
Pernah tak korang mendengar cerita pasal blogger yang menjadi jutawan? Haaaa , jangan terkejut sebab di sini aku akan menceritakan seorang blogger profesional yang menjana pendapatannya melalui blog. Ok ,aku harap korang bersedia untuk menerima hakikat ini..Aku akan perkenalkan pada korang semua siapakah jutawan blog ini.

Mengenai Diri Jutawan Blog :
Nama beliau ialah Mohammad Fadino, lebih dikenali sebagai Money CEO atau Mas Dino. Tengok saja pada gambar di atas segaknya seorang CEO yang kini adalah jutawan blog. Dia merupakan bekas pelajar di SMK Khir Johari Sungai Yumun, bekas mahasiswa Matrikulas Kolej TAJ Sungkai dan Fakulti Perubatan UKM. Jadi di sini kita dapat tahu Mas Dino merupakan pelajar yang pintar. Tetapi dek kerana dia sudahpun berkeluarga pada awal usia 18 tahun , dia terpaksa meninggalkan pengajiannya untuk menanggung keluarganya dan nekad untuk menumpukan 100% kepada dunia perniagaan. Sudah banyak jenis perniagaan yang pernah dicuba beliau, ada juga yang rugi. Biasalah adat nak berjaya, pasti bersua dengan kegagalan. MLM, skim pelaburan, Forex, menjual barangan hinggalah ke perniagaan internet. Tetapi Mas Dino mempunyai semangat dan fikiran yang luar biasa akhirnya dia berjaya juga dalam perniagaan. Beliau memang layak untuk digelar Money CEO!! Boleh baca kisah beliau di sini - Siapa Mas Dino
Konsep Blog Money CEO :
Blog Mas Dino menggunakan Arthemia theme oleh Michael Jubel. Kalau nak tengok blog dia pun sedap mata memandang. Cara penulisannya santai tapi bermutu dengan isi-isi yang bernas. Mas Dino menekankan topik mengenai cara-cara untuk menulis blog dengan baik, asas-asas kepada mereka yang baru nak mula dalam dunia blog, cara untuk mendapatkan pendapatan melalui blog dan apa-apa perniagaan yang ada dekat dunia ni. Aku pasti kalau korang baca segala artikel yang terdapat dalam blog Mas Dino , sedikit sebanyak akan menambah pengetahuan korang dalam dunia sebenar perniagaan. Bagi yang belum pernah ada pengalaman dalam dunia perniagaan dan blog, hati anda mungkin akan tergerak untuk mencubanya selepas membaca artikel-artikel di blog Money CEO ini. Selain itu jika korang melawat blog Mas Dino ini, anda akan mendapat ebook laporan Rahsia Jutawan Blog : Checklist Blogger Profesional secara percuma. Korang hanya perlu mengisi email korang di tempat yang disediakan. Manalah tahu, korang juga akan berjaya seperti beliau nanti. Apa lagi dapatkan sekarang ya. Mas Dino juga ada menyediakan video mengenai kejayaan beliau di dalam perniagaan internet di blog beliau.Oh ya , jika korang nak bertanya apa-apa soalan mengenai dunia blogging, korang boleh bertanya dengan beliau di sini - Hubungi Mas Dino
Produk dan Servis Money CEO :
[ Personal Coaching ] [ Membina Widget ] [ Ebook Rahsia Jutawan Blog Versi Berbayar ]
Jom Sertai Pertandingan Review Blog Money CEO :
Aku nak korang rebut peluang ni ya. Mungkin ini akan menjadi pendapatan pertama di internet bagi yang masih belum ada rezeki lagi di internet. Korang hanya perlu membuat review seperti yang aku buat ni tapi tak semestinya cara review aku dengan korang kena sama. Ikut creativity korang lah ya. Mungkin cara korang lagi hebat sebab aku ni takdelah pakar mana. Hehe. Hadiahnya lumayan jugak tau , berjumlah RM390!! Banyak tu. Aku harap korang cuba nasib tau. Jangan risau kalah, yang penting semangat tu ada. Mudah-mudahan berjaya. Korang boleh tengok info pasal pertandingan ni - Pertandingan Review
Pegangan Mas Dino :
” Dengan daya pemikiran yang biasa, adalah mustahil untuk mencapai sesuatu yang luar biasa “
P/S : Money CEO and Young CEO kira adik beradik la tu..Hehe