Archive for the "Diari Richie" Category

Ohoiii! Aku berhasrat lepas ni kalau ada apa-apa cerita pasal gosip artis, aku nak update dekat MatKepoh.com je la. Dalam blog personal aku ni, mungkin aku akan banyak ungkap pasal keperibadian aku dan sebarng ilmiah yang boleh bantu korang untuk hidup di jalan yang lurus. Hehehe..

Jadi jika ada sebarang hasrat untuk tahu lebih lanjut pasal dunia hiburan artis yang penuh dengan mimpi, korang masuk-masukla Mat Kepoh ya. Tak salah pun kan. Blog aku jugak tu. Hohoho.. Kira penjenamaan semula Mat Kepoh la kononnya. Mana tahu Melodi nak guna balik Mat Kepoh, boleh lah jemput kitorang. Hua3! Aku dengan Mario yang akan selalu update Mat Kepoh. Sambung baca lagi baiiii »


Huwarghhhh! Kekecewaan kedanan kedukaan kesungguhan kedirian keinian. Terduduk selama beberapa hari membuatkan aku tak dapat nak update blog. Masih tak dapat nak terima kekalahan Negeri Sembilan dengan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2010 Sabtu lepas. Dah lah aku datang dengan semangat yang membara walaupun aku tidak diturunkan Wan Jamak dalam skuad Rusa malam tu.

Aku memang tak dapat terima malam tu. Negeri Sembilan yang score dulu dow! 65minit perlawanan tu memang Negeri Sembilan yang punya. Asal dapat bola je memang counter kaw2 punya. Tapi nak sampai dekat depan gol, finishing hancus! Aduyaiii! Tapi takpola, dah memang takdo nasib agak eyh. Allah nak bagi kesedaran sikit. Hopefully, kekalahan ni dapat jadi petunjuk untuk kempen Liga Super 2010. Tahun ni Negeri Sembilan main memang baik! Sambung baca lagi baiiii »


Hobin jang hobin! Wooot2!

Aku dah membara nih. Korang tak membara ke? Miahaha! Malam ni merupakan antara match bola sepak Malaysia yang ditunggu-tunggu. Negeri Sembilan VS Selangor dimana NS adalah juara Piala Malaysia 2009. Aku ulang sekali lagi juara Piala Malaysia. Selangor pulak juara.. Ahh! Korang pergi cari dekat google sendiri. Hohoh!

Malam ni maybe sesak jugakla sebab Negeri Sembilan dengan Selangor takdelah jauh mana. Sebagai anak jati Negeri Sembilan sudah semestinya aku akan tengok perlawanan ni. Jarak ke stadium hanya setakat joging je dah sampai. Really? Huhuhu.. Sambung baca lagi baiiii »


Hebat kalau ada budak-budak medic Melayu yang boleh buat pil untuk kuruskan badan secara mendadak dalam 24jam. Haha! Sudah pasti hot sales! Berat susah sangat nak turun membuatkan aku mengharap dekat diorang untuk membuat ubat-ubat macam tu. Cuba berdaya saing dengan Herba Prima. Hohoho..

Gambar ni aku ambik semalam sebelum pergi jog dengan Mario sejauh 4km kot. Hahaha.. Tak tau la berapa jauh tapi ikut perkiraan kitorang berdua memang lagi jauh patutnya. Tu kitorang genapkan je kepada 4km. Aku bajet ada la perubahan lepas jog tu kan, tapi harapan ku punah. Haha.. Macam nak kena beli susu dengan budak-budak angkat besi lepas nih. Nantikan pembelian dari ku wahai rakan.

Belek-belek balik gambar dekat Facebook, jumpa jugak gambar lama masa dekat sekolah menengah dulu. Memang ternyata jauh sangat beza. Muahaha! Ahhh! Tapi kebanyakan dalam gambar bawah ni semuanya dah besar-besar jugak sekarang. Hari ni aku tidak berkesempatan untuk ke Istana Budaya sempena pre-pelancaran filem Nabil, Lu Pikirlah Sendiri walaupun dah dijemput orang kuat filem tu. Kalau dapat lepak malam ni mesti boleh lepak sekali dengan blogger-blogger lain yang dijemput. Good luck bro!


Bangga betul tangan aku bila dapat pegang Blackberry Curve ni. Muahaha! Ni limited edition punya poit, korang memang tak payah la nak cari-cari dekat tempat korang. Memang takkan jumpa punya! Kalau korang bagi aku RM5,000 sekalipun aku takkan bagitau la mana aku dapat Blackberry Curve ni. Wohoho! Korang mimpi jela, berangan sikit dalam toilet baru korang boleh jumpa Blackberry curve yang macam aku pegang ni. Ahah!

Ok, aku berterus terang je lah. Handphone yang aku pegang ni memang bukan Blackberry Curve tapi ni BleckBerry OU keluaran Vodaphone. Seriusly aku cakap, Bleckberry ni lagi hebat daripada Blackberry Curve yang asal. Lebih-lebih lagi Bleckberry ni keluaran Vodaphone company yang baru je mengatasi kecanggihan teknologi company Vodafone. Sudah semestinya CEO Vodafone berbulu je lepas tewas dengan Vodaphone. Muahaha!

Ok, korang tengoklah sendiri ok, walaupun harini tarikh lain, tapi Bleckberry ni boleh bawak korang ke masa silam. Dasyat ke tak dasyta weh? Haha.. Sebab tu aku taknak bagitau mana aku dapat Bleckberry ni. Hohoho! Aku bagi clue la  sikit, Kancil Putih. Ahah! Lagi satu yang power, Bleckberry ni punya coverage memang SENTIASA full bar walaupun korang bawak ke dalam hutan, sejauh mana dalam gua tu pun, sejauh dalam mana laut tu pun. Bleckberry punya coverage memang akan sentiasa FULL BAR dow! Sambung baca lagi baiiii »


Dapat baca tak apa yang terukir dengan halus dalam gambar tu? Jap aku tolong translatekan untuk korang, ” Aku dah jolok pukx Eja Bahau.” Aku jumpa ukiran unik ni masa aku lepak dekat Basri Tom Yam (BTY) area Taipan Dataran Senawang. Aku takdelah terkejut pun sebab yang biasa lepak-lepak dekat kedai BTY ni golongan mat rempit yang tak hensem macam Farid Kamil ataupun Zul Huzaimy. Orang-orang Indo pun selalu jugak lepak dekat sini, goyang jugak ar kitorang nak berbicara dekat BTY ni. Rimas gak dol!

Bhau dekat atas tu aku rasa sepatutnya “Bahau”, nama salah satu daerah dalam Negeri Sembilan berjiran dengan Kuala Pilah. Terkenal dah Eja Bahau ni. Mesti ramai yang dah baca ada mamat ni tulis. So akan terpacullah pertanyaan ” Weh, kau kenal Eja Bahau tak? Kalau kau nak tahu dia punya pukx dah kena jolok. Haaaa, aku tahulaaaa ~.” Bagi budak-budak perempuan yang dah rasa diri tu macam bini orang tapi tak nikah lagi, fikir-fikirkanlah. Sebesar-sebesar penutup tempayan, akhirnya terbukak juga. Muahaha!

Perasaan aku sebagai orang Melayu dan orang Negeri kompom ada. Benda-benda ni buat apa nak dibanggakan pun, takde faedahnya. Kau dah tahu benda tu salah, buat apa kau nak bangga-banga kan. Betul tak? Korang jawab tak betul, memang gilo la. Kalaulah Eja dapat baca benda ni, aku tak tahulah dia nak malu ke gelak ke. Yelah, sekarang orang Malaysia pun dah macam Hollywood. Percayalah cakap aku, kalau tak dibendung memang tak lama lagi hilang nama Malaysia sebagai negara Islam.

P/S : Eja, apsal la kau bengap sangat?