Archive for the "Diari Richie" Category

Sejak dari minggu lepas, aku dah jadi hantu karipap. Hari-hari mesti mau makan karipap. Hari-hari mesti beli karipap. Adakah aku memang sinonim dengan karipap ataupun memang lelaki daripada dulu suka makan karipap? Aummmm! Hehehe..

Aku selalu beli karipap dekat satu simpang jalan dekat area Senawang ni. Peniaga kuih-muih ni merupakan sepasang suami isteri. Bagus-bagus, daripada mintak sedekah, melacur, baik jual kuih-muih. Ada jugaklah kan rezeki halal dan diberkati.

Kalau kuih yang diorang jual sedap, pembeli pulak suka dan memanjangkan hidup si pembeli. Mesti dapat pahala punya maaa! Oklah, aku nak pendekkan cerita. Ada satu hari tu masa nak pergi beli karipap macam biasa, ada sorang makcik ni yang jual nasi ayam dekat gerai depan sanun tu ha. Sambung baca lagi baiiii »


Woooot! Wooooottt! Ni lah antara kebarangan yang aku dapat masa Tea Party Alice In Wonderland hari Rabu minggu lepas. Goodies yang sangat berbaloi untuk diterima selepas perjalanan jauh dari Seremban. Jauh la kalau korang pergi naik komuter yang tersengguk-sengguk. Hohoho!

Antara goodies yang aku dapat macam ni, cawan minum tea special edition untuk Alice In Wonderland daripada Mid Valley and HSBC, miniature perfume Nina Ricci yang aku rasa cukup untuk aku pakai selama sebulan. Muahaha! Notebook Alice In Wonderland yang aku rasa aku boleh jual dekat Ebay dalam $20.. Ahah!

Makcik Esah nak beli tapi aku taknak jual kat dia..

Selain tu aku jugak dapat no cabutan bertuah yang agak unik, berbentuk macam kunci pintu Alicenak masuk dalam dunia khayalan dia tu. Last sekali, tiket movie percuma menonton movie Alice In Wonderland versi 3D. Best weh! Hahaha.. Terima kasih banyak-banyak kepada Advertlets! Sambung baca lagi baiiii »


Ini adalah buat first timenya aku lepak and makan dekat Carls Jr dan adalah first timenya juga aku makan dalam Pavillion. Sebelum ni ada banyak kali jugak terfikir nak makan Carls Jr, tapi memandangkan keadaan geographical aku and the gang tak mengizinkan. Hahaha..

Ada kesempatan nak makan and lepak dekat Pavillion ni pun sebab Payid cuti daripada pekerjaan dia. Hohoho.. Ada lagi sorang member, Apun. Niat di hati diorang nak tengok Alice In Wonderland 3D, malangnya penuh untuk seminggu.Aku tak kesah sebab aku dah tengok haritu. So kitorang decide nak layan Green Zone.

Movie start lambat so kitorang pusing-pusing Pavillion and makan Carls Jr. Staff dekat carls Jr haritu bapak punyalah ramahnya. Maybe sebab tu gaji diorang besar sikit an. Ramah sorang staff tu memang tak agak. Memang asyik-asyik nak bercakap dengan kitorang jer. Mulutnya sangat aktif seperti seorang mulut perempuan walaupun fizikalnya lelaki. Haha!

Aku & Apun si pintar

Memang santai habis Carls Jr dekat Pavillion ni. Maybe dekat tempat diorang memang dah adat meja makan paras lutut. Aku orang Melayu, bapak tak biasanya makan dekat meja paras lutut. Jadi aku bersila atas kerusi tu, nak sesuaikan diri macam makan atas lantai. Sambung baca lagi baiiii »


Inilah mastermind class aku yang pertama untuk mastermind yang official dibuat oleh Google. Memandangkan aku telah dijemput untuk menyertai sesi mastermind ni dengan Aman secara amannya, maka aku pun terima je lah kan. Hohoho..

Gerak daripada Kelana Jaya selepas lepak bersama Epol and the gang, aku terus shoot pergi KL Sentral naik Putra LRT. Sampai-sampai terus jumpa Aman and terus pergi naik ke hilton KL Sentral untuk sesi pendaftaran.

Perghhh! Bapak ramai orang. Rata-rata semuanya aku tengok macam orang-orang daripada company besar-besar. Dalam benak aku, diorang ni ada ke akaun Google Analytics. Miahaha! Mungkin ada dan mungkin tidak. Yang tidak ada tu datang sekadar untuk cari network baru je. Sambung baca lagi baiiii »


Malam tadi pergi lepak minum dengan seorang blogger underground yang banyak berkongsi tips dalam memilih dan mendevelope sebuah blog niche. Tempat lepak malam tadi dekat Dataran Senawang je, tak dapat la nak lepak Damansara ke, Subang ke or Sri Hartamas. Yela, sape la kitorang kan. Haha!

Tengah sedap-sedap aku menyedut air neslo ais, tiba-tiba mata aku ternampak satu kaki yang terjulur keluar daripada sebuah tingkap depan (driver) kereta. Kaki tu siap terhenjut-henjut lagi. Korang bayangkanlah kalau korang duduk dekat titi or jambatan, lepas tu korang goyang kaki. Camtu la kot. Huhuhu..

Tak lama lepas tu tiba-tiba keluar 3 lembaga yang berbentuk macam perempuan daa keluar daripada kereta. Kereta tu pulak blah macam tu je. Aku pun tak tau apa yang diorang buat. Hohoh! Lembaga tu lalu depan kedai makan yang kitorang lepak. Sekali semua tu maknyah daaaa. Sambung baca lagi baiiii »


Nampaknya Ijan Burger mengembangkan dan melebarkan sayap puyuhnya dengan jayanya. Aku rasa roti telur kentang ni dah lama terlintas dalam kepala Ijan tapi hanya masa menentukannya. Rabu kelmarin aku dengan aktiviti sembang sekali lagi menjadikan Ijan Burger and Syed Maju sebagai lokasi. Nampaknya awek makin kurang di hari persekolahan dan lepas pukul 12 malam. Hohoho!

Aku dah lama dah nampak menu baru Ijan ni, Roti Telur Fries. Tak macam dekat benteng Ampangan yang lagi senang digelar Roti Telur Kentang. Ok la tu, Ijan punya fries tak macam Ampangan punya kentang. Harga standard RM3.00 aku rasa cukup berbaloi. Lantas aku mengodernya dan santap dengan rakus. Aku rasa tak sampai 10 minit dah habis. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »