Archive for the "Diari Richie" Category

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Sekarang ni aku rasa cukup happy dengan apa yang ada. Family dan juga termasuk 2 orang buah hati baru aku. Aku rasa aku tak pernah sebahagia ini dan memang sebelum ni memangvaku harapkan keadaan aku seperti ini.

Aku anak tunggal dan dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Kasih sayang yang ibu beri memang cukup tapi masih ada lagi kekurangan yang mungkin ibu tak dapat nak beri. Jadi kehadiran 2 buah hati aku ini memang buat kehidupan aku sedikit berubah. Sambung baca lagi baiiii »


hari raya

Aku rasa aku masih tidak terlambat lagi untuk update blog aku ni sempena Syawal yang sudah pun berlalu. Nampaknya aku tidak menepati janji sebab sebelum ni aku janji nak update blog, namun setelah 2 bulan baru aku update. Hohohoho!

Maaflah sebab terlalu sibuk dan enjoy dengan perniagaan menjual jus Monavie yang mendapat permintaan tinggi. Hari Raya 2011 ni aku rasa keadaan keluarga aku semakin baik. Aku rasa setakat ni aku mampu nak berkongsi, belikan dan beri apa yang patut untuk ibu dan uwan.

Sayang ibu & uwan!

lancer sportback

Tahun 2011 ni aku beraya sekali lagi dengan kereta baru, Lancer Sportback edisi Ralli Art 2.4L memang sodap! Proton Persona yang sebelum ni aku serahkan kuncinya pada ibu tapi tanggungan Proton Persona tu masih dia atas bahu aku. Sambung baca lagi baiiii »


ramadhan

Pejam celik pejam celik, akhirnya aku menerima kehadiran bulan Ramadhan buat kali ke 23 kalinya dalam hidup aku sebagai seorang umat Islam. Tak sangka masa sungguh cepat berlalu terasa seperti Ramadhan pada tahun lepas baru je berlalu.

Jadi di sini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kepada semua umat Islam di dunia ni. Mungkin pada Ramadhan kali ini kita boleh perbaiki diri kita dengan lebih jitu lagi. Sambung baca lagi baiiii »


Ini adalah pemandangan dekat kampung aku yang dinamakan Kampung Sawah Raja. Berjiran pula dengan Kampung Astana Raja. Nama lebih kurang sama dan ada kaitannya.

Masa perbincangan dengan budak-budak sekolah rendah dulu, Kampung Sawah Raja ni tempat sawah-sawah Raja Melewar. Kampung Astana Raja pulak tempat istana Raja.

Tak tahulah Raja Melewar ke raja yang lagi tua tapi makam Raja Melewar ada dekat Astana Raja. Aku dah dihantar untuk menjalani kehidupan dan latihan ala-ala tentera bersama dengan arwah atok dan uwan aku dekat sini. Sambung baca lagi baiiii »


Makin lama makin penuh berisi Seremban ni dan aku harap keadaan ni berterusan. Hohoho! Pappa Rich akhirnya telah membuka sebuah cawangan franchise diorang dekat Seremban 2. Jadi ini menambah pilihan orang Seremban untuk mengisi perut masing-masing.

Terima kasih aku ucapkan kepada tuan punya Pappa Rich cawangan Seremban ni sebab memilih sini sebagai kawasan strategik diorang. Nampaknya Seremban semakin hensem dengan adanya Pappa Rich.

Masa aku mula-mula tahu Pappa Rich ni pun diorang dah bukak selama 2 minggu dah. Aku tahu ni pun sebab ada hamba Allah ni komen dekat blog aku dekat post pasal Pappa Roti. Terima kasih juga kepada beliau. Sambung baca lagi baiiii »