Archive for the "Diari Richie" Category

Malam tadi musnahlah impian semua penyokong bola sepak Negeri Sembilan nak tengok skuad Hobin Jang Hobin menjuarai Piala Malaysia dua kali berturut-turut. Kekalahan dengan Kelantan 2-1 memang menusuk kalbu.

Adoiyaaiii!! Den tak dapek nak trimo laa kalah final Piala Malaysia ni. Walaupun dah leading dengan satu gol masa babak pertama, N.Sembilan masih tak mampu nak menahan serangan Kelantan.

Penyerang Kelantan memang terbaik. Tahniah aku ucapkan dekat pasukan dan penyokong Kelantan. Aku harap lepas ni tak payah la nak buat perangai lagi. ini firs time diorang menang Piala Malaysia ni.

Aku pun malam tadi nyaris-nyaris nak kena burger daging dekat muka aku. Nasib baik gerakan matrix aku masih lagi mantap. Nampak baaiii burger tu terbang dari atas, pastu aku elak kepala sikit je. Burger tu kena kasut aku.. Daymmm!! Sambung baca lagi baiiii »


Isnin lepas aku dijemput untuk bersama-sama dengan pihak media yang lai menghadiri majlis pelancaran Tune Talk Prepaid Data Plan.Majlis pelancaran tu diadakan Ecoba Restaurant & Bar. Aku datang agak awal bersama seorang rakan.

Aku rasa korang mesti dah pernah dengan kad debit Tune Money dan Tune Hotel. Tune Talk pun pernah juga diwar-warkan dulu tapi belum lagi secara rasmi. Sekarang Tune Talk Prepaid sudah pun lengkap dengan data plan diorang dengan ganjaran menarik.

Aku taknak cerita banyak-banyak sekarang. Aku akan cerita pasal plan prepaid Tune Talk dan ganjaran yang akan korang terima esok hari. Post kali ni aku nak carita pasal event hari tu je. Heheheee.. Ramai jugak yang datang termasuk bro Budiey.

Thanks to Tune Group sebab menjemput aku dan member gift yang sangat menarik! Hohoho! Ramai yang dapat ticket flight percuma and 2 ticket free standing konsert Paramore worth RM360! Sambung baca lagi baiiii »


Malam tadi topik yang paling hangat sekali aku baca online adalah topik pasal perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di antara Selangor dan Kelantan. Kedua-dua team ni antara team yang paling kuat menjadikan perlawanan malam tu hangat.

Masa aku tengah makan dekat Nasi Ayam Jamal di Ampangan, aku ternampak dekat berita dekat TV penyokong Selangor dengan Kelantan bergaduh dekat luar stadium. Memang aku dah jangka dah sebab lawan dengan Kelantan. Tapi kalau tengok gambar dekat atas tu macam mana?

Keputusan antara Selangor dengan Kelantan 0-0 je pun malam tadi. Tapi pemain Selangor dan Kelantan masing-masing ada yang kena kad merah, keluar padang. Entah macam mana pergaduhan ni bermula pun susah kita nak tahu. Mungkin ni semua bermula dengan mercun bunga api berkuasa tinggi dihala ke arah penonton. Sambung baca lagi baiiii »


streamyx

Saya tak macam ni! Saya sayang Streamyx!

Dua hari lepas aku dilanda masalah Streamyx yang tidak berfungsi di mana lampu ADSL wireless router aku yang berjenama D-Link tidak bernyala mahupun berkelip-kelip macam mata Fazura berkenyit-kenyit. Mulalah kebosanan tahap tertinggi bila tak dapat akses internet. Faktap!

Ini bukanlah kali pertama yang berlaku tapi dah lama juga tak jadi masalah macam ni. Tapi apakan daya, bukan aku sorang je yang guna Streamyx ni. Hohoho! So dua hari lepas giliran aku dah sampailah kot. Hohoho!Aku biarkan masa dalam dua jam, tapi tak bernyala jugak lampu ADSL tu.

Jadi aku buat keputusan untuk menghubungi TM dengan mendail 100 untuk mendapatkan bantuan masalah Streamyx yang aku hadapi. Mula-mula aku bercakap dengan operator lelaki dan lepas tu dengan operator perempuan. Aku dah buat semua yang diorang suruh tapi still lampu ADSL aku tak bernyala. Dah tukar setting IP address, dah flush, dah buat direct connection pun tak boleh jugak. Sambung baca lagi baiiii »


Bagi yang tak pernah lepak di perkarangan restoran Syed Maju ataupun Ijan Burger, ni aku sedekahkan tiga gambar untuk korang tengok. Ini adalah gambar di kala waktu petang yang aman di Taman Paroi Jaya.

Time ni aku ada assignment dengan ibu aku. Dia bagi assignment yang agak mudah iaitu membeli roti john, benjo dan burger ayam special untuk aku sendiri. Hohoho! Dah besar ni maknanya assignment ni kena guna duit sendiri.

Kalau aku mintak duit dekat ibu aku memang silap besar la. Hehehe.. Aku menyarankan korang semua yang tak pernah lagi datang Ijan Burger ni, dipersilakan datang. Memang kalah Otai Burger, Legend Burger semua tu. Sambung baca lagi baiiii »


kasut adidas kaki ayam

Tolong jangan hina dan gelak pemandu istimewa, buruk padahnya. Termasuklah aku dan lain-lain. Hehehee.. Aku juga pemandu istimewa yang tak biasa pakai kasut time drive. Oleh kerana lapisan epidermis tapak kaki sangat tebal, aku tak boleh feel kalau pakai kasut.

Jadi dengan bijaknya, aku akan bukak kasut setiap kali aku nak drive. Tak tahu la sampai bila nak macam ni. Kalaulah nanti nak bawak client ronda-ronda, elok-elok pakai kasut kulit tiba-tiba nak kena bukak plak kan. Susah jugak tu. Takkan nak pakai selipar jumpa orang korporat.

Sambung baca lagi baiiii »