Archive for the "Diari Richie" Category

Ahahaha! Hari ni punya Jumaat lain macam sikit, siap amik video. Agak boring jugak la sampai nak amik video. Gambar clear je sepatutnya, tapi bila dah upload dekat Youtube jadi macam pecah sikit. Agak hampa jugak lah aku terhadap kau wahai Youtube. Macam biasa hari ni akan solat Jumaat dekat Masjid Paroi Jaya yang nyaman. Pagi tadi aku ada dapat email daripada Innity, diorang mintak traffic report blog aku yang tak seberapa ni. Hohoho.. Tak sabar rasanya nak menggunakan Innity selepas aku membuang semua ads Nuffnang daripada blog aku ni malam tadi.

Aku submit traffic report blog aku daripada Google Analytics. Lebih mudah rasanya dengan hanya satu klik. Hehehe.. Save dalam bentuk PDF file. Lepas tu send dekat wakil Innity , Weisin. Hye Weisin! Hehehe.. Sorry i mention nama u dalam post ni. Aku rasa diorang semua tengah cuti hari ni so diorang tak reply lagi. Aman ada bagitau aku dia punya email pun diorang tak reply lagi. So aku rasa macam ok la, hopefully esok dah dapat la. Aman cakap earning dengan Innity lebih mantap daripada Nuffnang. Thanks kepada Aman macho! Wakakaa!

P/S : Korang usyar la video Youtube tu sikit haaaa.. Ada rahsia tu..


Ini adalah isu yang dibangkitkan untuk semua para penggunting rambut dekat Malaysia. Adakah korang ni bajet korang power? Ahaha.. Akur asa diorang ni main gunting jer rambut orang pun. Ikut sedap diorang je. Bajet macam lawa la kan, lepas tu psycho2 org yg rambutnya digunting tu cakap smart la, lawa la. Muahaha! Aku rasa aku pun boleh gunting rambut. Lagi hebat, aku pernah gunting rambut aku sendiri dengan selambanya depan cermin. Rambut belakang pun aku pernah gunting. Tapi time tu rambut aku panjang gila  la kan. Ahaha.. Orang tak perasan pun mana kurang mana lebih.

P/S: Aksi ini berlaku di belakang rumah kitorang


Ada tak di antara korang yang berminat untuk membeli Blackberry Curve 8900 ni. Aku nak jual nih., RM1200. Aku rasa dah cukup murah sebab condition memang tip top. Takde ape2 yg slack langsung dengan Blackberry Curve 8900 ni kecuali dia tidak akan membelai2 korang kalau korang dalam kesepian. Tapi aku rasa korang boleh buat sesuatu dengan Blackberry Curve 8900 di kala korang kesepian, keseorangan dan keberahian. Haha.. Korang paham2 sendiri lah nak buat macam mana.

Blackberry Curve 8900 - RM1200
- Wifi
- EDGE
- 2 GB Mini SD
- Come with phone charger and magnetic holster
- Universal charger
- Macam2 lagi function dia

P/S : Sesiapa yang berminat boleh lah comment dekat post ni or di sini -> Call Me


Aloha! Salam! Sorry dah lama tak update blog ni sebab aku baru lepas elok daripada demam dan selsema. Tapi skarang ni pun ada lagi sikit, tak elok sepenuhnya lagi. Memang siot punya Naim! Nasib baik kau bawak balik KFC malam2. Hua3! Gambar dekat atas ni adalah kesan sampingan daripada demam dan selsema aku tu. Agak teruk jugaklah. Banyak benda sebenarnya yang aku nak update dekat blog aku ni, tapi kena buat satu2 dulu lah, Barulah natural search engine. Hohoho! Banyak gosip artis kena update!

Tapi dalam demam2 tu pun aku ada dua tiga job design minisite atau sesetengah orang panggil web jualan. Aku pun masih baru lagi dalam design2 minisite ni, tapi nak cari duit halal punya pasal aku buat lah kerja2 macam ni jugak. Aku orang susah tak macam korang.. Ibu tunggalku harus ku tanggung jua. Hehe.. Macam2 lagi.. Kalau korang dah dilahirkan dalam family kaya raya korang bersyukurlah banyak2. Alahai.. Kalau korang bajet cool sangat at least cakaplah Thank God!

Ini salah satu kerja minisite yang aku buat aritu, aku design minisite je ok, bukan susun atur semua laman web jualan diorang. Cuba tengok ni -> www.JomBinaBadan.com


Hoi! Agak2 la weyh kalau nak surf web dekat internet ni. Jangan lah sampai benda yang tak senonoh kepada benda yang tak senonoh korang cari. Korang faham tak ayat aku tu? Kalau tak faham boleh tanye cikgu sastera korang nanti. Kalau korang masih seorang pelajar lagi la. Muahaha! Kalau ye pun janganlah sampai korang search dekat Google, Yahoo mahupun MSN Bing guna keyword “main dengan makcik” !! Suatu yang diluar jangkaan aku dowh!! Ish3!!

Gambar dekat atas tu adalah screenshot yang aku ambil dari akaun Google Analytic aku. Google Analytic ni adalah untuk sesiapa yang ada web ataupun blog menganalisa web dan blog masing2. Nak tahu orang masuk guna keyword apa, datang dari mana, dekat page mana diorang masuk, pukul berapa, berapa lama dan tak lupa juga berapa ramai orang kunjung. Jadi dekat atas tu adalah sebahagian daripada keyword yang diorang type dan jumpa listing blog aku dan diorang masuk ikut link tersebut. Boleh try Google Analytic.

Sesungguhnya dekat sini aku nak bagitau dekat korang, yang aku tak pernah pun buat blog guna blogspot dengan url ridzuanrichie.blogspot.com. Sebab masa aku mula2 belajar blogging memang aku terus beli domain RidzuanRichie.com . Aku rasa semua blogger yang serius harus membeli domain sendiri sebab sesungguhnya ianya lagi bagus daripada pelbagai aspek. Cubalah ya korang wahai blogger!! Lagi satu aku nak cakap, aku takkan marah kalau korang nak buat blogspot guna url ridzuanrichie.blogspot.com . Tapi nanti kita exchange link lah ya. Ahaha!

Keyword Tiz Zaqyah memang antara yang paling top masuk dekat blog aku. Kalau korang tak caya, korang cubalah search dekat Google, “Tiz Zaqyah“. Lepas tu korang cuba cari link blog aku yang bertitle “Teman Lelaki Tiz Zaqyah Pelakon Nur Kasih“. Hohoh! Jangan tak try ok, nanti baru paham macam mana berlakunya organic traffic.


Pembetulan : Kerabat Johor

Dah lama tak dengar gosip percintaan Fazura dengan sesiapa tapi aku rasa memang sah2 Fazura tengah tangkap cintan dengan seseorang. Aku memang sedih dengan Fazura, sanggup dia buat aku macam ni. OK fine. Aku memang busy kebelakangan ni, tapi ni untuk u jugak ok Fazura. Sanggup u curang dengan i. Takpelah, maybe u tension dengan i yang busy ni so u meluahkan perasaan dengan kerabat Pahang Johor tuh. Muahaha! Best gak berangan macam ni. Mintak2 malam ni mimpi Fazura.

Baru2 ni heboh orang cakap nampak Fazura dengan kerabat Pahang Johor pergi tengok filem Pisau Cukur. Damn! Patutlah aku ajak taknak, rupa2nya dah janji nak tengok dengan orang lain. Huwarghhhh! Assobarul minal iman! Aku rasa memang betullah apa yang diorang nampak tu. Apa salahnya bercinta dengan kerabat Pahang Johor, Fazura sendiri orang Pahang kan. Aku rasa dia memang berhak . Hehehe!

Takpe, aku doakan diorang bahagia walaupun hatiku ni pedih. Ahah! Seriously, aku rasa berapa tahun lepas aku ada nampak Fazura dengan someone dekat Midvalley. Tapi aku tak sure lelaki tu kerabat Pahang Johor ke tak, tapi memang diorang berdua-duaan je lah kan. Masa tu baru aku tau, tinggi aku dengan Fazura lebih kurang je. Wahaha! Sekarang ni maybe aku lagi tinggi kot.

P/S : Fazura memang sweet sgt2 dowh kalah Maya Karin, Tiz Zaqyah and Scha Al-Yahya.