
Gomok lak aiiiii gambar aku atas ni. Gambar ni ditembak masa sebilangan blogger dekat Malaysia ni yang diberi peluang untuk memandu uji kereta MPV terbaru Honda yang diberi nama Freed. Lebih sedap dipanggil Honda Freed.
Honda Freed ni sangat sesuai untuk orang yang dah berkeluarga. Luas dan selesa! Walaupun aku baru tahun ni dapat lesen kereta, tapi aku nak puji jugak Honda Freed ni dari segi kepantasan dan kefleksibelan. Ahaha!
Sangat mudah untuk dipandu lebih-lebih lagi untuk amatur yang macam aku ni dah boleh berlagak macam professional. Miahahah! Aku boleh buat U-turn sebelah tangan je baii.. Tak cayo? Kono pocayooooo!

Model khas! Hehehe.. Kak D!! DiyanaAzman.com
Honda membahagikan blogger kepada beberapa kumpulan dan masa tu aku satu kumpulan dengan Kak D, Paeh, Hanep and Hafiz Bjork! Kitorang semua memang puas hati dengan Honda Freed ni. Ni aku tunjukkan sikit beberapa gambar masa hari tu. Sambung baca lagi dow »

Aku sebagai wakil daripada kaum lelaki nak bagi amaran dekat korang semua. Kami lelaki yang sentiasa di pihak yang benar takkan sesekali terpedaya lagi jika sang perempuan merayu teman ke salon. Muahaha! Sang perempuan jangan fikir kami lelaki ni bodoh ok. Nak pergi salon, go pakai duit sendiri. Miahaha!
Hahaha! Intro post kali ni tak macam panas sikit pulak. Tapi memang betullah, lelaki kena berjaga-jaga kalau awek or isteri merayu belanja nak pergi salon buat treatment. Harga dia bukan macam Kedai Gunting Rambut Sugu dekat Kuala Pilah suatu ketika dahulu. Ni harga dah macam nak beli basikal pertama anak buah korang je.
Poket yang sendat pun boleh jadi kempis lepas pergi salon ni. Hahahaa.. Haritu terniat nak jadi macam maknyah sekejap. Memandangkan rambut aku yang tak pernah langsung dibubuh conditioner, maka dengan rela hatinya aku pergi ke salon dekat Jaya Jusco Seremban 2. Salon L’oreal kalau tak silap aku. Sambung baca lagi dow »

Haritu jatuh pada tarikh 16 June aku dengan segerombolan manusia yang kemaruk dengan FourSquare ataupun 4Square telah dijemput beramai-ramai untuk meetup dengan geng FourSquare yang lain di Tune Hotel Kota Damansara.

Kitorang meetup beramai-ramai atas jemputan pihak Tune Hotel Kota Damansara untuk mendapatkan Swarm Badge. Bila ramai-ramai checkin dekat Tune Hotel Kota Damansara tu, membolehkan kitorang layak dapat Swarm Badge tu. Actually kena lebih daripada 50 orang checkin dekat satu tempat yang sama secara serentak. Takdela betul-betul serentak… Hehehehe.. Sambung baca lagi dow »

Awek-awek dan gadis-gadis memang sinonim dengan teddy bear. Boleh dipeluk-dipeluk dan dibawak tidur tanpa diragui ramai. Takdelah masa tidur, ada pegawai pencegah maksiat datang ketuk pintu rumah. Ahahaha!
Tapi ada jugak awek yang buat-buat tak suka dengan teddy bear.. Padahal kalau dibeli memang senyum lebar… Tu pun yang mahal la baru nak senyum. Teddy bear yang murah-murah memang cembeng la diorang kot.. Ngeeee!
Bagi mana-mana lelaki macho yang nak sangat belikan awek korang sebuah teddy bear yang sedap dipeluk, mungkin perasaan malu nak pergi beli tu sangat menebal.

Ni korang dah dress up macho habis dah ni, kena plak pergi beli teddy bear yang besar. Nak bawak ke hulu ke hilir lagi before sampai ke tangan awek korang. Mesti korang rasa hilang macho ye tak?
Dalam kes aku lain, aku tak macho. Aku boleh jer beli, takde hal la.. Ahahaha! Tapi takpe, aku dah ada solution untuk korang. Geng Bigteddybear2u.com boleh bantu korang settlekan masalah ni. Sambung baca lagi dow »

Mari mari mari mariiiiii! Yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat! Yang mencangkung meh berdiri, yang mendongak meh menunduk sikit! Hehehehee… Ini ada barang baik sikit aku nak kongsikan bagi sesiapa yang kurang selesa dengan badan masing-masing.
Kurang selesa ya, bukan tidak selesa langsung. Hohoho! Jauh beza tuu.. Ni bagi sesiapa yang terlebih lemak tu atau badan dia dia dah dikategorikan doktor atau pakar yang bertauliah sebagai gemuk air memang sesuai sangat. Kalau ada yang rasa badan dia tak bermaya pun boleh cuba.
Sekarang ni aku nak cakap sikit pasal bersauna. Waaaaaa.. Dulu-dulu kalau orang cakap sauna je mesti diorang ingat dekat spa dan untuk orang yang kaya-kaya dan kerap berurusan dengan syarikat holding-holding. Alaaaaa! Ye la kan, orang kaya selalu ada company holding-holding hujung dia macam dalam drama. Wakaka!

Aku rasa semua orang dah tahu kebaikan bersauna ni. Kalau ada yang masih tak tahu, korang boleh rujuk sumber yang aku boleh percaya di sini -> Faedah Bersauna! Aku sebenarnya nak cakap yang bersauna dekat rumah lebih menjimatkan daripada bersauna di spa.
Sudah semestinya semua orang bersetuju kalau bersauna di rumah tidak memerlukan korang membazir minyak petrol ataupun apa-apa tambang public transport. Tak pernah lagi aku dengar ada orang guna petrol nak pergi ke mana-mana bilik dalam rumah sendiri menggunakan petrol. Ahaha! Sambung baca lagi dow »