Archive for the "Diari Richie" Category

Kelmarin aku ada menerima satu bungkusan Pos Ekspress yang dihantar oleh bro Alan Tan. Di dalam bungkusan tu terdapat sebuah buku dalam berbahasa Inggeris bertajuk, “Make Money Online Without Selling Anything“.

Tersenyum aku bila diberi peluang untuk review salah satu buku yang ditulis internet marketer tempatan yang berpengalaman besar di dalam dan luar negara. Aku juga banyak belajar daripada Alan Tan. Sambung baca lagi baiiii »


Seperti yang aku janjikan semalam, aku akan ceritakan proses pajakan emas Public Gold aku. Masa tu hari Khamis dan aku bangun lewat sikit, jadi aku ada dekat Agrobank Seremban dalam pukul 11 macam tu.

Kaunter biasa dan kaunter tempat nak pajak emas berkonsepkan Ar-rahnu tu berbeza. Kena masuk ikut pintu Agrobank yang lain pulak! Masuk-masuk ada la 2 orang tua Melayu berborak sambil menunggu nun di seberang sana. Sambung baca lagi baiiii »


public gold bar

Setelah membuat pembacaan, penilaian dan pertanyaan dengan rakan-rakan yang berilmu, aku telah mengambil keputusan untuk membeli emas. Patutlah zaman dulu orang selalu simpan emas.

Dulu aku selalu fikir orang pajak emas ni sebab diorang takde duit je. Tu yang diorang pajak emas sebab nak duit semata-mata kemudian lebur. Biasalah, pemikiran budak belasan tahun. Ohohohoh!

emas public gold

Sejak dua menjak ni aku tengok ramai yang aktif membeli emas dan kawan aku pun ada yang trading emas secara maya. Aku pun mengambil inisiatif untuk membuat penyelidikan yang tak diiktiraf mana-mana universiti tempatan. Sambung baca lagi baiiii »


Ada satu hari tu aku teman kawan aku pergi hantar baju ke kedai dobi. Mula-mula sekali aku dah terbayang dah dalam kepala kedai dobi yang macam biasa tu la kan. Aku masa duduk bujang dulu selalu jugak hantar baju ke kedai dobi.

Tapi bila kawan aku drive macam ke tempat yang lain daripada kawasan yang kebiasaannya kedai dobi dibuka, aku macam pelik jugaklah. Lepas tu tiba-tiba berhenti di sebelah sebuah rumah lama. Sambung baca lagi baiiii »


Pagi tadi masa aku nak login akaun Maybank2u, aku dapati ada perubahan dekat halaman login diorang. Nampak berseni sikit. Hohohoho..

Takdelah banyak sangat perubahan dia. Namun sedikit sebanyak berjaya menyedapkan dan menyegarkan mata aku yang selama ini kelam memandang Maybank2u ni.

Hehehehe.. Oh ya! Korang jangan sesekali terpedaya dengan muslihat penjenayah Maybank2u. Boleh rujuk di post aku ni, ” Jangan Tertipu Dengan Sindiket Scam Perbankan Internet “. Sambung baca lagi baiiii »


Perghhhhh!! Sekali tengok aku memang buat perut aku lapar wey. Padahal aku yang makan nasi-nasi ni semalam. Wakaka! Rasa nak pergi lagi je petang ni makan Kedai Udo Stadium Paroi.

Ada orang panggil kedai Udo, ada orang yang selalu lepak tapiĀ  tak faham bahasa nak tanya apa nama kedai ni, diorang panggil kedai pokok buluh. Sebab kedai ni dekat dengan pokok buluh.

Bawah sikit daripada kedai ni ada kubur, tapi takkan nak panggil kedai kubur pulak kan. Giloo apoo!! Cuba korang tengok macam mana diorang ni masak nasi goreng, selampuh nasi dia. Sambung baca lagi baiiii »