reading →