Archive for the "Review" Category

Korang dah tengok ke belum movie Bruce Lee My Brother? Aku baru tengok semalam dan apa yang aku harapkan dalam movie ni tidak kesampaian. Daymm!! Siapa tak kenal dengan Bruce Lee dengan cara berlawan yang tersendiri.

Walaupun dia berguru dengan Ip Man, tapi dia mengubah seni wing chun agar menjadi lebih baik. Korang memang silap kalau korang harap banyak aksi berlawan dalam movie ni.

Sebenarnya movie ni adalah pengalaman hidup ahli keluarga dan rakan-rakan Bruce Lee ketika dia masih kecil sampailah dia berhijrah ke Amerika. Pada awal cerita memang agak bosan sebab proses tumbesaran Bruce Lee dan persekitaran kehidupan Bruce Lee pada era zaman jajahan Jepun.

Banyak juga pengorbanan Bruce Lee tentang percintaan dan persahabatan. Sambung baca lagi baiiii »



Semalam merupakan antara hari bersejarah dalam hidup aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang selalu baca Berita Harian dan juga sebagai seorang blogger sepenuh masa. Muka aku yang kini sedikit tembam (nanti aku pergi gym) terpampang dalam akhbar Berita Harian di dalam ruangan ikon Lelaki XY. Muahaha! Tergelak besar jugaklah bila tengok muka sendiri dalam surat khabar.

Lepas tu baca pasal diri sendiri berulang-ulang kali. Miahaha! Selain aku, Shamhardy dan Ezhan pun terpampang dalam ruangan tu dengan tajuk 3 Jejaka Online / 3 Jejaka Blogger. Ini merupakan kali pertama kami keluar dalam surat khabar.

Bangga jugaklah bila masuk surat khabar ni sebab ada jugak yang nak masuk surat khabar siap kena bayar dulu lagi. Ni diorang call dan kitorang accept tanpa perlu bayaran. Sambung baca lagi baiiii »


Bilo nak sampai niii? Jangan kono koncing sudeyh!

Inilah warna Persona chiffon green yang baru.

Padahal tak clear pun :p


Aku tersangat-sangat lah puas hati dengan keadaan bathroom dekat dalam bilik hotel G City Club Hotel ni. Kalau bawak member datang tidur sini, suruh diorang tidur dekat dalam bathroom ni pun diorang tak kisah. Kompom! Hehehe..

Tapi kalau korang suruh parents korang tidur dalam bilik mandi ni memang makan kaki parent koranglah. Ahahaha.. Aku dengan bangganya mengaku aku buang air besar sambil tengok TV sekali weh.

Bukan selalu dapat peluang macam ni kan.. So aku gunakanlah sebaik-baiknya kemudahan yang ada. Aktiviti yang sepatutnya sekadar 15-20 minit dalam bathroom tu boleh jadi sejam lebih! Wohoho!

Sambung baca lagi baiiii »


Haritu aku telah dijemput untuk menginap satu hari dan satu malam di G-Tower Hotel atau lebih sedap nama panjang hotel ni The G-City Club Hotel. Bila dapat invitation je, aku terus bukak website diorang. Tak sabar den nak nengok gambar hotel eyh.. Hohohohh..

Pada tarikh hari jemputan tu, aku sampai dekat hotel tepat pukul 3:00 PM. Takdelah susah nak cari G-Tower ni sebenarnya pun, sederet dengan Bangunan Tabung Haji tu je and depan Ampang Park. Tak perlukan peta yang besar-besar nak cari hotel ni.

Nanti senang lah kalau malam-malam nak lepak deat area KL ni kan.. KLCC dekat jalan sebelah je.. Bukit Bintang pun dekat..

Klik - Besarkan Gambar

G-Tower ni sebenarnya ada banyak bahagian lain dan bukan hotel semata-mata. Kalau korang nak tehu lagi lanjut, tengok betul-betul dekat website G-Tower. Lobby hotel bukanlah pada ground floor tapi dekat 11th floor. Sambung baca lagi baiiii »