Archive for the "Diari Richie" Category

Semalam punya semalam malam (ni ayat betul ok), aku dengan kawan aku dah set nak pergi tengok movie semalam, jatuhnya pada hari Isnin. Sebab dia cuti masa tu and nak lepak dengan member. Kenalah update cerita-cerita baru member an. Hohoho.. Kitorang layan The Losers ni dekat MBO Terminal 2, Seremban.

Dekat MBO Terminal 2 ni tak ramai sangat orang macam dekat TGV Jusco Seremban 2. Tapi malangnya pop corn dekat sini tak sesedap pop corn TGV. Adeyhhhh! Kemut gula kot, tawar hebeyh je kalau orang N.Sembilan cakap. Wayang bermula pukul 2:15, aku dengan Payid dah lunch dekat Leha World Paroi Jaya dah. So tak perlu beli pop corn masa masuk.

Kitorang tengok movie ni berempat, so  agak fun jugaklah daripada tengok berdua. Hohoho.. Kang kena cop gay plak kan. Sebelum keluar The Losers ni dekat panggung, aku dah lama tertarik dengan trailer movie ni. Trailer diorang membuat aku berasa sangat berahi. Memang terbaik! Sambung baca lagi baiiii »


Wow! Dah lama gila babeng aku tak update blog sebab nak update ebook. Takpe di sini aku kembali rancak macam Paeh cakap dalam banner blog dia.” Aku Paeh, Hidup Kena Rancak! ” Ahahaha! Aku tak tahu apa erti rancak dalam diri Paeh ni sebenarnya, harap-harap dia ada maksud yang betul-betul mendalam.

Aku kenal Paeh, secara tidak langsung menerusi blog kalau tak silap aku. Lepas tu dia add aku dekat YM (Yahoo Messenger) dan berborak dekat situ jerlah. Kemudian kitorang pernah jumpa sekali dekat Starbucks The Gardens masa Gathering Lepak IT dengan geng-geng blogger yang lain.

Aku rasa semangat blogging si Paeh ni masih belum cukup utuh lagi la. Hahaha.. Dia belum sampai tahap yang boleh update setiap hari lagi ni. Tapi cara penulisan dia dah bagus dah. Penulisan? Penaipan? Tak kiralah apabenda yang nak digelarkan pun. Ap kata korang pergi bagi kata-kata semangat kat blog dia tu. Tak tahu apa yang menghalang Paeh untuk jadi tegar, maybe ketidak kecukupan masa atau tanggungjawab untuk cari duit lebih diutamakan. Sambung baca lagi baiiii »


Sebelum ni aku selalu fikir yang aku ada masalah kulit muka yang berminyak, tapi apa yang aku jangkakan jauh meleset. Rupa-rupanya kulit muka aku dalam dehydrate. Ini bermaksud kulit muka aku kering. Terima kasih dekat Biotherm Pit Stop yang aku singgah tempoh hari. Amoi tu settlekan masalah aku dengan mulut dia and kepala otak dia je. Hehehe..

Masa dekat situ mata aku dah asyik pandang product-product yang Biotherm ada. Amoi tu cakapa yang paling sesuai untuk aku adalah Biotherm Anti-Fatigue. Ini sebab muka kau ni banyak sangat terdedah dengan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan muka aku bermasalah. Faktor cuaca tu memang dah biasalah kan tapi ada lagi satu faktor mungkin juga penyebab besar masalah kulit muka ni, faktor emosi.

Akibat daripada ketidak ketahanan aku melihat Biotherm Homme High Recharge – Anti Fatigue ni. Daripada aku tengok dari jauh dengan mata yang stim, aku pun berhasrat untuk memilki product ni dan aku pun merembatnya dengan kerelaan hati yang tinggi. Wow! Sekarang aku mencuba nasib untuk memilki kulit muka yang halus dan mulus bak mak nyah Taman AST Seremban. Weeeeeee!

Aku rasa yakin dengan Biotherm Anti-Fatigue ni sebab aku ada baca dekat belakang kotak dia berbekalkan ilmu berbahasa Inggeris yang baik, aku dapat tahu yang product ni ada menggunakan ginseng sebagai bahan utama. Ginseng baik untuk kesihatan maaaaaa! Kata orang Cina. Hehehe.. Jadi aku dengan tidak sabarnya nak balik cepat-cepat ke rumah dan nak pakai Biotherm Homme ni.

Cakap pasal produk.!!!!!

Mula-mula sekali kau gunakan High Recharge Energy Cleanser ni untuk cucian pada muka korang. Tak perlu banyak-banyak sangat sebab High Recharge Energy Cleanser ni boleh menghasilkan buih yang banyak. Kalau korang tekan lebih-lebih sangat, kalau tak silap aku kau dah boleh anjurkan pesta buih dekat rumah sendiri tanpa menjemput orang lain. Muahaha! So guna sikit je ok. Lagi satu, jangan sampai kena mata!

Ok, mulakan aktiviti pembuihan korang. Boleh tiru cara aku kalau korang mahu sebab aku ni seorang pencuci muka yang dilatihkan oleh pakar. Tak perlu riasau. Hahaha.. Buat pembuihan yang agak banyak di kawasan yang ketara tidak sihatnya. korang dikirlah sendiri kat part mana korang rasa teruk. Aku punya takde kawasan yang teruk sangat lagi kecuali hidung kot. Masa korang urut muka tu, buat secara bulatan ataupun round a bout :P Muahaha! Ntahlah!

Lepas tu korang cuci dan bilas muka korang sebersih-bersihnya. Seriously masa ni, muka aku rasa segar gila. terasa sejuk dowh bila cuci buih-buih tadi dengan air. Aku rasa air paip dekat rumah aku ni takde keistimewaan yang lebih daripada air paip di rumah jiran-jiran yang lain. So aku sangat yakin ni disebabkan High Recharge Energy Cleanser yang aku pakai nih. Wohoho! Memang terbaik la dow! Kalau dah rajin sangat cuci muka tu, nak terus mandi pun boleh. tapi aku tak buat macam tu sebab aku PRO! Hahahaha.. Kena jaga status.. Sambung baca lagi baiiii »


Pagi tadi ataupun dalam bahasa skema jam dan waktu, pagi semalam, aku dijemput untuk turut hadir ke press screening movie yang bakal muncul dekat panggung 16 April, hari Jumaat depan. Thanks kepada Advertlets and Rebecca kerana jemput aku untuk menjadi antara yang pertama tengok movie, KICK ASS!

Bagi korang yang faham dengan maksud Kick Ass, mesti rasa tajuk filem ni agak kasar tapia da jugak sesetengah yang faham anggap tajuk movie ni sangat lawak and menarik. Muahaha! Aku tergolong dalam kumpulan yang cakap tajuk movie ni lawak dan menarik!

Aku yang lewat daripada Seremban sempat masuk ke panggung no.10 GSC Midvalley duduk sebelah Sham Hardy and Brendan. Tak sempat duduk lagi, mulut aku dah mula aktif untuk ketawa. Wakaka! Movie ni mengisahkan seorang budak yang agak loser pada mulanya, sangat bersemangat untuk menjadi seorang superhero walaupun dia takde kuasa supernatural. Oh! Nama dia Dave.

Bila dia dah berubah menjadi Kick Ass, dia jadi sangat terkenal dan banyak nasib-nasib baik datang dekat dia. Dia rasa dia dah mula ada kehidupan seorang superhero. Hahaha! Sampailah dia boleh rapat dengan sorang awek pujaan dia ni, walaupun awek tu anggap dia ni homoseksual! Wakaka! Asal dapat duduk rapat borak-borak jadi la. Sambung baca lagi baiiii »


Aku rasa sejak kebelakangan ni aku terlalu kerap membeli baju Levis. Atau sebab memang baju Levis je yang paling ok dekat Seremban ni? Atau butik Levis adalah butik pakaian yang terbaik Seremban ada? Hahaha..

Aku malas nak pergi jauh-jauh pergi beli pakaian or barang-barang lain. Padahal takdelah berat mana pun kalau nak dibawak balik naik bas ataupun komuter daripada Kuala Lumpur nak balik ke Seremban.

Entahlah, diri ini makin malas kot nak menyemakkan diri dalam public transport. Hohoho.. Dulu masa kecik-kecik membeli-belah pakai duit ibu ngan arwah atok aku selamber je beli dekat jauh-jauh. Sambung baca lagi baiiii »


Aku tahu korang semua mesti dah tahu siapa yang menjuarai Piala FA 2010 kan. Hohoho.. Sudah sememangnya Negeri Sembilan memang layak jadi juara walaupun ada team lain yang tak puas hati. Sudah menjadi adat untuk membenci team yang jadi juara. Betul tak? Hehehe..

Perlawanan akhir Piala FA 2010 malam tadi yang berlangsung dekat Stadium Bukit Jalil memang sangat mendebarkan jantung aku yang kerap terkejut dengan tiupan trumpet oleh dua orang budak kecik yang duduk depan aku. Aku rasa malam tu hampir 65% peratus tempat duduk penonton penuh.

Aku dari 2-3 hari lepas memang tak sabar-sabar nak tengok final Piala FA ni. Geram haritu kalah dengan Selangor tak dapat Piala Sumbangsih. Ni Piala FA memang kena menang la kan. Mintak-mintak tahun ni Negeri Sembilan dapat menang treble la kan. Memang hensem! Hohoho! Sambung baca lagi baiiii »