Archive for the "Diari Richie" Category

Nampaknya aku kena berpindah ke rumah lain hujung bulan ni. Rumah yang aku sewa dekat villa ni akan dijual. Adeyh.. Owner nak jual dekat datin mana entah. Tapi haritu datin tu dah tang dengan anak lelaki dia nak usyar-usyar rumah. Akhirnya diorang bersetuju nak beli. Siot, kalau aku tau aku sepah-sepahkan rumah tu sebelum dia datang. Miahaha!

Pastu malam tu aku dah dapat sms daripada tuan rumah yang otai. Aku diberi notis sebulan untuk keluar rumah walaupun dah melanggar aggreement sewa untuk setahun. Takpola kan.. Biar yo laa.. Jadi sekarang misi aku dengan Mario untuk mencari rumah sewa baru.

Entah jumpa entah tidak rumah sewa dekat area Seremban nih. Seremban tak besar sangat so aku just usyar-usyar dekat Mudah.my dengan OLX je sebagai sumber. Nak pergi pusing satu Seremban tak penat pulak kan. Ada jumpa dua buah rumah ni. Satu single storey dan satu lg double storey. Harga dua-dua lebih kurang tapi double storey banyak barang dia tinggal so nak cari tennant yang pembersih, kemas dan teliti orangnya. Pendek kata bapok lah kot. Hohoho.. Kasar dow.. Sambung baca lagi baiiii »


Aku tak pasti sama ada korang perasan atau tak yang aku ni kerap tergelak dalam penulisan aku. Perasan kan? Sebab obvious sangat kot. Huhu.. Aku perlukan gelak-gelak ni untuk memanjangkan entry aku walaupun sebenarnya aku mampu untuk menaip papan kekunci dengan cepat dan laju dan lebih banyak perkataan lagi.

Sebenarnya akumula gelak-gelak dalam penulisan masa zaman-zaman tulis surat cinta dulu. Yerla, dulu sekolah asrama penuh mestilah nak ada awek kan. Teman berbicara, teman bermanja, ehem2. Hehehe.. Nak-nak pulak kalau budak perempuan outing, ada orang hantar burger zinger KFC dekat locker kan. Bang ada akak bagi. Waaaaaa! Sweeeet! Miahaha.. Padahal dah lapar sangat..

Dulu bapak semangat tulis surat cinta. Ye lah, masa dulu takde laptop. Cikgu tak bagi. Pastu kat asrama takde wifi. Hape punya asrama daaaa.. Miahaha! Kalau ada wifi boleh buat macam-macam research and experiment kot untuk sekolah. Heeeeee.. So tulis surat cinta masa balik daripada prep. Pastu tulis kat bilik prep asrama dengan pen warna-warni. Serius dow!

Antara cara aku gelak masa dulu, bagi memanjangkan surat cinta dan nak menunjukkan aku ni periang orangnya..

Hohohoho.. Huhuhu.. Hehehehe..

Ahaksss… Weeee weee weeee.. Hihihi..

Tapi lepas dah selalu hidup dalam dunia online ni. Banyak juga benda baru aku belajar dan guna untuk menambah rasa setiap artikel. Contohnya…

Aummmmm!! Roarrr!! Miahahaha!

Haha. Tu semua ada unsur erotic skit.. Miahaha ni aku belajar daripada bro Joe Vemma sebab selalu nampak dia update status Facebook camtu.. Hehehehe..


Aku tak pernah lagi buat post and cakap pasal traffic blog aku ni. Jadi ini adalah kali pertama. Hohoho.. Untuk bulan January lepas, sebanyak 37,169 unique visitor meningkat sikit daripada December lepas. Tapi bilangan page view 153,166 berkurang sikit je. Bilangan new visits sebanyak 66.64% juga satu berita menggembirakan. Setiap bulan ada je orang baru masuk. Hehehe..

Kenapa new visits peratusannya tinggi? Sebab traffic blog aku lebih daripada 50% datangnya daripada search engine. Diorang type apa yang diorang nakc ari kemudian terjumpa blog aku. Syabas kerana jumpa blog aku! Hohoho.. Aku ni bukanlah pakar sangat pun dalam blogging. Berbangga jugakla dengan pencapaian yang meingkat setiap bulan kan. Hehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Inilah muka aku masa dulu kala. Hohoho.. Nampak sangat keremajaan ya tak? Agak merindui keadaan ni sekarang nih. Hahaha.. Tak perlu korang teka kenapa. Setiap individu ada isu yang perlu diahadapi. Hoho.. Dulu aku pernah bertindik, dan aku agak menyesal jugaklah. Sebagai seorang Muslim, tidak seharusnya aku bertindik.

Biasalah kalau dah darah remaja tu, macam-macam nak buat. Itulah inilah semata-mata nak mendapat perhatian. Pengakuan di situ. Miahaha! Tapi aku tak nafikan masa tu memang banyak perhatian yang aku dapat. Muahaha! Aku bertindik sejak lepas PMR sampailah aku tamat Foundation Business Admin. Agak lama jugaklah kan. Bagi aku bertindik tu memanglah cool tapi sesuatu yang dilarang agama. Sambung baca lagi baiiii »


Kelmarin punya gathering memang layan. Walaupun tak seramai mana tapi banyak benda baru yang kitorang dah explore and share bersama-sama. Fuhhhh! Memang aku terasa aku lah otak yang paling lembab sekali dekat situ. Wakaka! Aku dengan Mario datang boleh tahan awal, tapi kitorang lepak dekat outlet lain dulu sambil tengok brader Qiilans yang berdiri sepanjang masa depan Starbucks. Wahahah!

Lepas Aman, Paeh and MK sampai, barulah kitorang start lepak bersama dekat venue lepak kitorang. Borak punya borak, bro Kay dan isteri, Kak Mun sampai. Masa ni lagi bertambah benda baru masuk dalam kepala terutama sekali pasal CDN yang boleh menjimatkan wang ringgit kitorang dalam membeli bandwith hosting. Wow!

Syahir dengan Eddie datang agak lewat. Eddie cakap dia baru lepas main golf, datang Midvalley dengan pemakaian yang santai sekali. Hohoh.. Syahir pun bawak Macbook yang agak sama dengan MK. Perghhh! Memang tergoda gila kot tengok diorang punya Macbook. Tapi apakan daya, aku lagi minat nak beli Dell Studio One 19 nanti. Aummm! Sambung baca lagi baiiii »


Facebook semakin maju ke hadapan. Baru-baru ni aku ada upload segerombolan (betul ke ni) gambar masa gathering dekat The Gardens arituh. Boleh tahan banyak jugaklah, dalam 20 lebih gambar. Aku dah kecik-kecikan saiz fail gambar bukan saiz gambar haaa sebelum aku upload.

Sebelum nih, walaupun aku dah kecikkan, tapi still ambil masa yang lama jugak nak upload. Dalam lingkungan 5-10 minit jugak lah. Dulu kena jugak asing-asingkan gambar sebab tak boleh upload sekali banyak, takut failed. Sekarang ni Facebook dah tambah satu plugin untuk upload gambar dekat Facebook.

Tapi korang kena install dulu plugin diorang. Nak install tuh amik masa 30 saat je. Lepas tu korang terus upload je gambar sekali banyak. Aku try upload 20 lebih gambar haritu tak sampai seminit dah success. Bapak laju! Korang try la upload beratus gambar astu set masa. Muahaha!