Archive for the "Diari Richie" Category

Hari ni aku dengan Mario tiada di rumah, sebab akan bertandang ke Starbuck The Gardens untuk melepak bersama-sama top blogger di Malaysia. Tapi sudah semestinya blogger Project Alpha Nuffnang yang dah jatuh kredibilitinya tu takkan join sama sekali.

Macam-macam topik yang akan dibincangkan nanti. Harap-harap ramailah awek-awek blogger yang datang. Hohohoh.. Nanti aku akan update gambar and cerita sikit dekat blog aku ni. Kalau ada mana-mana blogger yang nak datang sekali dijemputkan hadir. Jangan malu jangan segan. Kami peramah orangnya. Wakaka!

Mana tahu nanti kitorang boleh ajar serba sedikit pasal blogging ni. Boleh ubah cara hidup korang jugak nanti. Hehehe.. Ayuh! Aku tunggu korang kat sana. Jam sekarang pukul 6 lebih dan aku perlu tidur beberapa jam sahaja dan mungkin bertolak pukul 10 nanti. Suwaikom!


Im proudly present that RidzuanRichie.com is publishing the ads from Advertlets and not Nuffnang. Haha.. Malas aku nak type english panjang-panjang. Nanti korang cakap aku mat saleh celup plak. Ramai awek datang cari aku nanti susah.

Aku rasa aku dah mual nak tunggu 2 keping cek aku daripada Nuffnang yang sekarang dah makin maju dalam menilai sesebuah blog dan blogger. Sekarang diorang amik artis je jadi budak-budak Alpha. Aku hairan, tak ke blogger-blogger lain yang ada dalam network Nuffnang tu bengang sebab Nuffnang pilih blogger Project Alpha yang ntah pape.

Ada blogger yang memang mantap, tapi ada jugak yang kureng terus. Haishhh! Maybe Nuffnang nak publisiti lebih kot amik orang yang berpengaruh macam wartawan and artis jadi blogger Project Alpha. Haiyooo.. Content dalam blog diorang yang kureng tu semestinya kureng. Tak boleh terima dowh. Diorang maybe berpengaruh dekat luar, tapi takdelah blog diorang berpengaruh. Sambung baca lagi baiiii »


Apa yang kujangka jauh tersasar. Hohoho.. Haritu aku ade tengok movie Adnan Sempit yang agak pecah panggung jugak la dengan budak-budak ni Patay, Mario dan Adie. Naim takde sebab dia ade kerja part time, dan memerlukan dia menonggeng dengan kerap.

Masa awal filem ni kuar, aku bajet mesti filem ni tak boleh blah dan sampah. Kemudian aku terbaca kat paper yang filem ni dah pecah panggung dapat kutipan lebih RM4 juta masa awal promosi diorang. Wow! Memang aku kena tengok, masakan begitu ramai yang menonton tanpa aku. Ahaha!

Jadi planning untuk menonton berjaya dan hari yang ditunggu tiba. Agak malang sebab orang ramai rupanya, bajet dah tak ramai nak tengok. Memang bertambah la sales diorang ni. Tahniah2.. Bertambah malang lagi kitorang dapat seat 3 baris daripada depan dan bahagian tepi. Perghh! Aku rasa aku dah boleh apply jadi Peninjau Anak Bulan sempena Ramadhan dan Syawal akan datang. Ahah! Sambung baca lagi baiiii »


Aaaaaaahhhh.. Sungguh indah pemandangan hari ini. Siapa yang tak suka tengok gambar macam ni kan. Pak Lebai kalau tengok pun, pandang jugaklah 2-3 kali walaupun dekat mulut cakap tak nak. Paling terpaksa pun pandang sekali la walaupun kita dah cakap, Pak Lebai jangan tengok! Ni gambar awek pakai bra ni. Ooops tengok sekilas, pastu mula lah berceramah. Ngeh3! Apa nak jadilah dengan korang ni… dan seterusnya..

Sebenarnya isu yang aku nak bangkitkan ni sama seperti tajuk artikel aku tuh. Mesti lah kan. Ahah! Korang rasa masih relevan lagikah untuk bercinta dengan awek seksi? Aku rasa mesti ramai yang nak awek diorang seksi. Tapi awek seksi sekadar untuk apa? Boleh bawak sampai kahwinkah? Hohoho.. Aku rasa memang susah kot nak jadikan awek seksi untuk dijadikan isteri. Kalau setakat nak bergesel tu mesti ramai yang nak. Nak jadikan isteri, no way kot. Sambung baca lagi baiiii »


Hari Selasa kelmarin ada game bola macam biasa sempena Liga Super 2010. Negeri Sembilan lawan Terengganu dekat Stadium Paroi. Game ni memang akan dijangka menjadi tumpuan sebab sebelum ni Selangor dah kena titik dengan Terengganu sebanyak 4-0 . Tak berbalas dow. Huhu!

Aku, Mario and Naim semua sekali tengok game bola tu. Hahaha.. Keghairahan kitorang tengok game bola malam tu macam tengok filem Rusia. Wakaka! Malam tu nak kate orang ramai tak jugak, nak kata sikit pun tak jugak. Tapi tempat duduk penonton yang bahagian tengah memang agak penuh la. Dekat belakang gol memang takdo la kan.

Naim & Mario

Game bermula dengan baik. Negeri Sembilan banyak mengawal bola tapi tiba-tiba kitorang dikejutkan dengan gol pembukaan Terengganu. Damn! Sepak dari jauh, keeper Neger Sembilan acup sebab posisi dia masa tu agak jauh ke depan gol. Lepas tu bermulalah makian daripada penyokong sendiri. Wakaka! Sambil-sambil maki tu kitorang bagi jugak la kata-kata semangat. Sambung baca lagi baiiii »