Archive for the "Diari Richie" Category

Sehari sebelum hari sidang media dengan Lotus F1 Racing Malaysia, aku pergi jumpa dengan classmates aku masa dekat Unirazak dulu. Agak lama jugak tak jumpa lepas aku dah lama gila postpone degree aku nih. Muahaha! Unirazak pun senyap je takde calling-calling aku. Memang terbaiklah! Aku pun lagi suka duduk rumah menghadap laptop je mencari rezeki.

Haritu masa jumpa tu kitorang lepak Pavilion dan aku terus ajak diorang pergi makan dulu. Lapar dow lepas jauh daripada Seremban langsung tak sarapan pagi. Masa tu niat di hati ada jugak nak makan dekat Carls Jr ataupun Pizza Hut sebab bau yang menyelerakan. Tapi diorang demand nak makan dekat Nandos. Aku pun agree je lah sebab kalau tak silap aku, sebelum ni aku pernah makan sekali je dekat Nandos.

Masa tu aku order macam lebih kurang yang diorang order. Apebenda ntah aku order, tapi dekat gambar atas sekali tu lah. Muahaha! Dia ada side dishes dia jugak, tapi dekat dalam Nandos ni panggil “sideline”. Dah macam upline dengan downline daaa. Wakkaka! Kira ala-ala macam dekat Kenny Rogers lah kan. harga pun lebih kurang je cuma Nandos hanya ada dua side dishes and Kenny Rogers ada 3 and boleh dapat muffin sekali. Sambung baca lagi baiiii »


Hari Selasa yang lepas, aku telah dijemput untuk menghadiri sidang media Lotus Formula 1 Malaysia di Pavilion Bukit Bintang. Dalam pukul 10:30 pagi aku dah bertolak daripada Seremban walaupun press tu start pukul 2 petang. Masa aku mula-mula sampai dekat Pavilion tu, aku dah nampak sederet Lotus super car dekat pintu masuk. Lepas tu belah dalam pulak, ramai orang tengah berpusu-pusu nak tengok pameran Lotus F1.

Aku ada nampak kelibat Dr. Mahathir merasmikan kereta Satrio Neo keluaran Proton untuk edisi Lotus F1. Ramai kelibat yang tertinjau-tinjau design dan feature yang ada dekat kereta Satrio Neo terbaru tu. Terlupa pulak aku nak tanya Dr. Mahathir berapa harga sebuah Satria Neo tu. Hahaha..

Lepas berkumpul dengan geng-geng Advertlets yang lain, kitorang mula mengorak langkah untuk terjun dalam gumpalan orang ramai tu. Fuhhh! Orang media boleh tahan bau ketiaknya. Miahaha! Terpaksalah bergaul mesra dengan diorang sekali agar aku dapat terhegeh-hegeh ambik gambar dengan camera yang tak seberapa. Sambung baca lagi baiiii »


Masa baru nak pindah rumah baru awal bulan lepas, aku ada beli satu tilam queen size. Lupa plak brand tilam ni tapi yang pasti empuk. Hahaha.. Sejak beli barang-barang rumah sendiri ni, barulah aku tahu yang sebuah tilam tu lagi berharga daripada katilnya.

Patutlah sebelum ni kalau aku usyar perabot-perabot untuk bilik tidur, tilam tak disekalikan dengan katil. Sapelah yang ajar aku BM ni. Wahaha! Aku bersyukur sebab akak dara pingitan yang promote aku tilam ni siap bagi dua bantal and satu bantal pemeluk tu free. Padahal memang patut bagi free pun kan. Ahah!

Ok, aku nak tanya korang. Salah ke kalau orang bujang bertilam queen size? Hohoho.. Memangla mitos mengatakan tilam queen size lebih kepada orang yang nak tidur berdua. Tapi buat masa ni, tujuan aku tidaklah begitu walaupun aku mengimpikannya sangat-sangat. Weeeeeeee… Siapa taknak tido berdua weh. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Bagi mana-mana syarikat yang ingin buat duit dan untung dengan pantas, aku rasa salah satu cara bagi diorang adalah dengan buat joystick game macam gambar dekat atas ni. Miahaha! Walaupun diorang hanya mengeluarkan joystick, aku rasa diorang boleh profit dengan kencang sekali kalah pengeluar sesebuah game console tu sendiri.

Aku rasa kalaulah ada joystick macam atas tu, aku nak beli sepuluh buah boleh tak? Wakakaka! Baru layan main game macam tu. Selesa je, takdelah sengal-sengal sendi jari aku nak main Winning Eleven nanti. Muahaha! Kalau kawan aku nak pinjam joystick ni, memang aku takkan bagi sebab aku sorang je boleh guna. Tak best lah bila orang lain dah rasa nantikan. Ahaks!

Tapi apa yang merisaukan aku nanti, takut ada yang main joystick je tanpa bermain game. korang faham tak? Main joystick tanpa ada console game tu. Hahaha.. Aku rasa macam ramai je yang akan berbuat begitu , ye tak? Nanti joystick ni dha jadi macam Blackberry je diorang pegang ke sana ke mari. Hohohoho.. Sambung baca lagi baiiii »


Bangsat! Keparat! Hampeh! Meniarap! Takboleh berdiri! Woihhhh.. Bengang gila aku dengan cicak malam tadi. Ni la kali pertama aku mengisytiharkan perangĀ  dengan cicak. Sebelum ni aku memburu cicak sekadar untuk dapat pahala hari Jumaat. Tapi sekarang aku akan membunuh cicak kerana dendam plus pahala hari Jumaat.

Malam tadi aku punyalah lapar nak makan hot dog. Aku dah siap-siap dah nak masak, aku cairkan dulu ais dalam plastik hot dog tu. bagi dia lembik dulu kan. Lepas tu aku layan ar tengok TV dalam 5 minit. Lepas tu aku tengok dekat dalam sinki, daripada 3 biji hot dog dalam pinggan tu dah tinggal dua je.

Aku ternampak lagi satu hot dog dekat lantai, hujung dia dah kena lapah dah. Dah macam kena gigit dah. Patutlah aku pergi dapur je nampak ade 2 ekor cicak lari naik dinding. Cilako boto weyh! Paneh hati aku ni ann.. Tak sangka pulak cicak boleh ratah hot dog. Aku dah baik-baik punya tunggu nak masak hot dog, dia wat hal plak. Sambung baca lagi baiiii »


Sekali lagi filem arahan Farid Kamil yang berunsurkan ekzos dan sepit udang keluar ke pawagam satu Malaysia. Kalau ada rezeki mungkin boleh lebih daripada Malaysia. Aku pun baru tengok movie V3 : Samseng Jalanan ni dua hari lepas bersama-sama Mario and Naim.

Kitorang masuk ke tempat sepatutnya agak lewat. Tapi takdelah lewat sangat sebab sebelum ni kalau movie pukul 9.30 PM, masuk pulak 5 minit lepas tu masih banyak lagi iklan-iklan yang tengah dipusingkan. Haiyaaaaa.. Kali ni diorang punctual macam Jepun pulak.

Ada beberapa scene awal tu aku tak dapat tengok. Antaranya scene accident termasuk bawah lari and masa si mat rempit tengok movie sambil meraba awek masing-masing. Oh shahdunya.. Kitorang masuk-masuk je dah scene Rudi kena marah dengan mak bapak dia. Sambung baca lagi baiiii »