Archive for the "Diari Richie" Category

Malam tadi aku ada masa lebih sikit untuk berhibur. Hohoh.. Ada kelibat ajak aku menonton movie ni. Mula-mula aku macam tak berminat sangat sebab aku kurang minat dengan lakonan Danzel Washington ni. Tapi member dah ajak kan, kenalah pergi. Dah lama jugak tak lepak luar malam-malam.

Pada permulaan cerita The Book of Eli ni agak slow jugakla tapi penuh dengan tanda tanya. Tiba-tiba je mamat ni sorang-sorang macam sorang hunter. Mula-mula dah tunjuk dia tunjuk skill sharp shooter dia guna busur dia. Perghhh! Bapak hebat kalau korang tengok gaya dia.

Lepas tu mulalah perjalanan dia untuk pergi ke barat. Setiap kali dia singgah dekat mana-mana dia mesti baca satu buku ni. Masa awal-awal cerita sampai pertengahan dia tak bagitau ni buku apa. Nanti bila dah lepas setengah tu barulah boleh dapat bajet yang dia baca kitab Bible.

Latar masa cerita ni masa zaman bumi dah hancur. Tapi belum kiamat lagi. Air dah takde, makanan pun takde, hidupan yang ada semuanya busuk-busuk tak mandi and kering. Masa zaman ni diorang guna sistem barter and duit syiling. Kalau nak air, kena bagi glove kulit, kena bagi blanket tebal, ada jugak yang bagi lighter. Masa zaman ni, diorang semua menghargai benda-benda yang kita bazir-bazirkan sekarang ni. Sambung baca lagi baiiii »


Haritu aku dengan member-member sekalian berhajat nak layan BBQ ayam madu. Jadi kitorang pun plan dengan sebaik-baiknya. Tapi takdelah segempak majlis kerabat di-Raja. Hohoho! Beli barang-barang pun sempoi-sempoi je. Bajet pun nak kena jaga ye tak.

Mula-mula masa nak beli barang tu, kitorang pergi cari dekat Carrefour baru Seremban. Dah amik semua barang dah, boleh kata penuh jugak la troli kitorang angkut tu. Tapi sampai masa nak pergi beli ayam, sekali diorang taknak potong pulak. Diorang kata boleh potong untuk sekor ayam je.

Aku rasa diorang saja yang malas nak potong ayam tu. Last-last diorang dah siap timbang ayam tu, kira and bungkus. Kitorang buat-buat nak beli la. Last-last kitorang belah macam tu je pergi makan KFC dekat bawah. Satu troli tu memang kitorang biar je dekat area belakang Carrefour tu. Lepas makan, kitorang pergi beli barang-barang semua dekat Tesco Seremban 2. Ayam semua 5 ekor siap potong! Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Dah lama jugaklah aku usyar Dell Studio One 19 ni. Smart dowh! Paling aku suka sebab dia punya processor dengan semua drive dia ada dekat dalam dia punya monitor tu. Memang simple.. Hohoho..

Aku agak suka la dengan benda yang simple-simple ni kan. Takdelah semak-semak wayar sana sini. Aku dah lama takde desktop sebab dah bertahun-tahun aku guna laptop je.

Aku guna desktop masa zaman aku sekolah rendah dulu sampailah sekolah menengah. Pastu dekstop tu tak pernah tukar-tukar or upgrade langsung. Hohoh! Memang terbaik kan camtu?

Dahlah masa zaman tu dekat rumah aku tak ada Streamyx. Masa dulu layan TmNet. Tapi tak lama sangat guna TmNet sebab bil melambung tak agak. Bila zaman Streamyx ade plak, desktop rosak. Nak beli baru duit takde :( Sambung baca lagi baiiii »


Hari ni hari Jumaat maknanya aku akan berada di masjid Taman Paroi Jaya menjelang waktu Zuhur nanti. Minggu lepas pergi terlalu awal sampai budak-budak yang selalu main kejar-kejar dekat masjid tu pun lagi lambat daripada aku.

Hari ni dah bila kedengaran azan baru aku dengan sahabat akan pergi menuju kejayaan. Hohoho! Sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan masjid, lepak dulu beli jus jambu batu. Sedap wooo! Haus hilang, kenyang pun kenyang gak ar kan.

Aku tahu jus jambu batu ni berkhasiat, tapi aku tak tahulah apa khasiatnya dan kebaikan untuk kesihatan aku. Layankan je la kan. Dekat Seremban ni ramai jugakla yang jual jus jambu batu ni. Tak tahulah diorang ni satu geng atau franchise ke kan.

Ok weh! Bagi yang bertelor, jangan lupa pergi solat Jumaat hari ni. Hohoho!


Haritu masa petang yang dingin dibuai semboyan angin nan senja.. Ehem3.. Aku pergi beli pisang goreng dekat-dekat dengan rumah sewa aku. Hajat nak makan pisang goreng membuak-buak hari tu.

Masa tengah nak tunggu turn order pisang goreng, dengarlah ada sorang makcik ni borak dengan tauke gerai pisang goreng tu. Dia pun makcik jugaklah pangkatnya. Hohoho.. Sambil dia terbalikkan pisang yang tengah digoreng, dia cakap kat aku, orang bujang tak elok makan goreng pisang panas-panas. Tunggu sejuk dulu!

Aku tahu tu hanya mitos dan alasan untuk dia borak dengan lebih lama dengan makcik sorang lagi. Wakaka! Diorang borak pasal perubatan tradisional. Diorang cakap kalau sakit dalaman ni, tak payah terus jumpa doktor awal-awal. Tunggu lambat-lambat dulu pastu pergi jumpa pakar perubatan tradisional kat hujung kampung sanun tu haaa. Sambung baca lagi baiiii »


Aku agak lewat dan kurang update dekat blog ni. Sekarang tengah busy sikit buat kerja freelance. Yela, nak cari duit makan nasi. Kalau dapat rebus pasir jadi nasik dah lama aku tak cari duit kot. Wakaka!

Aku denganĀ  kawan-kawan aku selalu lepak dekat satu tempat ni. Dua kedai yang bercantum. Hohoho.. Baik punya joint venture. Kedai mamak satu dengan kedai burger. Kedai mamak Syed and kedai burger Ijan.

Baru-baru ni kedai Ijan ni ada tambah 3 jenis burger baru. Burger Ostrich yakni burung unta, burger arnab and burger rusa. Setelah tiga hari aku dapat putuskan burger daging rusa yang pali layan. Daging burung unta rasa masam dow! Sambung baca lagi baiiii »