
Malam tadi pergi lepak minum dengan seorang blogger underground yang banyak berkongsi tips dalam memilih dan mendevelope sebuah blog niche. Tempat lepak malam tadi dekat Dataran Senawang je, tak dapat la nak lepak Damansara ke, Subang ke or Sri Hartamas. Yela, sape la kitorang kan. Haha!
Tengah sedap-sedap aku menyedut air neslo ais, tiba-tiba mata aku ternampak satu kaki yang terjulur keluar daripada sebuah tingkap depan (driver) kereta. Kaki tu siap terhenjut-henjut lagi. Korang bayangkanlah kalau korang duduk dekat titi or jambatan, lepas tu korang goyang kaki. Camtu la kot. Huhuhu..
Tak lama lepas tu tiba-tiba keluar 3 lembaga yang berbentuk macam perempuan daa keluar daripada kereta. Kereta tu pulak blah macam tu je. Aku pun tak tau apa yang diorang buat. Hohoh! Lembaga tu lalu depan kedai makan yang kitorang lepak. Sekali semua tu maknyah daaaa. Sambung baca lagi dow »

Nampaknya Ijan Burger mengembangkan dan melebarkan sayap puyuhnya dengan jayanya. Aku rasa roti telur kentang ni dah lama terlintas dalam kepala Ijan tapi hanya masa menentukannya. Rabu kelmarin aku dengan aktiviti sembang sekali lagi menjadikan Ijan Burger and Syed Maju sebagai lokasi. Nampaknya awek makin kurang di hari persekolahan dan lepas pukul 12 malam. Hohoho!
Aku dah lama dah nampak menu baru Ijan ni, Roti Telur Fries. Tak macam dekat benteng Ampangan yang lagi senang digelar Roti Telur Kentang. Ok la tu, Ijan punya fries tak macam Ampangan punya kentang. Harga standard RM3.00 aku rasa cukup berbaloi. Lantas aku mengodernya dan santap dengan rakus. Aku rasa tak sampai 10 minit dah habis. Muahaha! Sambung baca lagi dow »

Adoyai! Perpindahan perumahan keituan persatuan keyangan pemenatkan! Susah jugak bila barang dekat rumah kita makin lama makin banyak. Aku rasa barang dekat rumah aku takdelah banyak sangat, tapi rupanya boleh lagi dikategorikan sebagai banyaks!
Perpindahan itu sesuatu yang sangat menyeksakan. Haha! Nak angkat barang naik lori lagi. Pastu nak bawak barang turun balik. And then kalau rumah tingkat lapan, nak kena angkut naik lif lagi. Kalau takdek lif lagi macam mana? Pengsan weh! Haha!
Kalau villa yang takde lif, tingkat tiga pun dah boleh pengsan maaa. Semalam kitorang dengan tak sarapannya, bangun-bangun mandi and terus pergi angkat barang bawak masuk naik lori. Paling lemah aku rasa masa nak angkat fridge. Gilos! Terasa dah hilang jari dah dow. Sambung baca lagi dow »

Tengah hari semalam aku dengan rakan seperjuangan keluar daripada sarang kitorang sebab Naim nak jumpa dengan akak Mat Pau. Akhirnya dia berjaya bodek-bodek nak beli t-shirt kosong and dapat scan lukisan dia free. Hohoho!
Pastu kitorang yang asyik makan nasi goreng ni mengidam nak makan Kenny Rogers pulak. Apa salahnya, setahun sekali. Hohoho.. Akhirnya kitorang masuk dalam and melantak quarter meal set. Kureng! Tak macam tempat lain.
Pastu masa nak bayar, boleh timbul isu pasal tak boleh guna kad debit. What the food?!! Aku dah pernah kot bayar guna kad Maybank kesayangan aku nih dekat Kenny Rogers Seremban 2 and Mid. Agak-agak ar kat Seremban Parade ni tak boleh bayar. Sambung baca lagi dow »

At last! Kitorang dah jumpa markas baru kitorang. Dalam erti kata lain, kitorang dah jumpa rumah sewa baru kitorang. Hohoh.. Tempat baru ni memang style! Nak-nak lagi rumah baru pulak tu kan.
Memang langkah kanan la brader yang advertise dekat OLX. Dia baru first time berjinak-jinak dengan bidang hartanah. Dia nak belajar buat duit dengan rumah sewa ni. Setakat ni baru satu je rumah dia ada. Baru iklan, aku terus sambar. Haha!
Rumah baru ni lagi compact daripada yang sekarang ni. Sangat sesuai untuk orang bujang yang takde anak lagi. Muahaha! Bilik rumah ada 3 and toilet ada 2. Dah kira ok la tu kan. Sewa pun sangat berpatutan. Nampaknya lepas ni nak uruskan tukar alamat untuk no telefon, Streamyx and Astro.

Aku rasa aku jarang gila makan cupcake dan aku rasa dalam seumur hidup aku ni, baru dua ke tiga kali entah aku makan cupcake. Cupcake dengan muffin berbeza kan? Sebab aku rasa aku selalu makan muffin Kenny Rogers.
Aku tak pandang cupcake macam aku pandang burger. Dan aku juga tak pandang cupcake macam aku pandang punggung amoi. Muahaha! Cupcake ni lain macam la rasa dia. Macam banyak sangat cream je. Dia punya cream tak macam cake biasa punya cream.
Aku rasa dah dua kali aku makan cupcake yang berbeza bentuk dan berbeza waktu, dua-dua tu rasanya lebih kurang sama je. Aku dapat ingat dow rasa makanan-makanan ni sebab aku ni pakar dalam bab pemakanan. Wakakaka! Cupcake sangat-sangat memualkan aku. Sambung baca lagi dow »