Archive for the "Diari Richie" Category

Perfume Murah

Sebelum Bogel

Sekian lama menunggu akhirnya dapat jugak perfume yang aku kirim dengan si Peah peot yang melanjutkan pelajarannya di Warwick. Lama jugaklah proses nak berurusan dengan minah ni.. Kejap online kejap tak. Hohoho! Apa-apa pun thanks to cik Peah sebab tolong beli dan bawa pulang.

Sebelum ni akuku ni tak pernah langsung terfikir nak membeli perfume yang sebegini dengan duit sendiri. Dulu terasa macam tak berbaloi je. Hahaha.. Dulu layan body spray je tak pun beli deodorant yang bau kuat sampai orang ingat aku pakai perfume. Miahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Hari ini adalah hari pertama puasa untuk semua yang beragama Islam. Jadi dengan mudahnya aku memberitahu tarikh pada hari ini dalam kalendar Islam adalah 1 Ramadhan tanpa perlu aku merujuk mana-mana surat khabar.. Teeeheeeee!

Aku rasa pada zaman dah nak dekat kiamat ni, orang lelaki paling banyak dugaan dia masa nak berpuasa. Tengok kiri seminit, tengok kanan seminit. Adoiiiii! Susahlaaa…  Banyak sangat buah! Hehehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Isnin lepas aku gerak balik ke Seremban menaiki komuter. Agak malam masa tu sebab aku taknak la balik naik komuter sesak gila babeng. Nak-nak pulak kalau naik daripada KL Sentral or Midvalley. Malam tu aku daripada Kl Sentral dan malangnya, aku terlepas satu train tak sampai 20 saat masa aku jejak kaki dekat platform nombor 6. Dayymmm!

Lepas menunggu dalam 15 minit, komuter menuju ke Seremban tiba. Dan bermulalah perkenalan aku dengan Ronald McDonald Malaysia. Muahaha! Takdela maskot McDonald yang betul-betul de. Tu yang gambar dekat atas tu, yang kasut macam McDonald tu. Memang nampak sangat macam maskot McDonald dengan seluar kecik macam tu. Hohoho!

Walhal aku sebenarnya ada je kasut yang macam tu. Tapi kasut Puma lah dan bukan Vans ataupun sebagainya. Tapi takdela aku pakai seluar macam masa form 3 dulu. Wakaka! Malu siot bila ingat balik pakai seluar kecik nak mampos tu. Dulu kalau boleh nak paling kecik. Haha!

Malangnya Ronald McDonald yang aku jumpa tu tak dapat nak bagi burger dekat adik comel bum2 yang kelaparan sampai terlentok manja dekat bahu aku. Muahaha! Gambar ni aku amik bukan pada hari yang sama haa..

Sambung baca lagi baiiii »



Aku sebagai wakil daripada kaum lelaki nak bagi amaran dekat korang semua. Kami lelaki yang sentiasa di pihak yang benar takkan sesekali terpedaya lagi jika sang perempuan merayu teman ke salon. Muahaha! Sang perempuan jangan fikir kami lelaki ni bodoh ok. Nak pergi salon, go pakai duit sendiri. Miahaha!

Hahaha! Intro post kali ni tak macam panas sikit pulak. Tapi memang betullah, lelaki kena berjaga-jaga kalau awek or isteri merayu belanja nak pergi salon buat treatment. Harga dia bukan macam Kedai Gunting Rambut Sugu dekat Kuala Pilah suatu ketika dahulu. Ni harga dah macam nak beli basikal pertama anak buah korang je.

Poket yang sendat pun boleh jadi kempis lepas pergi salon ni. Hahahaa.. Haritu terniat nak jadi macam maknyah sekejap. Memandangkan rambut aku yang tak pernah langsung dibubuh conditioner, maka dengan rela hatinya aku pergi ke salon dekat Jaya Jusco Seremban 2. Salon L’oreal kalau tak silap aku. Sambung baca lagi baiiii »


Telur Burung Unta

Salahkan air yang ada dekat dalam gambar atas ni membuatkan blog ni dah lama tak update. Hohoho.. Pergi lepak Subang and Damansara pun satu hal. Balik daripada tu terus demam lepas minum air ajaib ni lagi lah buat hal.

Kalau ditengokkan pada zahiriahnya memang nampak macam air telur burung unta separuh masak. Muahaha! Tapi sebenarnya ni air sour soup. Dalam air yang manis ni pulak ada buah mangga, buah laici, buah tembikai dan buah apa entah aku dah lupa!

Daymm! Masa mula-mula minum air yang berharga RM5.00 dekat Murni USJ ni memang terbaik. Tapi bila balik rumah, terasa pening-pening eyh. Esok pagi bangun badan dah rasa lain macam dah. Sampai rumah dekat Seremban pulak, terus K.O. demam aku dibuatnya. Sambung baca lagi baiiii »