Archive for the "Diari Richie" Category

Ini adalah pemandangan dekat kampung aku yang dinamakan Kampung Sawah Raja. Berjiran pula dengan Kampung Astana Raja. Nama lebih kurang sama dan ada kaitannya.

Masa perbincangan dengan budak-budak sekolah rendah dulu, Kampung Sawah Raja ni tempat sawah-sawah Raja Melewar. Kampung Astana Raja pulak tempat istana Raja.

Tak tahulah Raja Melewar ke raja yang lagi tua tapi makam Raja Melewar ada dekat Astana Raja. Aku dah dihantar untuk menjalani kehidupan dan latihan ala-ala tentera bersama dengan arwah atok dan uwan aku dekat sini. Sambung baca lagi baiiii »


Makin lama makin penuh berisi Seremban ni dan aku harap keadaan ni berterusan. Hohoho! Pappa Rich akhirnya telah membuka sebuah cawangan franchise diorang dekat Seremban 2. Jadi ini menambah pilihan orang Seremban untuk mengisi perut masing-masing.

Terima kasih aku ucapkan kepada tuan punya Pappa Rich cawangan Seremban ni sebab memilih sini sebagai kawasan strategik diorang. Nampaknya Seremban semakin hensem dengan adanya Pappa Rich.

Masa aku mula-mula tahu Pappa Rich ni pun diorang dah bukak selama 2 minggu dah. Aku tahu ni pun sebab ada hamba Allah ni komen dekat blog aku dekat post pasal Pappa Roti. Terima kasih juga kepada beliau. Sambung baca lagi baiiii »


name card

Hahaha.. Punya la lama blogging tapi baru ni nak buat name card. Macam mana laa aku buat networking dengan kawan-kawan secara realiti kan. Kalau dalam alam maya setakat kasi-kasi URL tu apa ada hal.. Hehehe..

Jadi di atas adalah name card aku untuk RidzuanRichie.com dan juga diri aku sendiri bagi memudahkan diri aku daripada mengalami keadaan terkial-kial bila orang tanya name card aku. Semua orang ada, aku je yang takde. Bengong! Kata Cikgu Sam (STJ).

Sambung baca lagi baiiii »


bmw x6

Haduuuu.. Kalau dapat kereta besar sebijik memang puas hati la aku and family aku. Tapi buat masa sekarang ni pandang je lah orang yang pakai kereta-kereta besar ni. Sedap kan kalau dapat pakai BMW X6 macam dekat atas ni.

Semua orang boleh pakai kereta besar ni kalau ada perancangan yang betul. Masalahnya macam mana cara kita dapatkan kereta tu. Macam mana perasaan puas bila kita dah dapat kereta tu dengan cara yang kita usahakan tu. Sambung baca lagi baiiii »


Kelmarin masa aku tengah sedap-sedap lepak teman member aku hisap rokok sambil tengok air yang terpancut-pancut dekat kolam depan The Gardens, aku disapa oleh sorang mamat. Mamat yang serba lengkap berpakaian macam kerja kerani dalam office.

Aku bukan disapa terus sebaik aku bontot aku hinggap di tebing yang boleh dijadikan tempat duduk. Aku disapa mamat tu lepas aku tertengok-tengok dia habiskan sebatang rokok dia. Dia tanya aku dah dapat offer eksklusif X-men daripada Dominos belum? Aku cakap takde pun..

Terus mamat tu pok-pek pepek pok-pek bla-bla.. Pendek kata, dia offer pada aku pelbagai jenis kupon yang memang menjimatkan aku kalau terfikir nak mengisi perut dengan Dominos Pizza. Harga kad besar tu yang mempunyai 16 kupon hanyalah RM20.00! Sambung baca lagi baiiii »


cafe krs , roti canai

Sekarang ni aku dah ada port baru nak lepak breakfast dan minum-minum petang macam orang tua. Cafe KRS ni terletak di Ampangan, Seremban yang sama deret dengan Bank Simpanan Nasional yang pernah terbakar satu ketika dahulu.

Kalau tak dapat nak tangkap lokasi ni, ianya berhadapan dengan Tops Plaza Ampangan yang seberang jalan tu. Lagi satu port pasar malam dan bazar Ramadhan dekat Ampangan ni sebagai clue. Ohh lagi satu clue, Benteng. Hehehe.. Kalau tau lah kan..

cafe krs , roti canai

Buat pengetahuan korang, layanan pekerja/mamak Restoran Syed Maju yang makin lama makin macam haram dan roti canai yang sangat tidak memuaskan hati aku, membuatkan aku tercari-cari port baru nak pekena roti canai. Sambung baca lagi baiiii »