Archive for the "Diari Richie" Category

Korang dah tengok ke belum movie Legion yang baru keluar nih? Kalau tak tengok lagi korang kena fikir dua kali lah nak tengok filem ni. Cerita ni agak mempermainkan agama sikit. Kalau korang ni jenis yang senang percaya dengan benda-benda karut nih, aku nasihatkan korang bawak-bawak la jauhkan diri daripada tengok movie nih.

Filem ni mengisahkan mengenai manusia, malaikat dan tuhan. Dalam filem ni, Tuhan dah putus harapan dengan manusia iaitu makhluk yang dicipta dan manusia adalah antara makhluk yang paling tuhan sayangi. Aku sebagai umat Islam sudah sedia tahu yang Nabi Muhammad s.a.w. adalah kekasih Allah dan seorang manusia yang tinggi darjatnya.  Tetapi dalam filem ni takdelah cerita pasal Nabi Muhammad s.a.w. .

Michael (Mikael) seorang malaikat yang masih belum putus harapan dengan manusia lagi. Dia decide nak turun ke bumi dan lindungi manusia daripada dihapuskan Gabriel (Jibril) atas suruhan Tuhan. Michael sangat mencintai manusia dan nampak masih ada harapan lagi untuk manusia. Sambung baca lagi baiiii »


Hari Selasa lepas aku tengok bola dengan Arip. Dah lama tak tengok bola Liga Super since tahun lepas. Tahun lepas tengok bola paling selalu pun masa Piala Malaysia 2009. So dengan bantuan Arip yang selalu dapat tiket free, akan aku kuatkan semangat untuk layan kempen Liga Super 2010. Muahaha!

Malam tu Negeri Sembilan lawan KL Plus. Memang sudah dijangka keadaan stadium yang lengang membolehkan  kitorang melangkah masuk dengan kangkang selebar-lebarnya. Memang tak ramai orang langsung tengok bola malam tu. Tapi boleh layan la sebab still ada lagi geng-geng tukang maki masa game tengah main. Wakaka!

Negeri Sembilan main malam tu memang macam hampeh. Semuanya tak menjadi, pastu apa lagi. Penyokong pun fedup la, diorang main macam nak tak nak je. Lari tu setakat kejar bola, dah nampak bola dalam satu meter dia stop dah kejar bola tu. Asal tengok bola sudah agaknya. Damnito betul! Sambung baca lagi baiiii »


Aku Dihimpap Oleh Budak Gemuk

Hari Sabtu yang lepas saya dan kawan-kawan saya pergi ke Kuala Lumpur. Ahah! Ok cukuplah dah dapat 5 markah untuk ayat baku daripada aku tadi. Mintak-mintak Cikgu Hasmiza boleh luluskan. Hehehe.. Sebenarnya aku tak tahu nak letak apa as tajuk post aku kali ni.

Sama ada aku nak letak Castle Ampang ataupun Castle Jalan Damai. Memandangkan setelah aku search dekat pakcik Google, dia cakap Castle Ampang lebih banyak suggestion daripada Castle Jalan Damai. Jadi sebab tu lah aku letak title dengan Castle Ampang moga-moga ramai orang akan search nanti. Please God. Huhu..

Mario Tengah Layan Punggung

Mula-mula aku ingat tak pergi ikut diorang sebab ada janji nak lepak dengan blogger Seremban. Tapi disebabkan member aku takbleh kalau geng-geng kitorang tak join. Kalau tak nanti kompom kena conference kat YM pastu kutuk ramai-ramai. Wakaka! Syal dow korang.

Malam tu kitorang lepak sempena hari jadi member iaitu Kimpit, Syamir, KN and Kojek. Sape punya birthday, memang diorang yang kena payung makan. Hohohoh.. Aku bajet Castle Ampang ni best lah sangat. Rupanya biasa-biasa jek. Awek pun takdelah ramai mana. Budak-budak pengkid dengan awek-awek diorang ramai la. Tah hapo nak jaid tak tau la.

Geram Haaa Nak Jilat

Makanan dekat Castle Ampang ni ada yang sedap and ada yang biasa-biasa je. Ada pizza kering tu memang layan. Ayam diorang sama je macam makan kedai mamak. Tapi daging diorang sodap gilo! Lidah aku yang raso la kan. Budak-budak ni tak tahu la raso apo. Aku dengan Mario plak duduk tengah-tengah, memang apa yang lalu singgah dulu kitorang sebat. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Woot2! Di kala aku tengah update blog aku ni. Aku masih lagi di rumah member di Subang. Petang ni baru balik Somban kot. Malam tadi sambut birthday member aku. Nanti aku kasi tunjuk dekat korang semua gambar dekat Castle, Jalan Damai.

Surat khabar hari ni masih lagi cerita pasal ada sorang brader ni kena gigit dengan haiwan yang masih belum dapat dikenal pasti secara tepat di pantai Port Dickson. Dia kena gigit masa dia tengah bermandi-manda dengan anaknya dan tiba-tiba terasa macam ada sesuatu yang menggigit dan menarik kaki brader tu.

Kemudian brader tu dengan bantuan kawan, tarik dia daripada gigitan binatang tu dan naik ke pantai. Kita boleh gelar yang menggigit tu sebagai Unidentify Biting Object (UBO). Hohoho! Teruk jugak brader tukena gigit, memang tersangat dalam. Tengok gambar ni pun dah ngeri dah. Sambung baca lagi baiiii »


Baru harini aku dapat kekuatan nak tunjukkan dekat korang semua, bakat aku memasak jemput-jemput. Aku tahu ada macam-macam nama lagi yang telah digunakan untuk kuih ni. Hohoho! Ada yang panggil cekodok, cingkodok, kodok, put-put, cengkodok dan macam-macam lagi. Nama jemput-jemput ni dah sebati dengan sebutan mulut aku sejak kecik lagi. Cekodok aku gunakan hanya untuk cekodok pisang je. Ahah!

Mari perhatikan gambar langkah demi langkah yang Chef Wan dah ajar aku. Serius, ni Chef Wan ajar aku. Dia cakap dia Chef Wan, memandangkan aku tak pernah jumpa Chef Wan face to face maka aku anggaplah dia berada di dalam dunia Chef Wan dia yang tersendiri. Huhuhu! So hiburkan hati korang untuk melihat kepakaran ku. I think i can cook lah! Sambung baca lagi baiiii »


Perghh! Lama gila tak update blog. Banyak kerja freelance dow. Sorry banyak2. Macam biasa, kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Dua kali kais tu geng. Sorry eh dah lama tak update. Hehehe.. Ni aku ada update ringkas pasal gosip artis.

Takdelah gosip pun, cuma gambar je. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, pandai-pandai la cari Mat Kepoh. Muahaha! Aku nak up kan balik Mat Kepoh ni. Hope korang sukalah. Kalau tak suka nak buat macam mana. Kalau taknak membazir duit beli magazine hiburan, baca Mat Kepoh sudey. Wakaka!