Archive for the "Review" Category

Baru kejap tadi terjumpa blog Natasha Hudson. Ada orang cakap sebelum ni blog dah kena banned, mungkin ini blog barunya. Jelas sekali itu memang blog Natasha Hudson. :)

Penulisan Natasha Hudson memang aku minati, mungkin dia boleh menjadi penulis sajak atau novel yang baik. Dia banyak menulis mengenai kehidupan dan cara dia nak adapt semua problem dia. Kadang-kadang dia tulis dalam bentuk puitis.

Ada juga dia blog pasal baby Nessa yang amat disayangi dan aktiviti seharian dia. Sesungguhnya dia memang sayangkan Nessa sangat-sangat. Banyak juga diselitkan gambar-gambar menarik.

Diharapkan Natasha Hudson tabah menghadapi segala dugaan yang ada. Akan ku lawati blog mu setiap hari lepas ni. Hehehe :)

Sorrylah, rahsia sikit blog dia. Takut penulisan dia terjejas pulak lepas ni kalau ramai sangat orang baca. Kalau korang nak tahu kena cari sendiri la ok. Muahaha! Kejam sikit hari ni.


Bangga betul tangan aku bila dapat pegang Blackberry Curve ni. Muahaha! Ni limited edition punya poit, korang memang tak payah la nak cari-cari dekat tempat korang. Memang takkan jumpa punya! Kalau korang bagi aku RM5,000 sekalipun aku takkan bagitau la mana aku dapat Blackberry Curve ni. Wohoho! Korang mimpi jela, berangan sikit dalam toilet baru korang boleh jumpa Blackberry curve yang macam aku pegang ni. Ahah!

Ok, aku berterus terang je lah. Handphone yang aku pegang ni memang bukan Blackberry Curve tapi ni BleckBerry OU keluaran Vodaphone. Seriusly aku cakap, Bleckberry ni lagi hebat daripada Blackberry Curve yang asal. Lebih-lebih lagi Bleckberry ni keluaran Vodaphone company yang baru je mengatasi kecanggihan teknologi company Vodafone. Sudah semestinya CEO Vodafone berbulu je lepas tewas dengan Vodaphone. Muahaha!

Ok, korang tengoklah sendiri ok, walaupun harini tarikh lain, tapi Bleckberry ni boleh bawak korang ke masa silam. Dasyat ke tak dasyta weh? Haha.. Sebab tu aku taknak bagitau mana aku dapat Bleckberry ni. Hohoho! Aku bagi clue la  sikit, Kancil Putih. Ahah! Lagi satu yang power, Bleckberry ni punya coverage memang SENTIASA full bar walaupun korang bawak ke dalam hutan, sejauh mana dalam gua tu pun, sejauh dalam mana laut tu pun. Bleckberry punya coverage memang akan sentiasa FULL BAR dow! Sambung baca lagi baiiii »


Finally, perkahwinan anak perempuan Chef Wan, Serina telah selamat menjadi isteri pegawai eksekutif Football Focus, Gavin atau nama Islamnya Salahuddin. Sebelum ni dah berapa kali hajat Serina nak berkahwin ditentang ayahnya sendiri Chef Wan. Tapi kali ni pilihan Serina, Salahuddin telah diperkenan dan direstui Chef Wan. Dapat jugak Serina kahwin akhirnya. Mesti dah boring hidup single nih. Hohoho!

Serina sah menjadi isteri Salahuddin pada 11.23 pagi semalam. Pernikahan diorang disaksikan oleh kaum keluarga dan rakan artis-artis yang lain. Antara angka-angka yang korang patut tahu, RM1,000 adalah untuk mas kahwin dan RM30,000 adalah nilai wang hantaran Salahuddin kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki menghantar 7 dulang hantaran lepas tu Serina reply dengan 9 dulang hantaran. Oooo, memang betullah apa yang aku fikir selama ni, perempuan mesti lagi banyak dari lelaki. Tak tahulah kalau diorang main tipu, hantaran kasut tapi sebelah kasut satu dulang. Haha!

Kalau rumah korang ada Astro, korang berpeluang nak tengok upacara perkahwinan Serina dengan Salahuddin ni. Kalau tak silap aku, Asian Food Channel free je kan? Memang dah ada dekat Astro walaupun korang ambik pakej Astro yang basic je. Nanti dalam bulan Februari nanti korang bukaklah Asian Food Channel (Channel 703). Kalau korang dah tahu exact date nanti korang bagitau aku skali haaa.. Cuba tengok antara gambar-gambar pernikahan diorang selepas ni. Aumm! Sambung baca lagi baiiii »


Haha! Lepas ni korang try lah tanya kedai mamak area rumah korang. Tengok apa diorang jawab. Mungkin lagi kreatif daripada mamak area Seremban ni. Muahaha!


Pernah tak korang terfikir yang korang boleh buat duit dengan SMS ? Pernah tak? Fikir balik betul-betul. Kalau aku cakap dekat korang yang boleh buat duit RM10,000 dengan SMS mesti korang tak percaya. Buat duit dengan SMS yang aku nak syorkan dekat korang ni bukan buat duit topup atau reload tu semua. Itu memang susah la kan. Nak topupkan dekat berapa orang tu. Muahaha! Topup pun untung dia berapa sen je. Buat duit dengan SMS ni lain daripada yang lain. Sehari RM500 tu memang takde hal lah. Serius!

Aku nak memperkenalkan pada korang, Hypro Bulk SMS! Masa pertengahan tahun haritu aku pernah tengok iklan pasal Hypro Bulk SMS ni dekat Berita Harian. Masa tu aku tengok macam suam-suam kuku je Hypro Bulk SMS ni. Ya lah, berapalah sangat untung kalau buat duit dengan handphone ni. So masa tu aku abaikanlah. Hehehe.. Sebab aku lebih berminat duit dengan blog dan program make money online yang lain.

Satu haritu, sorang kenalan rapat aku yang juga seorang internet marketer (usahawan internet) PM aku dekat YM. Macam biasa chat anya khabar dan tanya apa perkembangan projek masing-masing sekarang. Aku dapat tahu daripada dia yang dia tengah buat duit dengan sistem SMS. Atau lebih dikenali sebagai Hypro Bulk SMS. Lepas tu kitorang bincang dengan lebih mendalam, sistem SMS diorang memang terbaik! Patutlah dia da dah dapat RM2,500 dalam masa 5 HARI SAJA!

Aku teruja dengan semua screenshot income yang dia bagi dekat aku. Fuhhh! Walaupun buat hanya part time saja, pendapatan sampingan dia lebih banyak daripada gaji dia sekarang. Muahaha! Sudah pasti aku pun berminat di atas kejayaan kawan aku yang juga seorang internet marketer ni. Tunggukan daku! Hehehe.. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh Download Laporan Hebat ini.

Apa yang pasti, sistem Hypro Bulk SMS ini memang menarik perhatian aku. Korang teka sendirilah aku dah join ke belum. Hohoho! Pihak Hypernet Resources sudi untuk membantu korang yang kurang mahir di dalam internet marketing untuk turut menyertai Hypro Bulk SMS ini. Laporan Hebat ini adalah percuma sahaja jadi korang tak perlu takut untuk mengetahui apakah sebenarnya sistem Hypro Bulk SMS yang diwar2kan oleh pihak Hypernet Resources ini.

Ini ada berita baik daripada pihak Hypernet Resources. Mereka ada menyediakan program PPL iaitu Pay Per Download untuk korang sertai. Caranya mudah saja, kalau korang join as affiliate PPL di sini -> Daftar <- , setiap orang yang download Laporan Percuma ini daripada link korang, korang akan dapat komisyen sebanyak RM0.50 . Banyak tu! Diorang tak perlu bayar apa-apa, hanya perlu download saja dan korang dapat RM0.50 .

Sorang Download , Korang Dapat RM0.50

Jadi bagi sesiapa yang tak pernah merasa lagi income daripada internet, korang bolehlah join affiliate PPL ni. Program PPL ini akan tamat pada 31 Januari 2010. Jadi baik korang register percuma sekarang dan terus sebarkan Laporan Hebat ini dekat kawan-kawan korang. Aku dah join dah PPL ni, korang bila lagi. Muahaha!


Sebelum ni Alex Yoong pernah dipertaruhkan Malaysia untuk terjun ke dalam arena Formula 1 dan cuba mengharumkan nama negara. Masa tu Alex Yoong mewakili Malaysia dan pasukan Red Bull Sauber Petronas Minardi Team. Tapi nasib tidak banyak menyebelahi Alex. Kini Malaysia sudah mempunyai pasukan Formula 1 sendiri iaitu Lotus F1 Racing yang diterajui oleh Tony Fernandes dan Riad Asmat.

Pelumba muda negara iaitu Fairuz Fauzy telah diberi peluang untuk menyertai pasukan Lotus F1 Racing sebagai pemandu ketiga pasukan. Selain daripada Fairuz, dua orang pemandu yang lain ialaha Jarno Trulli daripada Italy dan Heikki Kovalainen daripada Finland. Fairuz amat gembira dengan kembalinya Michael Schumacher daripada persaraannya dan menyertai pasukan Mercedez Petronas.

Kemungkinan besar Fairuz akan berpeluang untuk bersaing dengan pemandu idolanya itu walaupun dia hanya merupakan pemandu ketiga pasukan. Fairuz berkata dia mungkin mempunyai peluang dalam perlumbaan dengan selepas F1 menetapkan peraturan baru iaitu no refueling. Ini dimana kereta pasukan akan diisi dengan tangki minyak yang penuh semasa di awal perlumbaan jadi kereta akan menjadi lebih berat. Fairuz sudah biasa dengan keadaan ini sebelum dia menyertai F1 lagi. Good luck kepada Fairuz!