Archive for the "Diari Richie" Category

sleepy man

Aku sangat suka dan rasa beruntung kalau aku dapat tidur lambat dan bangun seawal yang mungkin lebih-lebih lagi pada waktu Subuh. Lagi satu, bila bangun pagi-pagi tu badan rasa sihat je.. Terasa untung macam beli baju kat Bandung RM1.50 jual dekat Malaysia RM50.00. Macam tu lah aku rasa untungnya. Hehehe!

Memanglah tidur tu sedap dan nikmat. Tapi aku rasa sangat rugi kalau aku tidur lama sangat dan macam membazir masa. Ya lah, aku kan kerja dari rumah je. Jadi apa salahnya aku guna masa tu sepenuhnya dengan buat kerja. Sambung baca lagi baiiii »


maxis 10

Wohohoh! Pada hari Selasa minggu lepas, aku rasa aku di antara manusia di muka bumi Malaysia yang sangat bertuah dapat panggilan daripada pengelola program Maxis10! Aku telah dipilih menjadi salah seorang tukang review untuk smartphone terbaru daripada Maxis ciptaan HTC iaitu HTC Desire S!

Hatiku gembira tak terkata lebih gembira daripada dapat senyuman daripada seorang awek. Wakaka! Jadi masa hari Jumaat tu 6 daripada 10 orang yang dipilih menjadi ahli keluarga Maxis10 berjumpa di Menara Maxis mendapat penerangan secukupnya mengenai program dan smartphone ni. Sambung baca lagi baiiii »


ethernet adapter

Setiap benda yang bagus tu tidaklah semuanya bagus, masih ada beberapa peratus yang tidak bagusnya. Begitu juga dengan Macbook Air yang menjadi idaman ramai orang.

Kekurangannya, dia tidak ada port yang boleh cucuk direct dengan cable ethernet. Jadi ini sangat-sangat menyukarkan jika internet connection wireless korang gagal berfungsi dengan baik. Sambung baca lagi baiiii »


download love & other drugs

Aku dah lama mengidam nak tengok cerita Love & Other Drugs ni. Biasalah, Doktor Cinta mestilah tengok cerita jiwang-jiwang kan. Aku rasa semua orang tahu aku seorang yang baik hati dan sweet. Miahaha!

Semalam bila kawan aku, Capik, cakap yang dia ada download cerita LAOD ni aku pun bersungguh-sungguh nak copy dekat dia. Tapi bila sampai dekat rumah dia dan tengok segala movie yang dia dah sedut. Sambung baca lagi baiiii »


baskin robbins

Semalam lepas jenjalan itik dan lunch di Kenny Rogers Midvalley, terasa pulak nak makan ice-cream. Oleh itu dengan rela hatinya melangkah ke Gardens nak makan dekat Baskin Robbins.

Biasolaaa! Orang Somban jarang makan benda-benda pelik ni kan. Bertuahnya hati bila masuk-masuk situ nampak ada sorang kawan tengah sibuk mencedok-cedok ice-cream. Hohoho! Sambung baca lagi baiiii »


hunny madu

Beberapa minggu lepas aku dijemput bersama blogger-blogger lain untuk datang ke parti kecil-kecilan Hunny Madu, DJ Fly FM yang bakal menyerlah sebagai penyanyi pulak.

Kitorang dijemput untuk mendengar kesemua lagu untuk album pertama Hunny Madu yang bakal keluar hujung bulan Mei nanti. Selain tu kitorang ditugaskan untuk komen lagu-lagu tu and then pilih lagu mana yang sesuai untuk dijadikan single pertama Hunny Madu. Sambung baca lagi baiiii »