Archive for the "Review" Category

Walau apa barang jua sekali pun orang cakap and kutuk pasal Streamyx Broadband, aku tetap menyokong Streamyx Broadband. Hohoho! Inilah satu-satunya broadband yang aku panggil broadband sebab internet service provider yang lain, mostly aku panggil as BERUKBAND. Hehehehe! Aku tak cakap yang mana satu ok :P

Sebelum ni aku pernah jugak beralih dan merajuk daripada Streamyx Broadband tapi ternyata aku sangat merindui apa yang Streamyx Broadband buat dekat aku. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan berak pun tak lawas! Muahaha! Serius dowh itulah yang aku lalui sekarang ni.

Sekarang ni aku menggunakan Celcom Bxxxxband untuk sementara waktu sebab aku kan baru pindah rumah sewa yang baru. Pastu rumah baru ni kabel dalam untuk telefon dah ada, cuma kabel TM yang berdekatan belum dikorek lagi.Aiseyh! Tu yang aku malas nak pindah rumah sewa baru. Sambung baca lagi dow »


Nampaknya Ijan Burger mengembangkan dan melebarkan sayap puyuhnya dengan jayanya. Aku rasa roti telur kentang ni dah lama terlintas dalam kepala Ijan tapi hanya masa menentukannya. Rabu kelmarin aku dengan aktiviti sembang sekali lagi menjadikan Ijan Burger and Syed Maju sebagai lokasi. Nampaknya awek makin kurang di hari persekolahan dan lepas pukul 12 malam. Hohoho!

Aku dah lama dah nampak menu baru Ijan ni, Roti Telur Fries. Tak macam dekat benteng Ampangan yang lagi senang digelar Roti Telur Kentang. Ok la tu, Ijan punya fries tak macam Ampangan punya kentang. Harga standard RM3.00 aku rasa cukup berbaloi. Lantas aku mengodernya dan santap dengan rakus. Aku rasa tak sampai 10 minit dah habis. Muahaha! Sambung baca lagi dow »


Malam tadi aku ada masa lebih sikit untuk berhibur. Hohoh.. Ada kelibat ajak aku menonton movie ni. Mula-mula aku macam tak berminat sangat sebab aku kurang minat dengan lakonan Danzel Washington ni. Tapi member dah ajak kan, kenalah pergi. Dah lama jugak tak lepak luar malam-malam.

Pada permulaan cerita The Book of Eli ni agak slow jugakla tapi penuh dengan tanda tanya. Tiba-tiba je mamat ni sorang-sorang macam sorang hunter. Mula-mula dah tunjuk dia tunjuk skill sharp shooter dia guna busur dia. Perghhh! Bapak hebat kalau korang tengok gaya dia.

Lepas tu mulalah perjalanan dia untuk pergi ke barat. Setiap kali dia singgah dekat mana-mana dia mesti baca satu buku ni. Masa awal-awal cerita sampai pertengahan dia tak bagitau ni buku apa. Nanti bila dah lepas setengah tu barulah boleh dapat bajet yang dia baca kitab Bible.

Latar masa cerita ni masa zaman bumi dah hancur. Tapi belum kiamat lagi. Air dah takde, makanan pun takde, hidupan yang ada semuanya busuk-busuk tak mandi and kering. Masa zaman ni diorang guna sistem barter and duit syiling. Kalau nak air, kena bagi glove kulit, kena bagi blanket tebal, ada jugak yang bagi lighter. Masa zaman ni, diorang semua menghargai benda-benda yang kita bazir-bazirkan sekarang ni. Sambung baca lagi dow »



Dah lama jugaklah aku usyar Dell Studio One 19 ni. Smart dowh! Paling aku suka sebab dia punya processor dengan semua drive dia ada dekat dalam dia punya monitor tu. Memang simple.. Hohoho..

Aku agak suka la dengan benda yang simple-simple ni kan. Takdelah semak-semak wayar sana sini. Aku dah lama takde desktop sebab dah bertahun-tahun aku guna laptop je.

Aku guna desktop masa zaman aku sekolah rendah dulu sampailah sekolah menengah. Pastu dekstop tu tak pernah tukar-tukar or upgrade langsung. Hohoh! Memang terbaik kan camtu?

Dahlah masa zaman tu dekat rumah aku tak ada Streamyx. Masa dulu layan TmNet. Tapi tak lama sangat guna TmNet sebab bil melambung tak agak. Bila zaman Streamyx ade plak, desktop rosak. Nak beli baru duit takde :( Sambung baca lagi dow »


Hari ni hari Jumaat maknanya aku akan berada di masjid Taman Paroi Jaya menjelang waktu Zuhur nanti. Minggu lepas pergi terlalu awal sampai budak-budak yang selalu main kejar-kejar dekat masjid tu pun lagi lambat daripada aku.

Hari ni dah bila kedengaran azan baru aku dengan sahabat akan pergi menuju kejayaan. Hohoho! Sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan masjid, lepak dulu beli jus jambu batu. Sedap wooo! Haus hilang, kenyang pun kenyang gak ar kan.

Aku tahu jus jambu batu ni berkhasiat, tapi aku tak tahulah apa khasiatnya dan kebaikan untuk kesihatan aku. Layankan je la kan. Dekat Seremban ni ramai jugakla yang jual jus jambu batu ni. Tak tahulah diorang ni satu geng atau franchise ke kan.

Ok weh! Bagi yang bertelor, jangan lupa pergi solat Jumaat hari ni. Hohoho!