Aku Dihimpap Oleh Budak Gemuk
Hari Sabtu yang lepas saya dan kawan-kawan saya pergi ke Kuala Lumpur. Ahah! Ok cukuplah dah dapat 5 markah untuk ayat baku daripada aku tadi. Mintak-mintak Cikgu Hasmiza boleh luluskan. Hehehe.. Sebenarnya aku tak tahu nak letak apa as tajuk post aku kali ni.
Sama ada aku nak letak Castle Ampang ataupun Castle Jalan Damai. Memandangkan setelah aku search dekat pakcik Google, dia cakap Castle Ampang lebih banyak suggestion daripada Castle Jalan Damai. Jadi sebab tu lah aku letak title dengan Castle Ampang moga-moga ramai orang akan search nanti. Please God. Huhu..

Mario Tengah Layan Punggung
Mula-mula aku ingat tak pergi ikut diorang sebab ada janji nak lepak dengan blogger Seremban. Tapi disebabkan member aku takbleh kalau geng-geng kitorang tak join. Kalau tak nanti kompom kena conference kat YM pastu kutuk ramai-ramai. Wakaka! Syal dow korang.
Malam tu kitorang lepak sempena hari jadi member iaitu Kimpit, Syamir, KN and Kojek. Sape punya birthday, memang diorang yang kena payung makan. Hohohoh.. Aku bajet Castle Ampang ni best lah sangat. Rupanya biasa-biasa jek. Awek pun takdelah ramai mana. Budak-budak pengkid dengan awek-awek diorang ramai la. Tah hapo nak jaid tak tau la.

Geram Haaa Nak Jilat
Makanan dekat Castle Ampang ni ada yang sedap and ada yang biasa-biasa je. Ada pizza kering tu memang layan. Ayam diorang sama je macam makan kedai mamak. Tapi daging diorang sodap gilo! Lidah aku yang raso la kan. Budak-budak ni tak tahu la raso apo. Aku dengan Mario plak duduk tengah-tengah, memang apa yang lalu singgah dulu kitorang sebat. Muahaha!
Malam tu budak-budak perempuan yang ade tak banyak cakap. Tapi time makan, mulut diorang mcm bercakap, tapi bunyi mengunyah je la. Haha! Aku punya air yang aku order dah macam bukan air dah. Macam makan buah mangga pulak. Dey pak arab, baik kau bagi aku buah mangga terus siot. Muahaha!

Lepas makan, budak-budak ni sambung order shisha pulak. Buat pengetahuan pembaca-pembaca blog aku sekalian, aku ni tak merokok apatah lagi shisha. Adakah ini satu kerugian buat aku? Sila bincangkan dekat comment di bawah kot boleh. Pastu budak perempuan bukak cupcake diorang beli. Sumpah tak sedap! Rasa cream je, buat aku mual nak makan benda lain dow.
Come on la! Nasib baik aku tak pernah tempah cupcake dekat orang. Ahahaha! Jumlah yang kitorang makan malam tu RM561. Memang tak berbaloi bagi aku. Lepas lepak dekat Castle Ampang, budak-budak ni buat dombongan pergi rumah urut Bukit Bintang. Nantikan sesi terjah aku di sana. Muahahahaha!







15 Responses