Archive for the "Diari Richie" Category

Malam tadi merupakan antara malam yang paling best bagi peminat bola sepak Malaysia selepas Malaysia membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF.

Aku tak tengok dekat Stadium Bukit Jalil sebab taknak terlepas replay goal atau cubaan menarik antara kedua-dua pasukan. Takut dengan ribuan penyokong Indonesia ada jugak. Hohohoh!

Jadi aku cuma tengok dekat Dataran Senawang je, ramai jugaklah yang menemani di meja-meja lain. Miahaha! Pada awal perlawanan ada perasaan was-was untuk Malaysia menang walaupun banyak serangan. Sambung baca lagi baiiii »


Ini merupakan buku cek pertama aku dan terima kasih kepada Ambank kerana telah berjaya menghasut aku untuk bukak current account dengan diorang. Hohoho! Tapi apa salahnya, semua benda aku kena cuba. Kalau tak cuba, tak guna, tak tahu ye tak?

Sebab sebelum ni dah lama gila fikir nak bukak current account, tapi banyak pulak dilemma dalam kepala. At last, disebabkan aku perlu bayar dan bagi 8 keping cek kepada Ambank untuk bayar 8 bulan pertama pinjaman kereta pertama aku, aku perlu ada buku cek. Sambung baca lagi baiiii »


Semalam pergi jalan-jalan beli barang dekat area The Curve, Ikea & One Utama. Masa nak balik tu tiba-tiba ternampak pulak kereta putih ni yang tampak smart sekali.

Ingatkan kereta keluaran negara luar, tapi kitorang silap. Rupanya kereta Malaysia, Perodua Viva. Hohoho! Korang tengok smart tak?

Ingatkan dia tukar bumper, tapi menurut kawan aku yang lebih arif owner kereta ni just lowered kan Perodua Viva ni dan tambah skirting tepi. Sambung baca lagi baiiii »


Kredit Gambar Ni : My 360 Life

Hari Rabu lepas aku dengan ibu aku pergi ke Tesco Extra yang baru dibuka dekat Seremban 2 ni. Ibu aku dah banyak kali cakap, tapi baru haritu ada masa nak bawak dia pergi Tesco baru ni.

Sebelum ni Tesco memang dah ada dekat Seremban lama dah, tapi bukan bangunan diorang sendiri. Aku rasa diorang menyewa dekat bangunan lama Makro dekat Seremban 2 ni. Mesti korang dah lama tak dengar Makro kan?

Tesco lama tu kurang menarik berbanding Tesco Extra yang baru ni daripada pelbagai aspek. Kalau dulu Tesco amik bangunan Makro tu macam takde partition langsung. tersu selepuk macam gudang besar je. Sambung baca lagi baiiii »



Tengah hari semalam merupakan pertama kali pembasuhan kereta berlaku. Setelah hampir dua minggu pakai Proton Persona Elegance ni, sudah tiba masanya untuk dibawa ke car wash.

Mula-mula sekali ingat nak bawak pergi car wash depan simpang masuk Stadium Paroi, tapi owner lama dah takde. Owner tu cabut sebab tuan punya tanah yang owner tu sewa naikkan harga sewa. Maybe sekarang tuan tanah yang ambil alih pusat car wash tu.

Aku tengok sekarang makin ramai yang basuh kereta dekat Snow Car Wash Mertang area pusat kedai Taman Paroi Jaya ni. Kalau yang dah selalu lepak Ijan Burger tu, car wash ni belakang blok kedai Ijan Burger. Sambung baca lagi baiiii »