Archive for the "Buat Duit" Category

Tiga tahun sudah berlalu aku menelaah segala apa yang ada di dunia blogging ni. Namun masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan terokai dalam dunia blogging ni. RidzuanRichie.com ni adalah blog pertama dan sudah tentu inilah blog yang paling aku sayang walaupun aku ada blog lain yang beri pulangan lebih banyak daripada blog personal aku ni.

Dunia blogging memang seronok sebab banyak membantu aku teruskan kehidupan yang tenggelam timbul ni. Alhamdulillah! Sepanjang 3 tahun aku blogging aku tak pernah pun buat pertandingan untuk blog ni dan blogger lain. Jadi kali ni buat pertama kalinya aku sediakan sedikit imbuhan serta ganjaran bersyarat untuk korang semua. Pertandingan ni adalah untuk blogger dan siapa jua yang ada website, blog mahupun laman sosial seperti Facebook dan lain-lain.

Pertamanya, korang kena buat blogpost atau page untuk review sedikit mengenai blog aku dan sepatah dua ucapan tahniah sempena ulang tahun ketiga RidzuanRichie.com . Nak cerita sedikit pasal diri aku pun boleh kalau korang kenal aku lah kan. Cerita bagaimana korang bermula jumpa blog aku pun tak salah. Apa yang penting ada ucapan tahniah sempena ulang tahun ketiga. Sambung baca lagi baiiii »


Ada macam-macam cara nak buat duit dengan blog. Tidak semestinya blog peribadi korang saja yang perlu difokuskan untuk hasilkan pendapatan. Dunia blog ni sebenarnya lebih luas daripada apa yang korang jangkakan.

Ianya terlalu besar sehinggakan Google sendiri memerlukan blog-blog untuk kekalkan perniagaan diorang sekarang ni. Kalau korang sudah ada blog peribadi tu memang bagus, tahniah aku ucapkan.

Tapi cuba korang besarkan lagi jaringan blog-blog yang korang miliki. Cuba hasilkan blog-blog yang mempunyai niche tersendiri. Contohnya blog niche kesihatan. Yeah! Health blog rocks! Sambung baca lagi baiiii »