Archive for the "Review" Category

Aloha korang! Hari ni maybe hari yang paling bertuah untuk korang kalau korang baca post aku kali ni. Sebab dekat sini aku nak promote dekat korang satu pertandingan yang SANGAT2 MUDAH untuk dilakukan dan aku jamin korang semua layak untuk menanglah. Hadiah boleh tahan wooo!! Boleh belanja member pusing2 satu KL jugaklah. Tapi tengok2 jugaklah member korang tu nak pergi mana. Kalau nak pergi lepak dekat high class je, tu dah boleh kasi tomoi tu.

Pertandingan ni senang saja, korang just kena jadi pemberi komen a.k.a pengomen paling banyak dekat dalam blog DiaryKL.com . Bagi sesiapa yang selalu hang out or asal memang dekat Kuala Lumpur memang rasa macam best or seronok je la kan nak komen-komen dekat blog ni. Sebab dalam blog tu semua cerita pasal tempat2 dan aktiviti menarik dekat KL. So takdelah susah sangat, kalau tak pun korang komen je pape. Hoho..

Cubalah menang ni :

Tempat Pertama : RM150 + Hadiah Misteri
Tempat Kedua : RM100 + Hadiah Misteri
Tempat Ketiga : RM50 + Hadiah Misteri
Komen Terbaik : RM30 + Hadiah Misteri

Bagi sesiapa yang nak join pertandingan ni aku sarankan korang join cepat-cepat sebelum terlambat. Nanti bertambah ramai persaingan susah pulak nanti. Korang masuk je tengok2 komen dia dah 2 ribu. Wakaka! Camne nak kejar tu poit! Tapi aku yakin korang bersemangat cekal dan yakin orangnya. Takdehallah semua tu kan. Papehal kalau korang dah menang nanti, kalau tak dapat hadiah korang cari name bro ni, Milsum nama nickname dia. Ni blog dia , MohdMuslim.com . Papehal korang tembak je dia nanti. Ahahaha!

Korang wajib baca pasal pertandingan ni kat sini -> Pertandingan Komen Terbanyak

Apa Yang Anda Perlu Lakukan :

1. Tulis review anda tentang pertandingan ini di blog anda.
2. Review anda mestilah mempunyai link atau pautan ke blog post ini -> Blog Muslim
3. Jumlah perkataan, sekurang-kurangnya 250 patah perkataan.
4. Sila tinggalkan url review anda di ruangan komen di sini -> Blog Muslim

Syarat & Penyertaan :

1. Anda hanya perlu memberikan seberapa banyak komen di blog DiaryKL.com
2. Setiap komen anda mestilah melebihi 3 patah perkataan.
3. Anda tidak dibenarkan untuk menyebut tentang pertandingan ini di dalam komen-komen anda. Spam akan terus didelete.
4. Komen berupa pendapat yang bernas berpeluang untuk dipilih sebagai komen terbaik. (Pendek pun takpe asalkan bernas).
5. Point hanya akan dikira berdasarkan jumlah komen bermula dari Khamis 5 Nov hingga Khamis 31 Dis 2009.
6. Jumlah komen akan dianalisis menggunakan sistem kiraan yang tepat dan ranking peng’komen’ akan dapat dilihat pada widget di blog DiaryKL.com pada 2 minggu sebelum tarikh tutup penyertaan.

P/S : Boleh monang punyo! Haha!


Maybe sebelum ni korang selalu upload gambar or apa2 file yang dalam format gambar dekat Photobucket, ImageShack and Flickr. Hari ni aku nak perkenalkan dekat korang Image Cheese. Hehehe.. Aku rasa buat masa ni Image Cheese masih lagi baru tapi aku rasa mutu dan keunggulan Image Cheese berada pada tahap yang ok dan dijamin baik. Ahah! Korang boleh upload apa saja saiz dan format gambar korang.

Antara kelebihan Image Cheese ni korang boleh tentukan saiz gambar tu kalau korang nak. Maksud aku korang nak kecikkan ke or besarkan ke. Atau lebih senang kalau aku cakap, korang ‘resize’kan gambar tu. Ada paham? Hehe.. Bagus.. Laman web Image Cheese ni tak macam web tempat korang simpan gambar yang lain sebab dekat web ni takde iklan-iklan yang bersepah yang boleh memeningkan kepala korang.

Laman web Image Cheese ni nampak tenang dan cool. Kalau korang ada rasa stress ke or gaduh dengan awek or bini ke kan. Korang boleh la lepak-lepak view web ni. Nyaman sikit rasanya kepala korang tu nanti. Walaupun korang takde nak upload gambar pun, korang lepak je view design Image Cheese ni. Jangan korang upload gambar tak senonoh pulak dekat sini nanti.

P/S: Jangan memperkecilkan orang yang baru atau benda2 yang tampak kecil :P


Dah berzaman main bola akhirnya kahwin jugak mamat nih. Khalid Jamlus ni striker team bola sepak Kelantan. Adakah Kelantan menang 2-0 dengan Perlis haritu disebabkan Khalid Jamlus yang terlalu happy lepas malam pertama dia. Malam pertama ? :P   Papehal pun tahniah aku ucapkan dekat Khalid Jamlus and isteri dia, Zarina Zainal yang merupakan anak kepada Dato Z.

Nampaknya Khalid Jamlus dah maju setapak ke hadapan daripada aku. Status dekat Facebook dia pun dah bertukar agaknya. Gilo apo kalau dah kahwin tapi status kat Facebook still single. Memang makan kasut tumit tinggi la jawabnya kan ? Muahaha.. Mintak-mintak diorang ni selalu la berjunub di malam hari. Manalah tau kan kalau Negeri Sembilan lawan Kelantan masa final nanti, Khalid Jamlus pancit la sikit kan ? Ahah!

P/S: Hobin jang hobin


—-

Alooohaaaa hawaiiee!! Haaa tak percaya ke aku antara lelaki hot yang bernama “Ridzuan” ? Hehehe.. Tengok la dekat atas tu. Aku baru try hari tu saje-saje nak test ada tak pakcik Google suggest nama aku kalau ada sesiapa yang menaip nama “Ridzuan” dekat Google search tu. Google akan suggest korang  search certain perkataan tu kalau perkataan tu selalu ditaip orang dekat Google Search. Korang paham ke tak nih ? Haha.. Aku rasa aku dah sampaikan sesimple mungkin.

Nampaknya aku jauh ketinggalan dekat dalam carta lelaki hot ni. Muahaha! Pesaing-pesaing aku adalah “Ridzuan Hashim” dan “Ridzuan Ramli” . Ridzuan Ramli merupakan seorang model and wedding photographer. Ridzuan Hashim pulak  artis Malaysia lah, ala yang berlakon Spa Q tu, botak-botak tu. Ridzuan condo and apartment memang famous la kan sebab tu rumah. Ramai orang cari pasal Ridzuan condo ni sebab nak sewa rumah. Kalau tak silap aku Taylors College ade letak budak-budak diorang dekat Ridzuan condo ni.

P/S : Korang try la cari nama korang sendiri pulak

—-

—-


Dah agak lama jugak la aku tak melantak KFC ni. Yelah dulu sibuk berpuasa ye tak. Tapi kawan-kawan aku selalu jugak pergi McD masa bulan puasa aritu. Tak tahu la aku diorang pergi masa pagi, petang or malam. Muahaha! Sejak kebelakangan ni aku lebih sayangkan McD daripada KFC. Jadi sebagai melepaskan rindu terhadap KFC, aritu masa aku dengan Hafreze pergi jumpa client daripada Singapore aku order KFC X-Meal saiz besar. Hoho! Aku tak join sekali meeting dengan diorang, aku sekadar pak pacak yang malas nak tahu apa-apa. Jadi aku terus pergi ke KFC di Jusco Seremban 2. Masa tu diorang tengah meeting dekat Starbuck.

Masa kecik-kecik dulu if ada je mainan yg KFC promote dekat TV aku mesti beli punyalah. Tapi dah tua-tua ni aku macam tak berminat la plak kan dengan mainan yang diorang offer tu. Tapi baru-baru ni KFC cakap nak bagi kereta Volkswagen percuma dekat sape-sape je yang beli X-Meal. Semua orang tau yang kereta Beetle Volkswagen memang menjadi pujaan ramai. Tapi nak beli kereta yang betul, mahal gila kot. So aku beli je la permainan Beetle Volkswagen yang KFC promote ni. Haha! Boleh tahan jugakla. Ada gaya-gaya hot weels jugak. Tapi kereta ni takdelah besar mana, besar mouse aku je. Papehal pun layan je la main menatang ni haaaa ~ :P


Bagi aku, gigi ni boleh dikatakan aset penting untuk setiap insan. Sebab ada juga orang yang kurang keyakinan nak berhadapan di khalayak ramai disebabkan gigi mereka. Percayalah! Mereka wujud ! Hehehe.. Ada yang sanggup habiskan beribu ringgit untuk gigi pun ada jugak. Apa-apa pun gigi ni kena jaga awal-awal lagi, daripada kecik kena jaga. Kalau suka sangat makan gula-gula habislah. Ramai je budak kecik sekarang ni aku tengok hitam-hitam, rongak pun ada jugak! Ni semua sebab makan gula-gula tak ingat dunia ni. Hohoho!

Bagi yang kuat hisap rokok pun kena jaga jugak dow. Kot lama-lama nanti berkarat tu payah sikit tu. Nak cium awek susah nanti, kang tak merasa cium awek nanti. Haaaa.. Rugi besar tu bro! Haha! Gurau kasar sikit haa :P Tapi kalau gigi cantik, mesti awek suka punyalah. So jaga-jagalah gigi korang tu. Kalau korang lagi sayangkan band Gigi dari Indon tu daripada gigi korang sendiri, tu dah parah sangat dah tu.

Aku rasa jalan yang terbaik adalah gosok gigi setiap hari masa mandi. Kalau nak extra tu, korang gosok gigi setiap kali lepas makan. Floss gigi pun wajib jugak setiap malam sebelum tidur, baru gigi tu caya sikit bersihnya. Hoho! Baru-baru ni aku ada beli satu benda untuk jaga gigi jugak. Boleh lah buang apa-apa yang patut dekat gigi korang tu. Budak-budak Watson panggil benda ni Tooth Stain Eraser, aku pun tak tahu nak panggil apa benda ni. Panjang sangat nama betul eyh. Takpe, asalkan aku tahu benda ni untuk apa. Haha! Benda ni korang guna lepas korang berus gigi, lepas tu kumur-kumur dan barulah boleh guna benda ni. Tonyoh-tonyoh sikit gigi tu. Benda ni tak boleh pakai selalu sangat, just guna 2-3 kali je dalam seminggu. Selamat mencuba!