Archive for the "Review" Category

Sanggupkah korang tidur dalam kelas lagi bila masa korang tengah lelap tu, muka korang macam dekat gambar atas ni? Hahaha.. Seriously korang takkan dapat maafkan diri sendiri lepas tu.

Lepas aku tengok movie A Nightmare On Elm Street kelmarin, aku rasa menggalakkan para pelajar untuk layan movie adalah idea yang paling baik bagi mengelakkan diorang tertidur dalam kelas. Wakaka! Lecturer and guru besar kena catat ni dalam buku 555 diorang.

Aku memang layan habis movie ni dengan penuh perasaan suspens yang memaksa aku menutup muka dengan tangan. Hohoho! Agak sakit hati bila aku salah bajet bila scene suspens tu akan berlaku. Aku rasa korang pun takkan dapat bajet punya.

Jalan cerita movie ni tak susah sangat untuk faham, aku rasa semua orang boleh faham. Yang tak boleh faham tu, aku rasa diorang tak tahu pun yang diorang ada dalam panggung wayang. Miahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Gambar dekat atas ni adalah Pizza Hut Chunky Loaded yang amat sedap sekali. Aku sarankan korang tambah apebenda tu, hujung dia letak cheese tu. Aku boleh bagitau dalam macam tu, tak ingat apa nama saintifik dia. Hahaha.. Stuff crust cheese kot. Ah! Lantalah hai.. Apa yang amast pasti sekali, gambar masa dekat iklan and dalam paper tak sama macam depan mata. Hehehe..

Tapi takpe, aku tak pentingkan sangat rupa pizza ni sangat, janji sodap! Masa aku mula-mula tengok iklan Chunky Loaded ni dekat TV, aku rasa perut aku dah mula tertarik dah macam magnet dengan Chunky Loaded ni. Sampaikan ada satu hari aku tertido, bangun pagi tengok-tengok perut ni dah melekap dekat paper yang ada gambar Chunky Loaded. Ahaha.. Gurau yo la bai!

Pizza Hut adalah antara tempat yang terbaik dan berbaloi untuk bawak member ataupun keluarga korang kuar makan. Alahaaai saat manis makan bersama member-member takkan dapat dilupakan bila duit melayang nak bayar pizza tu. Hahaha! Takpe, member dah banyak tolong kita susah senang, apa salahnya belanja makan. Korang jangan kemut wey! Duit belanja awek sampai 5 tahun kalau one day tak kahwin sama sumpah menyesal gak! Wakakaka!! Sambung baca lagi baiiii »


Klik Untuk Besarkan Gambar

Pengumuman, pengumuman. ini bukan lagu Wali Band. Hahaha! Di sini aku ingin beritahu dekat korang semua yang aku ada 10 tiket wayang percuma untuk movie A Nightmare On Elm Street. Kita akan beramai-ramai tonton filem ni lebih awal daripada orang lain.

Jadi aku nak bagi 10 tiket wayang ini secara percuma untuk bersama-sama dengan aku tengok movie yang pernah buat aku menyorok belakang masa kecik-kecik dulu. Kisah ni terlalu lama masa aku tinggal dekat Johor lagi. Hohoho!

Kalau korang nak tuntut tiket wayang ni daripada aku, pastikan korang seorang blogger ok! Tak kisahlah korang ni bukan geng Advertlets ke Nuffnang ke Innity or tak join mana-mana ke. Hehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Akhirnya setelah sekian lama mengidam handphone baru, aku dapat jugak beli Blackberry Bold 9700 ni. Hohoho.. Memang aku tampak bergaya dan syok sendiri bila main-main Blackberry Bold 9700 ni dalam jamban sambil buang air. Layan gila wehhhh!

Banyak jugak pembaziran aku nak pergi purchase and subscribe pakej yang ditawarkan Celcom. Pakej yang aku nak tu sebenarnya untuk Blackberry Curve, tapi entah macam mana lepas dipancing-pancing akhirnya aku terperangkap dalam jala. Hahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Korang pernah tak mengalami masalah nak mereka, menulis ataupun menaip artikel English dengan kadar waktu yang singkat? kalau korang tak pernah memang korang power. So pergi main jauh-jauh. Hahaha.. Tapi kalau nak baca jugak takpe. Kali ni aku nak review satu software yang boleh membantu korang menulis artikel bahasa Inggeris a.k.a English untuk assignment ataupun blog korang dengan mudah, cepat dan pantas!

Sebenarnya aku nak tekankan kebaikan software ni untuk blogger and kaki buat duit Adsense. Artikel bahasa  inggeris yang unik dan baik adalah baik untuk search engine dan pendapatan yang tinggi dengan Google Adsense. Jika sebelum ni korang dah pening nak buat artikel bahasa inggeris sendiri, jadi sekarang tak perlu pening-pening bila gunakan software a.k.a Perisian Menulis Artikel. Sambung baca lagi baiiii »


Semalam punya semalam malam (ni ayat betul ok), aku dengan kawan aku dah set nak pergi tengok movie semalam, jatuhnya pada hari Isnin. Sebab dia cuti masa tu and nak lepak dengan member. Kenalah update cerita-cerita baru member an. Hohoho.. Kitorang layan The Losers ni dekat MBO Terminal 2, Seremban.

Dekat MBO Terminal 2 ni tak ramai sangat orang macam dekat TGV Jusco Seremban 2. Tapi malangnya pop corn dekat sini tak sesedap pop corn TGV. Adeyhhhh! Kemut gula kot, tawar hebeyh je kalau orang N.Sembilan cakap. Wayang bermula pukul 2:15, aku dengan Payid dah lunch dekat Leha World Paroi Jaya dah. So tak perlu beli pop corn masa masuk.

Kitorang tengok movie ni berempat, so  agak fun jugaklah daripada tengok berdua. Hohoho.. Kang kena cop gay plak kan. Sebelum keluar The Losers ni dekat panggung, aku dah lama tertarik dengan trailer movie ni. Trailer diorang membuat aku berasa sangat berahi. Memang terbaik! Sambung baca lagi baiiii »