Archive for the "Review" Category

—-

Alooohaaaa hawaiiee!! Haaa tak percaya ke aku antara lelaki hot yang bernama “Ridzuan” ? Hehehe.. Tengok la dekat atas tu. Aku baru try hari tu saje-saje nak test ada tak pakcik Google suggest nama aku kalau ada sesiapa yang menaip nama “Ridzuan” dekat Google search tu. Google akan suggest korangĀ  search certain perkataan tu kalau perkataan tu selalu ditaip orang dekat Google Search. Korang paham ke tak nih ? Haha.. Aku rasa aku dah sampaikan sesimple mungkin.

Nampaknya aku jauh ketinggalan dekat dalam carta lelaki hot ni. Muahaha! Pesaing-pesaing aku adalah “Ridzuan Hashim” dan “Ridzuan Ramli” . Ridzuan Ramli merupakan seorang model and wedding photographer. Ridzuan Hashim pulakĀ  artis Malaysia lah, ala yang berlakon Spa Q tu, botak-botak tu. Ridzuan condo and apartment memang famous la kan sebab tu rumah. Ramai orang cari pasal Ridzuan condo ni sebab nak sewa rumah. Kalau tak silap aku Taylors College ade letak budak-budak diorang dekat Ridzuan condo ni.

P/S : Korang try la cari nama korang sendiri pulak

—-

—-


Dah agak lama jugak la aku tak melantak KFC ni. Yelah dulu sibuk berpuasa ye tak. Tapi kawan-kawan aku selalu jugak pergi McD masa bulan puasa aritu. Tak tahu la aku diorang pergi masa pagi, petang or malam. Muahaha! Sejak kebelakangan ni aku lebih sayangkan McD daripada KFC. Jadi sebagai melepaskan rindu terhadap KFC, aritu masa aku dengan Hafreze pergi jumpa client daripada Singapore aku order KFC X-Meal saiz besar. Hoho! Aku tak join sekali meeting dengan diorang, aku sekadar pak pacak yang malas nak tahu apa-apa. Jadi aku terus pergi ke KFC di Jusco Seremban 2. Masa tu diorang tengah meeting dekat Starbuck.

Masa kecik-kecik dulu if ada je mainan yg KFC promote dekat TV aku mesti beli punyalah. Tapi dah tua-tua ni aku macam tak berminat la plak kan dengan mainan yang diorang offer tu. Tapi baru-baru ni KFC cakap nak bagi kereta Volkswagen percuma dekat sape-sape je yang beli X-Meal. Semua orang tau yang kereta Beetle Volkswagen memang menjadi pujaan ramai. Tapi nak beli kereta yang betul, mahal gila kot. So aku beli je la permainan Beetle Volkswagen yang KFC promote ni. Haha! Boleh tahan jugakla. Ada gaya-gaya hot weels jugak. Tapi kereta ni takdelah besar mana, besar mouse aku je. Papehal pun layan je la main menatang ni haaaa ~ :P


Bagi aku, gigi ni boleh dikatakan aset penting untuk setiap insan. Sebab ada juga orang yang kurang keyakinan nak berhadapan di khalayak ramai disebabkan gigi mereka. Percayalah! Mereka wujud ! Hehehe.. Ada yang sanggup habiskan beribu ringgit untuk gigi pun ada jugak. Apa-apa pun gigi ni kena jaga awal-awal lagi, daripada kecik kena jaga. Kalau suka sangat makan gula-gula habislah. Ramai je budak kecik sekarang ni aku tengok hitam-hitam, rongak pun ada jugak! Ni semua sebab makan gula-gula tak ingat dunia ni. Hohoho!

Bagi yang kuat hisap rokok pun kena jaga jugak dow. Kot lama-lama nanti berkarat tu payah sikit tu. Nak cium awek susah nanti, kang tak merasa cium awek nanti. Haaaa.. Rugi besar tu bro! Haha! Gurau kasar sikit haa :P Tapi kalau gigi cantik, mesti awek suka punyalah. So jaga-jagalah gigi korang tu. Kalau korang lagi sayangkan band Gigi dari Indon tu daripada gigi korang sendiri, tu dah parah sangat dah tu.

Aku rasa jalan yang terbaik adalah gosok gigi setiap hari masa mandi. Kalau nak extra tu, korang gosok gigi setiap kali lepas makan. Floss gigi pun wajib jugak setiap malam sebelum tidur, baru gigi tu caya sikit bersihnya. Hoho! Baru-baru ni aku ada beli satu benda untuk jaga gigi jugak. Boleh lah buang apa-apa yang patut dekat gigi korang tu. Budak-budak Watson panggil benda ni Tooth Stain Eraser, aku pun tak tahu nak panggil apa benda ni. Panjang sangat nama betul eyh. Takpe, asalkan aku tahu benda ni untuk apa. Haha! Benda ni korang guna lepas korang berus gigi, lepas tu kumur-kumur dan barulah boleh guna benda ni. Tonyoh-tonyoh sikit gigi tu. Benda ni tak boleh pakai selalu sangat, just guna 2-3 kali je dalam seminggu. Selamat mencuba!


Abang Mawardee kita dah kembali dah haaa.. Selama ni dia dok busy study and maintain pendapatannya melalui internet. Kalau sesiapa yang tak kenal dengan Mawardee ni, dia ni adalah salah seorang internet marketer (IM) ataupun usahawan internet macam aku juga. Dia ni lebih fokus pada Clickbank. Ya! Memang bank dekat hujung perkataan “Clickbank” ni. Tapi Clickbank ni bukan macam bank-bank biasa yang jadi tempat simpan duit korang tuh. Haha!

Clickbank merupakan lubuk orang buat duit di peringkat antarabangsa dow! Bukan setakat dalam Malaysia saja dow. Ramai orang dah buat duit dekat Clickbank menerusi proses jual beli produk-produk informasi dan maklumat. Benda ni dah lama famous sebenarnya, orang dekat Malaysia saja yang baru nak berjinak-jinak. Tapi memang dah ramai dah orang Malaysia buat duit melalui Clickbank dan menjadi terkenal satu dunia sebab income Clickbank dia mantap sangat! Bayangkanlah USD2 juta lebih dalam masa setahun!

Berbalik kepada Mawardee yang comel. Sebelum ini Mawardee pernah menjana RM60,000 sebulan hanya dengan produk Panduan Clickbank nya. Dia juga berjaya memperoleh RIBUAN RINGGIT SETIAP BULAN melalui Clickbank. Bayangkan bagaimana seorang pemuda yang berasal daripada pantai timur dan masih lagi menuntut di universiti memperoleh wang sebanyak ini pada usia yang muda.

Cuba Teka Mana Satu Mawardee Yang Comel :-)

Kalau sebelum ni Mawardee menghentikan penjual produk hangatnya yang ajar orang lain buat duit melalui Clickbank. Sekarang dia dah buka balik penjualan tersebut. Tapi buat masa ni Mawardee nak berkongsi dengan korang 10 Formula Terkini Clickbank yang buatkan dia dapat simpan duit RM60,000 pada usia muda. Tapi yang silapnya Mawardee ni dia taknak kahwin awal-awal. Haha! Kalau aku dah dapat RM60,000 sebulan dah lama aku kahwin. Hehehe! Korang boleh download PERCUMA saja 10 FORMULA TERKINI CLICKBANK daripada Mawardee. Enjoy!


Kalau Hari Raya pertama, lepas saja solat sunat Aidilfitri ramai di antara kita yang akan beraya bersama keluarga, sanak-saudara seperti KN yang takkan melepaskan peluang beraya dengan sanak saudaranya setiap tahun sampai nak beraya dengan member pun tunggu hari raya kelima. Hahaha! Hampeh punya KN. Tapi Perdana Menteri kita , Dato Seri Najib Razak pada pendapat aku dia mungkin tak berpeluang nak beraya dengan sanak saudaranya. Mana taknya, first day je lagi dah buat open house besar-bearan. Dato Seri Najib Razak buat open house sempena Hari Raya ni di tempat lazimnya seorang Perdana Menteri akan buat open house iaitu di Putrajaya.

Ramai juga yang datang rumah terbuka Perdana Menteri kita ni. Aku pun naik hairan, diorang taknak raya rumah keluarga dulu ke. Sanak saudara confirm ramai. Palin tidak pun rumah member or kenalan ke. Masa aku tengok TV haritu, ramai antara diorang yang datang ni tak balik raya di kampung tu. Kemungkinan besar orang yang datang raya dekat rumah Perdana Menteri dekat Putrajaya ni orang-orang area KL je kot.

Berapa riggit ek dapat beraya dekat rumah terbuka Dato Seri Najib ni ek? RM100 sorang ade tak bagi kanak-kanak? Kalau dapat lebih RM100 memang aku akan ajak sedara mara aku serbu rumah terbuka nih. Ada 10 orang budak kecik dah dapat RM1000 dah tu. Ni memang betul-betul buat duit masa Hari Raya nih. Tak payah buat duit depan laptop de. Haha! Papehal pun korang usyar-usyar la gambar-gambar rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri di kediamannya di Putrajaya ni.


Sekarang ni kita dah dalam puasa kan. Aku harap korang sedar lah ya. Ehehehe.. Bukan apa sebab kadang-kadang ada jugak kawan kita tu yang tak sedar sekarang ni dah bulan puasa. Orang tengah khusyuk-khusyuk puasa tiba-tiba dia makan pulak depan kita. Ahaha.. Nanti kita belikan kawan yang macam ni kalendar yang besar-besar gila so that diorang boleh nampak tarikh pada masa tu. Lagi bagus yang betul-betul kalendar Islam. Muahaha! Terasa ke geng? Hihihihih…

Bila dah puasa ni mesti semua orang fikir pasal hari raya jugak kan. Jadi sudah menjadi adat kalau nak dekat hari raya ni, mesti akan ada orang bagi kad raya. Korang pernah dapat kad raya tak awek bagi ke, pakwe bagi ke tak kesahla. Tapi kadang-kadang ada jugak member-member rapat kita yang akan bagi kad raya kan. Aku selalu jugaklah dapat kad raya ni tapi masa zaman sekolah dulu lah kan. Masa tu aku tak aktif sangat guna internet lagi. Yelah, komponen-komponen penting tak cukup. Hehehehe..

Korang kenal lagi tak dengan bro Ubi, ala yang kartunis lukis cerita pasal “Aku, Dia dan Volkswagen” tu. Cerita ni kan pernah famous dalam majalah Ujang masa dulu tu. Hari ni aku nak promote dekat korang kad raya digital atau lagi best lg orang panggil e-kad raya. Hoho! Ini bukan kad raya yang biasa ok, kad raya ni boleh dihantar melalui email dan sms dalam sekelip mata saja! Tak perlu susah-susah korang nak pergi beli setem, sampul surat dan gam. Lepas tu korang pun tak payah lagi kena pergi dekat pejabat pos nak hantar kad raya. Korang just hantar guna internet jer. Kalau kat rumah takde internet, korang hantar guna SMS je. Senang kan?

Korang dah boleh jimat wang, masa dan tenaga korang kan? So bertindaklah dengan bijak. Korang boleh dapat hampir beratus kad raya digital @ e-kad raya untuk diberi kepada kawan-kawan korang ataupun awek-awek korang. Ahah! Kalau awek korang lebih daripada satu macam ade sorang MAMAT ni la kan. Cuba korang tengok contoh-contoh kad yang bro Ubi design. Korang akan dapat update seumur hidup tau kalau korang dapatkan pakej ni sekarang.

P/S : nanti korang hantar kad raya Ubi kat aku satu eyh.. Hehe